Monday, October 25, 2010

622 : Panggilan Pulau >> Pangkor - Episod 1

Rindu datang lagi.... Kenangan lalu mengamit memori.Boleh dikatakan setiap tahun akan ke Lumut.Dek kerana tiada lagi saudara mara di Lumut maka percutian kali ini melampaui sempadan dan lokasinya ialah Pulau Pangkor.

Kalau tak silap kali terakhir ke sana ialah pada tahun 2003 yakni 7 tahun yang lalu ketika menghadiri Kem QCC.


Bertolak dari Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2010 dengan menaiki Bas Transnasional dari Hentian Duta pada jam 10.30 malam dan selamat tiba di Lumut pada jam 2.00 pagi. Laluan perjalanan melalui lebuhraya utara selatan dan keluar di Bidor dan memasuki pekannya dan terus menghala ke arah Teluk Intan.

Tempat penginapan untuk beberapa jam ialah di Hotel murah yang terletak berhampiran dengan Hentian Bas dan berada di pekan Lumut. (Teringat dulu - dulu punya 'Homestay' di Lumut... tetapi sekarang dah memiliki 'Homestay' di Teluk Sipagar, Kota Kinabalu Sabah)..


Menaiki bot , pergi dan balik berharga RM 10.00 pada jam 9.45 pagi. (Tak sarapan pagi tau sebab nak makan Sarapan Tengahari terus).

Inilah tiket tersebut yang membuktikan memang aku pergi ke Pulau Pangkor. Sekarang pergi balik RM 10.00 kalau dulu berapa ye? Dah lama sangat dan tak mampu diingati oleh diriku buat masa ini.

Kenangan lalu : Teringat sewaktu umur 16 tahun, pertama kali ke Pulau Pangkor berdua dengan ayah.Masa tue memang diriku tak tahu menunggang motorsikal.Jadi aku dan ayah pusing - pusing Pulau Pangkor dan berada di sana dalam beberapa jam sahaja.Bila di ingat balik.. rasanya banyak juga perubahan telah berlaku di Pulau Pangkor ini.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015