Monday, May 10, 2010

568 : Jalan - Jalan di Kuala Lumpur (Akhir)

Jalan Tunku Abdul Rahman: Misi pertama ialah nak skodeng hantaran kawin untuk diri sendiri.Eh! silap... Mencari Bunga telur bertemakan biru + putih untuk majlis sepupu kesayanganku pada 5 Jun 2010 nanti. Pusing punya pusing adalah dua kedai kat bahagian bawah tanah.Ramai juga manusia kat kedai pertama.X ada yg berkenan langsung. Menuju pulak kedai ke2.Byk yg menarik tapi... tetapi.. erm.. apa punya kedai dah! x de tulis tanda harga. so? Tak kan sepanjang masa aku nak panggil dan tanya berapa harga yg ini dan berapa harga yg itu. Erm... nampaknya terpaksalah meneruskan misi ini di JB hujung bulan ni.Insya-Allah. Kenapa tak ke NILAI je? Hu hu hu.Cari penyakit kalau ke NILAI.Lain yg nak dibeli.. kang lain yg jadinya.X pelah, utk majlis diri sendiri nanti boleh la berbelanja di NILAI.Tapi bila?

Misi ke 2 ialah berbelanja di Jalan Tunku Abdul Rahman.Ya! pasar malam di ujung minggu.I like Pasar Malam.Ha ha ha. Banyak mau beli dan yang pasti tentulah makanan.Membeli itu dan ini sehingga lupa mau ambik gambar.Antaranya aku membeli Akok dari Kelate serta Popia Basah serta melantak Cendol Pulut.

Sesungguhnya aku bersyukur dan gembira dengan perjalanan pusing - pusing, makan - makan serta jalan - jalan sepanjang hari sabtu bertarikh 8 Mei 2010.Terima Kasih Tuhan utk kesempatan ini.Alhamdulillah......

1 comment:

CT Delima said...

ALHAMDULILLAH...!! ku panjatkan syukur akhirnya keputusan telah pun Shai buat. Dengan satu matlamat dan yang dapat k.ct doakan... Shai kan berbahagia dan akan menemui jalan yang cerah dimasa depan.

Apa pun kejarlah selagi dirimu mampu, kejarlah ia tampa rasa jemu..sesungguhnya apa yang menunggu dihadapan adalah penentu keHIDUPanmu.

Semoga impian akan menjadi kenyataan...selamat untuk semuanya..Aminnnn

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015