Saturday, November 06, 2010

633 : Jelajah WSH 9347 >> Teluk Intan - Tanjong Karang


Kejadian ini terjadi pada hari ahad bersamaan 31 Oktober 2010.Lokasi jalan - jalan cari makan kali ini ialah di Tanjong Karang.Kau orang penah makan sini? Ya! Warung Ibu terletak di tepi jalan. Sebelah kiri dari Tanjong Karang menuju ke Kuala Selangor.


Jalan - Jalan Cari Makan (JJCM) , TV3 dah penah singgah bertandang ke sini.Mungkin aku tak tengok kot JCCM time tue yang di acarakan oleh Serina Redzuan.






Menu utama di sini adalah Nasi Ambeng.Ah!!! rindunya masa time rewang nak buat Nasi Ambeng ni waktu program Homestay di Sekinchan.(Bila la agaknya dia orang nak buat lagi yek?)


Nasi bersama serunding kelapa, mee goreng (ada tempe) serta ayam masak kicap. Memang time nie tak makan pagi pun.Konsepnya ialah makan pagi + tengahari sekali gus. *Jimat kos


Ya. Bukti yang aku makan Nasi Ambeng bersama dengan 2 gelas Teh 'O' Ice. Gila haus kau!!


Gaul... gaul dan di gaul baru la sedap dan terasa nikmatnya makan Nasi Ambeng. Masa makan Nasi Ambeng dalam dulang beramai - ramai dulu tetiba gigi ku sakit - sakit semua jadi tak dapat menikmatinya dengan penah kepuasan tapi kali ini.

Agak - agak kau orang berapa harga makanan & minuman kat sini? Ya ya ya.. x mahal. bawah RM 10 je.
Yang aku makan & minum ini jumlahnya hanya RM 7.50. x percaya kan? ha ha ha. Memang berbaloi - baloi. Dah la sedap lepas tue murah pulak.Nasib baik la kebetulan aku melalui kawasan kejadian ini untuk kembali ke 'sarang'.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015