Monday, May 10, 2010

567 : Jalan - Jalan di Kuala Lumpur (4)

Seterusnya dalam 2.30pm bergerak untuk acara pusing - pusing KL.Selalunya sendiri yg merempit ke sana dan sini tapi kali ini menjadi penumpang di bas Hop On Hop Off (HIPO). Ya! aku tak sorang kan? Tue... kan ramai lagi pelancong lain yg joint aku.So what? Perlu ada kawan/gf/teman baru nak melakukan aktiviti mcm ni?


Dari KL Bird Park melalui Memorial Tun Abd Razak, Planeterium Negara, Muzium Polis, Muzium Kesenian Islam dan Masjid Negara.Seterusnya melalui Dataran Merdeka sebelum menuju ke Jalan Raja Laut dan melencong sehingga ke Istana Budaya/Tasik Titiwangsa.

Pusing dan pusing lagi hingga ke depan Menara Citi Bank/Ampang Park dan barulah berhenti di KLCC yakni Menara Berkembar Tertinggi di Dunia.Seterusnya bergerak ke MATIC dan kemudiannya mengelilingi KL Tower sebelum mendaki Bukit Nenas.What??? Aku ke KL Tower.Hajatnya memang nak berhenti dan merasai pengalaman menjadi pelancong dan berkunjung ke Menara setinggi 421 Meter itu.Tapi apa kan daya, hujan membasahi bumi dan masa amat terbatas.Banyak lagi xtvt lain harus dilakukan.Akhirnya aku berhenti di Kompleks Budaya Kraf.Erm... barang - barang kraf yang dijual disitu agak di luar kemampuan aku dan kebanyakannya boleh didapati di luar sana dengan harga yg lebih murah.Jadi kenapa aku harus bazirkan RM untuk membeli di situ.So what? suka hati aku lah mau membeli atau tak.Ada aku pakai duit kau orang? ha ha ha ha. Dlm ujan yang masih membasahi bumi aku membuat keputusan untuk masuk ke Muzium Kraf KL.Kali terakhir aku kesini adalah 10 tahun dulu dengan kekawan CSA sewaktu mengadakan lawatan sambil belajar/berjalan.ha ha ha.

Akhirnya berjaya juga naik bas ke 3 yg ada open air.Biarpun masih hujan rintik - rintik.Bas berhenti di depan Istana Negara dan berhenti berehat selama 5 minit.So apa lagi.. aku mendekatkan diri dengan pintu pagar Istana tersebut la.

Seterusnya melalui Petaling Street.Ah!!! rupanya dah lama aku tak menjejakkan kaki dan masuk ke Jalan Petaling ini. Hu hu hu.. Tak berani la.Kang ada juru jual - juru jual menjual "benda yg bukan - bukan".. ha ha ha ...

Perjalanan pusing - pusing KL aku pada hari sabtu 8 Mei 2010 berhenti di hentian Medan Mara dan perjalanan langkah kaki aku seterusnya menuju ke dua lagi destinasi.Di mana? Untuk apa? dan kenapa? jawapannya akan menyusul juga nanti.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015