Sunday, February 28, 2010

532 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod Akhir

Pertama kali syukur alhamdulillah apa yang di anjurkan telah selamat terlaksana. TQ utk MBC (Malaysia Backpackers Club) anda tahu siapa anda dan jasa bakti anda amat dihargai.
Ke2nya, terima kasih pada Tourism Selangor/Putrajaya yang menjadi penaja utama program ini.

Ke3nya, kepada semua penduduk kg yg terlibat secara langsung atau tidak dlm program ini.

Buat keluarga angkatku iaitu Ibu Anis dan anak sulungnya Faiz.Sangat gembira dapat tinggal bersama keluarga kalian biarpun hanya seketika.Insya-Allah akan kembali menziarahi keluarga ibu sedikit waktu lagi.Semoga ikatan silaturrahim yg terjalin akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.*A-Min.

Inilah pengalaman serta coretan ikhlas aku mengenai program ini.

Sabtu, 20.02.2010

Permulaanya, agak perlahan dan ketepatan masanya adalah berada ditahap kurang memuaskan.Time, sarapan pagi dan minum - minum adalah saat awalan untuk berkenalan antara satu sama lain *biarpun terhad (mcm biasa aku memang spesis lambat start enjin, sesuai dgn namaku yg 'shy' atau =shai. ha3..

Ada 2 bas yang membawa kami kesana.Sambutan dari penduduk kampung adalah 'gempaq' biar pun kami lambat sampai seperti yang dijadualkan.Di sambut dengan kompang, bunga manggar dan persembahan silat.Seterusnya ada la ucapan aluan dan kata - kata daripada orang - orang penting dan pembahagian keluarga angkat.

Aktiviti rewang membuat nasi ambeng adalah sesuatu yang baru bagi aku.Mula - mula masing - masing tak tahu nak buat apa, nak mula yg mana.Tapi bagaikan magic semuanya bertukar sekelip mata.Alahai Fafau!! membuat pengambaran di sini.Okielah! aku kan dah biasa jumpa artis , so tak hairan bin ajaib sangatla.

Mula - mula aku menjadi mat kacau serunding.Dari mula sampai habis lor! Lepas tue menjadi mat tumbuk bawang putih dan ikan bilis.Lepas tue menjadi mat rasa rempeyek selain jadi mat sibuk.Seorang awek memang rajin menjadi tukang masak mee dan aku menjadi tengok saja. Seterusnya aku menjamah ubi kayu with ikan bilis *spesis besar tue (apa nama dia) dan kemudiannya memasak ayam masak kicap (kononnya la! pada hal tukang memerhati je)

Dan lepas pada itu seorang rakan blogger yg tinggal berhampiran kawasan tersebut dengan rela hatinya meluangkan masa berjumpa dengan 2 orang blogger msjbox dot com yang agak popular (still releven ka?) Aku layan la dak topek/taufik nie apa yg patut.Sembang2 sambil membusykan diri rehearsal poco2.

Kisah di malamnya....

Majlis pelancaran adalah lepas Isyak (kalau x silap) dan dinner makan nasi ambeng adalah sekitar 9.00pm lebih.Yg penting aku duduk makan belakang Fafau (peluang besar nak masuk TV) Aku nak setalam ngan Fafau tapi dia tak kasi (sampai hati u) ha ha ha. Best gak melantak dlm talam ber4.Tapi kan lepas makan nasi ambeng tetiba, gigi2 ku kesakitan.Apasal yek! Nasi yg byk tak habis ku makan.Aduh! membazirkan.Tapi ok la. lauk2nya boleh la (x teruk sangat).

Kemudiannya show wayang kulit jawa.Apa yg boleh katakan.Ianya adalah terlalu panjang berjela dan membuang masa (betul la! sebab apa tak faham) PA systemnya adalah kelaut selat melaka. Apasal yek! microfon tak di dekatkan mulut ke? Apa yg aku faham hanya lah perkataan * ha ha ha . itu juga.Dek kerana kebosanan aku melayan la kekawan bergambar di memalam hari.Layan bersembang dan berangan.

Kemudiannya show geng MBC iaitu Poco2. Okielah juga kan xtvt nie, berpeluh seh! yg show nie masuk Alahai Fafau x ? Apa pun memang happening la.Masing - masing sporting termasuk penduduk kg yg ada + ibu angkatku.

Ada games le, time tue dah 11pm lebih.Utk satu segmen dlm rancangan Alahai Fafau.. mula - mula aku target ganjarannya ialah 'Makan bersama fafau' dek kerana pertandingan itu melibatkan makan - makan dan time tue perut aku dah 'full' + kesakitan gigi. Hilang segala selera.Kalau tak, aku lah org pertama yg akan joint.Hu hu hu. tapi x pe. Time shooting tue aku duduk tengah2 dan betul2 belakang sherry gebu. kuang kuang kuang + aku pakai baju oren, so memang muka aku akan masuk TV la.Tahniah!! Kak Maz dan Syah. dia org menang RM50 setiap sorang.Berbaloi2...

Esok paginya.. Ahad , 21/02/2010

Aku memang awal bangunla.Tidur pun ala - ala tidur ayam.Kepanasan yg terlampau + tidur kat tempat baru so memang payah sikit la.Aku rindu bantal pelukku, bantal tidur serta selimutku (boleh mcm tue).Sarapan pagi itu adalah nasi lemak yg sedap + sambal sotong. *Tq ibu Anis
Sedang asyik mereka bercerita tentang itu dan ini termasuk al - kisah politik aku hanyalah menjadi pendengar (Bagi aku, undi adalah rahsia, aku x nak kasi tau kau orang).

Dalam 9am kita org sampai tempat berkumpul.Tapi ada lagi yg dtg lambat.Dalam 10am pun ada juga 3 jejaka tue muncul di tempat kejadian.Bermacam - macam jenis motorsikal telah berada di kawasan yg agak luas itu.Ada motorsikal berkuasa besar, motorsikal merempit seperti TZM, EX5 juga motor klasik seperti vespa (yg kaler purple pun ada seh!) dll lain.

Macam biasa sessi bergambar dan berangan sampai lebam + dari ke hulu ke hilir bersama geng2 yg kaki bergambar memang best.Kemudiannya sebelum di bahagikan kepada kumpulan - kumpulan kecil aku melarikan diri ke tepi pantai.Sempatlah posing sesuka hati.

Akhirnya group aku, menjalankan xtvt gotong royong beberapa meter dari kediaman rumah ibu angkatku iaitu di tali air 6 1/2 Sg Leman.Belum apa2 lagi kita org dah berpoco - poco di depan Balai Raya di situ.Xtvt yg kami jalankan ialah mengecat apa yg patut + membersihkan kawasan tertentu.

Tapi kan, aku joint geng lain bergambar kat tepi sawah, sungai dah atas titi.Best !!! best! mcm - mcm aksi ada.Aku suka - aku suka.Kau orang memang best.Permandangan yg indah dan keaslian suasana memang terasa.

Dalam tegak matahari, 4 motorsikal + 1 motor besar berkonvoi mencari panorama indah untuk mengabadikan kenangan di situ.Kawasan sawah padi yg kering kontang dan sedang dibajak untuk proses penanaman semula padi sedang dijalankan.

Paling best, kami serang satu traktor yg tidak di matikan enjinnya dan bergambar sesuka hati. Lepas tue pusing - pusing kawasan kampung sehingga bertemu sebuah rumah yg sungguh indah dan menarik buat kami tertarik kerana terletak di tengah kawasan sawah.Kami singgah bergambar dan memberi salam serta berkenalan dengan keluarga itu + menziarah isterinya yg sakit.Melihat rumah kampung ini mengingatkan aku pada rumahku sendiri di kampung halaman tercinta.Memang berbaloi - baloi bergambar disini.

Dalam 1pm, makan - makan pun bermula.Aku makan ala - ala manja je.Time nie sakit gigi masih menguasai ruang - ruang mulut.Lepas habis melantak, aku merempit ke pekan Sekinchan ikut jalan besar.Pertamanya beli ubat sakit gigi lepas tue beli top up hotlink dan digi.Dengan selamba, ala - ala kampung sendiri aku merempit tanpa memakai helmet. so what? Akhirnya, aku balik ikut jalan kg. main redah jerr.. nasib baik x sesat.

Kemudian dalam 2.2opm (lebih kurang) kami merempit menaiki berbagai jenis motor melawat kawasan kampung.Menuju ke tepi pantai yang agak bersimpang siur dan "berbau' aku adalah elergic *konon. Permandangannya adalah menarik tetapi .... mcm terbiar sikit serta tak sempurna (mcm mana nak jelaskan yek!)

Time nie mcm biasalah, bergambar tak hengat dunia.Ada juga yg mencelah nak masuk dlm kamera aku.Ha ha ha ha.Ada juga yg tak nak bergerak sebab asyik beraksi dengan berbagai gaya. Al - maklumlah byk jurukamera.Terima Kasih pada sesiapa yg sudi menjadi juru kamera ku tanpa perlu di paksa.

Destinasi seterusnya ialah ke kawasan sawah padi sehingga menuju ke kawasan tali air.Ok juga tempat ni.Macam biasalah, pakat bergambar lagi.Sampaikan kawasan tali air yg seperti terusan/saliran/parit tue mcm mangsa.So what? kita org memang kaki bergambar.

Aktiviti terakhir ialah melantak berbagai jenis sample keluaran IKS di kawasan itu kat satu pusat jualan.Sedap sungguh simpulan kasihnya, kerepek bawang , buahulu gulung dll. Aku membeli dan berbelanja dlm RM15 je. Time nie pun dah nak pukul 4pm.Lepas tue aku menjadi supir kepada 3 org wanita ini dengan menghantar mereka kembali ke rumah keluarga angkat masing - masing.Nasib baik la dekat.Kalau jauh malas nak tolong (boleh mcm tue)

Kemas - kemas barang dan kemudiannya menghabiskan saat - saat akhir dengan keluar angkat sebelum meninggalkan rumah no.20 itu dengan harapan akan kembali ke sana sedikit masa lagi.
Bergambar beberapa aksi sebelum merempit ke tempat berkumpul untuk majlis penutup dan perpisahan.

Kami diberi ole - ole yang memang berbaloi.Terima Kasih daun keladi, Insya-Allah kami akan datang lagi.Terima Kasih untuk semuanya.Semoga kekurangan yang ada dapat diperbaiki untuk kebaikan bersama.



1 comment:

echah_syed said...

n3 yg paling pnjg pernah ko tulis shai.. :D

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015