Friday, October 29, 2010

626 : Panggilan Pulau >> Pangkor - Episod Akhir


Sudah menjadi adat kemana sahaja aku berLIBUR akan aku pahatkan nama bersama lokasi kejadian dan tarikhnya di pasir.Biarlah pasir menjadi saksi yang aku penah berada disitu *ingat lepas nie nak taruk masa sekali le. he he he he


Gambar di ambil ketika berada di Teluk Dalam.Berhampiran simpang jalan ini ada Teluk Dalam Beach Resort (tutup sementara atau selamanya? aku sendiri pun tak pasti).Ada Lapangan Terbang yang sekangkang kera. he he he..


Lokasi lawatan sambil belajar pada 24 Oktober 2010 ialah ke Kilang proses memproses makanan laut (hari sebelumnya dah dtg.. tapi ramai sangat umat manusia yakni rombongan cik kiah ke Pangkor). Ingatkan x ramai org.. rupa - rupanya pepagi hari pun ada juga mak - mak cik datang membeli belah. Berhabis dekat RM47.00 je.... beli belah untuk kaum keluarga nun jauh di Kota Kinabalu Sabah.Ingat nak beli Ikan talang tapi kan?? Elo.. elo.. sedar diri la kau tue naik bas *Aku berkata di dalam hati.


Mickey menyambut kehadiran tetamu ditemani si Ikan Pari dan Datuk Kurita *sutun.... Ingat nak ambik gambar kat sini tapi.........


Meninggalkan Pulau Pangkor sekitar jam 10.45 pagi dan menuju ke daratan.Sempatlah juga membeli belah sehelai seluar dan 2 helai baju untuk diri sendiri.Menaiki bas Plusliner pada jam 1.00 petang menuju pulang ke Kuala Lumpur dan selamat tiba dalam jam 4.30 petang di Stesen KL Sentral.

Good Bye Pangkor... Selamat Tinggal Lumut... Semoga aku akan dapat datang lagi di tahun 2011. Insya-Allah.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015