Friday, August 20, 2010

597 : Prolog - Peluang Terakhir


-->
PROLOG
    Usia bukan penghalang untuk jatuh cinta kerana cinta itu wajar menjadi milik semua insan.Benarkah? Cintaku milik siapa? Siapakah insan yang bertuah itu?
   Dia terlalu mengharap dan aku pulak begitu berhati – hati dalam membuat keputusan.Kenapa? Adakah kerana aku serik untuk bercinta lagi?Aku takut dikecewakan atau aku risau kisah duka yang lama berulang kembali?
   Aku sedar akan kelemahan diri jika dibandingkan dengan dia yang begitu hebat di mataku.Dia anak kepada seorang yang berpengaruh, mempunyai kedudukan yang kukuh dalam perniagaan dan merupakan di kalangan golongan yang kuat pada ilmu agamanya.Sedangkan aku? Apa yang ada? Solat lima waktu pun belum tentu sempurnanya.Aku akui akan kelemahan diri dan sedaya cuba untuk memperbaikinya.Tapi apakan daya, aku hanya insan biasa yang tidak mampu lari dari melakukan kesilapan.
   Aku hanyalah anak seorang petani yang hidup sederhana.Kebelakangan ini aku tertekan dengan sikap ayahku yang hanya tahu mencariku ketika susah.Takkala senang, bayang pun hilang.Adakah aku  mewarisi sikapnya? Boros dan suka membazir?
   Merindui saat – saat untuk berlibur dan menghirup udara segar di puncak Cameron Highlands.Beberapa hari lalu aku menjejakkan kaki ke puncak Genting tapi sayangnya aku tidak jumpa apa yang aku cari.Sebenarnya apa yang aku cari? Kenapa aku perlu ke puncak yang tinggi? Aku akui yang aku perlukan kedamaian dalam mencari ketenangan yang abadi.Tapi mampukah ianya menjadi milikku?
   Semalam aku memulakan kehidupan baru di tempat kerja baru.Aku nekad untuk bertukar kerja dan cuba untuk lari dari bayang – bayang kehidupan yang lalu.Jika dulu aku tidak merasai kebebasan dan selalu terikat dengan kerja sahaja.Aku mengharapakan dengan penghijrahan ini akan member ruang kepada aku untuk membina kehidupan yang lebih baik.
   Dia ada memberitahu yang dia baru dikenalkan oleh seorang kenalan dengan lelaki lain.Wajarkah aku cemburu? Apa yang sepatutnya aku rasa? Kecewa?Atau aku tidak mempunyai perasaan itu? Aku sendiri tidak pasti adakah perlu aku meneruskan langkah untuk terus mendaki dan menakluki hatinya? Memang aku akui aku selalu tewas dalam bercinta dan gagal memiliki cinta seorang wanita.Mungkin kelemahan dan sikap tidak bersungguh – sungguh yang aku miliki menyebabkan ianya terus menjadi dan terjadi.
   Andai satu hari nanti aku punya kekuatan akan aku teruskan untuk memilki seluruh jiwa dan raganya. Berikanlah aku kekuatan itu dan semoga inilah peluang terakhir buatku.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015