Saturday, October 09, 2010

620 : Syawal @ Istana Budaya >> Teater Tun Mahathir - Episod Akhir


Che det masa kecik -> Lakonan ok la.Lagu "Belon' tue best.Tapi suasana kampung tue tak akan nampak *terlindung kalau sesapa duduk bahagian paling tepi sekali tak kiralah sama ada belah kanan atau kiri pentas.

Dr. Mahathir -> Lakonan Zizan Nin masa remaja & belajar pun memuaskan la.Sedap juga suara mamat ni (bukan nyanyi live pun).Cuma kekadang ada pakaian yang tak kena masa time dia org dating & dia habis belajar (x kan pakai baju sama je????)

Tun Mahathir -> Lakonan Esma Daniel pun boleh dibanggakan sebab dia pandai juga tiru gaya Tun Mahathir dan rupa paras pun ada iras - iras.

Dr / Tun Siti Hasmah -> Pertama kali tengok lakonan live Erra Fazira & di pentas teater.Ok la dan memuaskan. Babak akhir masa dia pakai rambut palsu sewaktu Tun Mahathir letak jawatan tue memang sebijik mcm Tun Siti Hasmah.

Lagu -> sedap2 dan kebanyakkannya macam 'cedok' lagu sedia ada.Lagu Tampal Poster, lagu 'Air Halia' memang best!!!. Lagu jiwang - jiwang yg lain jangan katala..semuanya Terbaik... terutama kalau Erra Fazira yg menyanyi.. He he he.

Misha Omar pun nyanyi juga.. Lagu khas utk Tun Dr. Mahathir.

Yang tak suka -> lakonan/tarian yang sebenarnya mempunyai mesej tersirat.Kalau siapa yg tak reti menilai/ mentafsir memang x faham la apa maksudnya.Cthnya: lakonan masa kemasukan Jepun & peristiwa 13 Mei 1969.

Kesimpulannya -> Aku suka sebab cerita dia adalah Muzikal.

 Gambar bersama Cik Retnawati pada 6.10.2010 *cilok dari blognya.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015