Tuesday, May 11, 2010

569 : Dan Keputusannya Ialah....

Alhamdulillah akhirnya aku sudah kembali ke dunia FB, Blog dan berada di dunia yang nyata selepas beberapa hari hilang/menyepi dan menyendiri serta membuat hal sendiri.

Sepanjang 3 hari 2 malam aku telah membuat keputusan dan ianya adalah.....

Aku akan kembali menjadi pelajar semula pada bulan Julai 2010 nanti (Insya-Allah) oleh itu pada 21 Mei 2010 nanti aku akan menghadiri sessi taklimat dan memberi kata putus yg terakhir tentang perancangan ini.Apa pun ianya demi masa depanku juga.

Ke2nya aku telah selesai mengatur perjalanan percutian dan kembali ke Kg Halaman pada 2 Jun 2010 hingga 7 Jun 2010 nanti.Semuanya telah berjalan lancar.

Ke3nya aku akan berhenti berharapo dari memikirkan sesuatu yang tak pasti dan ianya adalah berkaitan dengan kerjaya, hijrah dan 'cinta' yakni menjurus kepada perkahwinan.

Ke4nya, dek kerana belum mempunyai jodoh aku akhirnya nekad dan telah membuat keputusan terakhir untuk menerima calon pilihan keluarga dan Insya-Allah majlis 'merisik' akan di adakan sebulan lagi.So what? Aku redha dengan qada & qadar ini.Mungkin ini yang terbaik utk aku.Diriku sudah penat mendaki dan mahu berhenti dari melayan sikap dan kerenah yang tak henti - henti dan sentiasa menghantui diri.

2 bulan kebelakangan ini aku telah menjadi orang lain dan sikap aku sukar diramal.Emosi aku berubah - ubah.Aku dah khabarkan tentang perkara ini sebelum ianya terjadi.Aku cuba mengawal perasaan aku tetapi apa kan daya aku tak mampu puaskan hati semua orang.

Aku sudah berhenti untuk memberi harapan dan juga meminta sesuatu yang bukan - bukan. Ada rezeki untuk aku ,adalah.Hidup sentiasa diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran.Aku akan sentiasa cekal dan tabah menghadapinya.

Hijrah? Perubahan? Itu yang aku harapkan..

Ya Allah Ya Tuhanku bukalah pintu hatiku untuk menjadi lebih baik dari semalam untuk meneruskan perjalanan di hari - hari mendatang.(Aku berjanji pada diriku.. ya aku berjanji dan aku akan tunaikan janji itu).

S.H.A.I.Z.H.A.R satu nama dalam 'dunia'. I'm back..... Diriku sudah KEMBALI.......

3 comments:

fizanie said...

bagus..ade motivasi dalam diri sendiri untuk berubah..apepun congrats k..

Mutiara Kasih said...

shai bab jodoh tu lia sokong .. pilihan keluarga membawa restu hingga ke syurga ..
semoga shai berjaya ... ok

Mutiara Kasih said...
This comment has been removed by the author.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015