Thursday, February 25, 2010

529 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod 5

Sekitar 11am, geng MBC telah memulakan aktiviti dengan tarian poco2. I like.lepas tue xtvt mengecat dan gotong royong. aku buat apa? tolong menyibuk je.Lepas tue joint geng2 yg suka bergambar tak hengat dunia kat tepi sawah padi yg sebelahnya terdapat sungai.

Aduh! aku memang suka berangan dan bergambar.Tunggu jelah gambar dari Camera Zet & Bro Yusof.Bila nak tag dah? Best woo joint dia org nie.Lebih kurang geng Kamie juga, suka ambik gambar melompat dan aksi - aksi pelik tapi benar.

Kat depan rumah 'ibu' yakni keluarga angkat aku.Si adik zila dari PD pun interprame nak menyibuk.(Kita org x satu rumah tau).Yang satu rumah adalah Bro AA yakni Kasawari, Bro Sazali dan Idlan + aku la.

Time nie memang panas terik.Ada lah sorg hamba Allah yg baik hati memetik kelapa.Terima kasih bro.I like air kelapa.Sedap oooo.. rugi sapa yg x joint.Ha ha ha ha.Yg awek2 lain tue adalah jiran sebelah iaitu anak - anak Encik Sidek , sepupu 'ibu'.Lupa lak, ibu angkatku memang banyak cakap dan namanya ialah Anis.

Tengah2 hari kita org dlm 4 motorsikal merempit ala - ala manja bersiar - siar di sawah padi.Tetiba ada traktor di tengah sawah yg tidak dimatikan enjinnya.Kami apa lagi, terjah la!!. Pose sana sini dengan sesuka hati.

Terkilan.Tapi nak buat mcm mana bukan rezeki kami.Kalau datang time sawah padi hijau menguning mesti best.Walaupun aku anak petani, tapi dah 12thn aku tak merasai pengalaman itu seperti aku kecik - kecik dan di alaam persekolahan.

Ada satu rumah di tepi sawah.Kata Zet, ini rumah penah menjadi lokasi shooting utk filem 'Hingga Hujung Nyawa' betul kah? Tetiba teringat rumah di kampung halaman sendiri. Yakni aku teringat arwah mak dan adik beradik yg lain terutama teman - teman sepermainan.

Lagi gambar - gambar semasa kunjungan ke teratak itu.Tinggalnya seorang lelaki bersama isterinya yang sakit.Sempat menziarah dan bertanya khabar.


Inilah kekawan baru ku serta gambar kaki - kaki mereka.siapakah ? Teka la, mana satu kaki ku?

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015