Tuesday, October 26, 2010

623 : Panggilan Pulau >> Pangkor - Episod 2

Pemandangan rumah - rumah TLDM dari Pulau Pangkor.Aaaaaah..... rindunya dengan A23 serta teringat kenangan di A18.Banyak memori wooooo kat sana. Hanya tinggal memori sahaja lah jawabnya.


AEK 7184. Inilah pengangkutan yang digunakan sepanjang 1 hari aku berada di Pulau Pangkor.Dah lama tak naik motorsikal Kriss rasa kekok pada mulanya tapi kembali seperti biasa kemudiannya.Harga sewanya untuk sehari ialah RM 30 dan deposit RM 20. Menyewa terus dari Kedai Motor yang terletak di bandar Lumut.


 Lokasi pertama jalan - jalan cari kesan sejarah di Pulau Pangkor ialah di Kota Belanda. Kawasan ini sudah semakin cantik, bersih dan tersusun namun disebalik semua ini aku dikejutkan dengan kehadiran monyet/beruk jantan yang garang dan menakutkan.Nasib baik tiada perkara buruk terjadi. (Haiwan itu cuba melindungi anak kecil yang berada di sisi isterinya dari diganggu oleh makluk lain.Memang bapa yang penyayang dan bertanggung jawab *tiada gambar di ambil)


Ambik gambar disini terasa seperti berada di Kota A' Farmosa Melaka. *Harap maaf gambar senget sikit.Tapi yang penting sangat unik dan menarik.Nak fokuskan bahagian bangunan tue bukan tuan punya badan.

Cantik tak? Alah kamera biasa sahaja. Nasib baik nampak kurus sikit *Tak seperti gambar di atas.

Kemana lokasi seterusnya? Tunggu eposid 3 lah pulak yek!

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015