Sunday, October 24, 2010

621 : Dinner @ Cheng Ho

Lokasi jalan - jalan cari makan kali ini terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur. Nama di beri Cheng Ho yang merupakan restoren makanan Cina, Islam & Seafood (makanan laut).Restoran ini adalah dimiliki oleh penyanyi kumpulan search yang terkenal iaitu Amy Search (tak nampak pulak kelibatnya sewaktu berada di tempat kejadian tempoh hari).

Ini adalah tomyam seafood (makanan laut) yang terdiri dari udang, sotong serta sayur - sayuran termasuklah cendawan butang.

Menu seterusnya ialah Daging masak berlada.Ada daging yg tak betul - betul masak (rasa kecewa) tapi nasib baik sedap...

Ikan kerapu yang sangat lazat dan cukup rasanya.Berbaloi membayar berpuluh ringgit untuk makan malam seorang diri.

Menu ke 4 ialah Sayur Campur (rasanya biasa - biasa sahaja) dan sedikit nasi berserta Chinese Tea (Teh Cina).

Kesimpulannya : Makanan ini adalah untuk seorang hingga maksimum 3 atau 4 orang.Untuk menikmati hidangan ini dengan sempurna dan licin adalah digalakan mengambil sedikit nasi sahaja dan mengurangkan meminum air.Selamat menjamu selera. Jumlah keseluruhan makan malam ini ialah RM 69++ (Nak tahu harga sebenar silalah mengiranya dengan sendiri).

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015