Tuesday, March 02, 2010

534 : Selamat Hari Jadi 'Mak'

2 March 1948, lahirnya anak ke 2 Hj Ismail (arwah) bernama Sa’adah.Anak sulung kepada Hjh Che Su (arwah).Beberapa tahun kemudian menjadi seorang kakak kepada Hj Jamaliah.

2 March 2007, ucapan 'selamat hari jadi mak' adalah yang terakhir kalinya.Biarpun ketika itu lebih 9 tahun berjauhan dan tinggal berasingan ucapan hari lahir tak akan terlepas diingatan.

2 March 2008, pada siapa ucapan itu harus dilafazkan? bagaimana hati & perasaan ku tanpa mak disisi.(Takkala entry ini ditaip..air mata mulai mengalir namun ku cuba pertahankannya dari mengalir deras..Alhamdulillah diriku cukup kuat menerima kenyataan ini.Biarpun airmata yg menitis kala ini sedikit namun perasaan dalamku dan kesedihan tak terbendung lagi tak terucap dek perkataan)

2 March 2009, lahirnya WSH 9347 menjadi milikku.*Suratan atau kebetulan?

2 March 2010,aku hanya menyebut 'selamat hari jadi mak' di dlm hati shj.Mak dtglah dlm tidurku.. datangla.. biarpun seketika, anakmu sangat merindui mu.

28.08.2007 perginya seorang bernama mak mengadap ilahi.(ASesungguhnya hanya Tuhan Saja Yang Tahu apa yang aku rasa dan apa yang telah aku lalui.Kerinduaan yang teramat."Kerana ibu kaulah permata hatiku".

Pada 2 March 20010 genaplah usia (arwah) mak yang ke 62 tahun (sekiranya mak masih ada dlm dunia ini).Insya-Allah akan ku ziarahi Pusaramu sedikit waktu lagi takkala ku kembali ke kampung halaman.(Pastinya air mataku akan mengalir lagi)

1 comment:

CT Delima said...

Selamat hari lahir juga untuk 'mak' semoga arwah 'mak' akan sentiasa aman disana.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015