Sunday, May 09, 2010

566 : Jalan - Jalan di Kuala Lumpur (3)

KL Bird Park, Kuala Lumpur: Laporan bergambar diteruskan dengan memaparkan suasana dan rupa paras burung - burung yang terdapat di sini melainkan burung kasawari yang takkala ini berada nun jauh di dalam huta di Kuala Kubu Bharu Selangor (7/5/2o10) kalau tak silap.Ingat nak joint juga tapi memandangkan sudah punya rancangan sendiri terpaksa melupakan hasrat itu.Perkhabaran mengenai aktiviti tersebut hanya ku tahu beberapa hari sebelum hari kejadian.

12.30PM ialah masa untuk menyaksikan persembahan burung - burung.Jom layan!!!

Manusia yang menyaksikan persembahan tersebut ialah ramai.Sampaikan tiada tempat kosong untuk diduduki oleh rombongan pelajar - pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Dia org sampai bila show dah separuh jalan). Burung - burung yang membuat persembahan memang bijak - bijak.Yalah!! dah diajar dan diasuh mestilah pintar kan? Lagi pun setiap apa yang dilakukan mendapat ganjaran.Itu antara faktor yang memberikan mereka lebih semangat.Tak gitu
Perut sudah berkeroncong ditambah dengan irama dangdut yang menguasai anak tekak.
Sebelum meninggalkan KL Bird Park aku melantak dulu.Biarpun harganya agak mahal tetapi masih mampu dibayar oleh diriku.Membeli ole - ole tak seberapa untuk insan - insan yg sentiasa diingatan.Siapakah? Anda kah? Oh! bertuahlah mereka itu.

Kesimpulannya; biarpun ketenangan yang dicari hanyalah datang sementara tapi aku bersyukur kerana aku telah jumpa apa yang aku cari.Aku juga sudah membuat keputusan untuk merubah kehidupanku.Semoga ianya menjadi kenyataan. A-Min

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015