Friday, September 03, 2010

601 : Prolog - Peluang Terakhir (2)


-->
Menghirup udara segar di Cameron Highlands merupakan saat yang ku nantikan.Ramadhan bukanlah penghalang untuk aku berehat dan bersantai dari memikirkan tentang berbagai perkara yang membelenggu diri serta fikiran.Tiba – tiba sewaktu aku baru sahaja berjaya menjejakkan kaki ke Cameron Highlands satu SMS masuk tanpa dipinta.Rupanya ada jemputan berbuka puasa di rumah bekas rakan sekerja.Aku membalas SMS tersebut dengan berat hati  dan menyatakan di mana aku berada dan rasa kecewa kerana tidak dapat berbuka puasa bersama – sama.Secara jujurnya aku tidak penah berbuka puasa dengan Zuha.Ya namanya Zuha.Zuha yang memberi harapan kepada aku.Sejujurnya aku  tidak penah berbuka puasa dengannya.Penah tergerak hati  menjemputnya berbuka bersama – sama.Tapi aku tak cukup kekuatan untuk melafazkannya apa lagi menyatakan hasrat itu. Kenapakah? Adakah kerana aku seorang lelaki yang pemalu dan mempunyai perasaan yang malu untuk berhadapan dengan wanita itu.Mungkin di tahun depan hasrat tersebut akan menjadi kenyataan.
    Dingin udara di Cameron Higlands dan cuaca redup menyambut kedatanganku.Kecewa tidak dapat menikmati kesegaran strawberi coklat di siang hari namun aku sudah merancang untuk memborong strawberi sepuas – puasnya.Senja yang dinanti muncul juga.Berbuka puasa seorang diri sudah menjadi lumrah bagiku.Malam itu aku menikmati steamboat sayur – sayuran segar dengan sepuas – puasnya.
   Dalam jam 8.30 malam, aku bergerak menuju ke Brinchang.Pasar malam yang menjual berbagai hasil bumi Cameron Highlands.Bagaikan sudah ditakdirkan di tengah – tengah keriuhan peniaga menjual barangan mereka, tiba – tiba aku di tegur oleh satu suara.Bunyinya begitu asing bagiku.Tetapi wajahnya saling tidak tumpah seperti ayahnya.Dialah Shahril, anak kepada Long Johari. Anak saudara kepada arwah emakku.Kami memang tidak rapat.Sejak kecil lagi dia membesar di Kuala Lumpur dan jarang – jarang pulang ke kampong kami yang terletak  di nun jauh di utara.Aku  bersalam dengannya dan dia bertanya tujuanku berada di situ dan menyatakan yang rumah mertuanya terletak beberapa kilometer dari situ.Di akhir perbualan kami, dia meminta aku menyampaikan salam kepada sepupu Hasmidar.Pada saat itu baru aku tahu yang isterinya orang Cameron Highlands.Betapa aku tidak peka dan mengambil berat tentang saudara sendiri.Mungkin kesibukan kerja seharian membuatkan aku tidak ambil peduli tentang saudara mara sendiri.Kenapa manusia punya sikap sebegitu? Hanyut dalam dunia kerjaya  sehingga mengabaikan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan menyebabkan ikatan itu semakin renggang.Mungkin sekiranya ianya berterusan, selisih ditengah jalan pun tak kenal sedara sendiri.
    Habis membeli beberapa kotak strawberi yang segar aku kembali ke tempat penginapan.Di Strawberi Park & Resort satu kawasan yang cukup damai dan memberikan aku ketenangan yang dicari.Pertama kali aku kesitu.Biliknya sangat luas dan selesa.Lagi mengkagumkan ialah keluasan bilik mandinya.Aku tidur lena sehingga ke pagi selepas menikmati sahur sebelum tidur.
   Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku telah nekad dan membuat keputusan.Biarlah Tuhan Yang Maha Esa menentukan sejauh mana hubungan aku dengan Zuha.Kalau memang dia ditakdirkan menjadi milikku pasti satu hari nanti aku akan lebih dekat padanya.Jika sebaliknya aku redha dengan ketentuan dari Illahi.

1 comment:

Kasawari said...

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

Selamat Hari Raya dari Kasawari sekeluarga..
Maaf Zahir dan Batin..

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015