Tuesday, August 31, 2010

598 : Selamat Tinggal - 13 Tahun 6 Bulan

Akhirnya takdir dari Illahi siapa dapat menghalang.Selepas melalui 13 Tahun 6 Bulan aku tidak lagi menjadi ahli keluarga mereka.

Keputusan nekad yang aku ambil adalah demi masa depan aku sendiri.Setelah sekian lama menanti akhirnya masanya sudah tiba untuk aku melangkah pergi dari situ.

Bohong jika aku katakan yang aku tak sedih.Ya! aku memang dan kali- kali menangis.Sampaikan hari terakhir pun aku masih tak mampu untuk menahan air mata dari terus mengalir.Adakah ianya air mata kedukaan? atau air mata kegembiraan.Aku sendiri tak tahu untuk mengungkapkannya.

17 Februari 1998 pertama kali aku menjadi seorang perkerja.Alhamdulillah aku masih menjadi seorang perkerja dan terus berkerja.

Banyak jika ingin diceritakan.13 Tahun 6 bulan? Terlalu banyak suka dan duka sepanjang tempoh tersebut.Biarlah ianya menjadi kenangan terindah yang terus tersimpan dalam memori hidupku.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015