Wednesday, May 19, 2010

573 : Luahan Perasaan - Aku Yang Tak Sempurna

Sukar untuk orang memahami diri kita.Lagi sukar jika kita bukanlah seorang lelaki yang 'hebat'.Aku dan 'N' ibarat langit dan bumi.Terlalu banyak kelemahanku dan aku akuinya.Aku hanyalah insan biasa dari keluarga yang sederhana dan hidup di kampung nun jauh di utara.

Aku yang tak sempurna.Akhirnya aku berhenti berharap kerana aku bukanlah Matahari.Ya. satu simbol yang mengambarkan 'panas,membara,api dan membakar'.Itu bukan diriku.Puas mencuba tetapi aku gagal.Kerana 'N' terlalu berbeza dengan diriku.Duniaku berbeza dengannya. Adakah peluang ke 2?

Matahari itu menyinari.Tapi adakah semua org suka pada Matahari? ...
Tertutup sudah pintu - pintu hatiku.... (lagu Matahariku - Agnes Monica)

Sampai bila harus aku bersendirian?Aku tak punya jawapan dan kamu sekelian juga tiada jawapan untuk soalan itu.Adakah sendirian lebih baik ?

Separuh jiwaku pergi.... maknanya Jiwa aku bukan lagi dalam dunia yang aku sudah setia sejak sekian lama.Di mana salah aku? Kenapa harus aku setia? Mungkin pintu rezekiku bukan di luar sana.Aku redha dan terima ketentuan Yang Maha Esa.

Jika ada sesiapa terguris dengan catatan luahan perasaan aku dan setiap ayat dan kata - kata yang aku ungkapkan, dengan rendah diri aku memohon sejuta kemaafan.

Mungkin ini akan menjadi entry terakhir buat masa dan ketika ini dan blog ini akan ditutup dalam sedikit masa lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Mcm motep abg shaizar ni.. kok ye pun jgn le tutup blog nih.. suke baca kot...

emosi2 kenapa abg oi? relax2 jgn marah kan nyamuk blog ditutupnya

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015