Wednesday, January 20, 2010

498 : Luahan Rasa Hati

Sudah terlalu lama aku tidak menulis disini.Di kesempatan yang ada bersama dengan ruang - ruang yang kosong serta perasaan hati yang keliru dan celaru aku mencoretkan sesuatu.

Menjangkau 30-an pada usia begini sewajarnya aku telah dimiliki dan memiliki serta menjadi milik seseorang.Mungkin aku silap kerana melepaskannya pergi.Kepergiannya tidak berpenganti dan sukar dicari ganti.Ya! aku yang bersalah kerana melepaskan peluang keemasan itu.Masa sudah tidak dapat diundur lagi.Yang berlalu tidak mungkin dapat diulang.Aku jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran.

Di hari yang telah berlalu di bulan Januari ini aku telah menunaikan satu hasrat yang sudah lama aku pendam.Akhirnya aku gembira dalam duka kerana dapat kesana lagi.Meluangkan masa sendirian, melakukan apa yang aku sukai dan merehatkan diri dan minda dengan menikmati serta mensyukuri rahmat dari Illahi.

Hari - hari berikutnya di hujung minggu, akan aku habiskan masa untuk memikirkan keputusan terbaik untuk perjalanan hidupku di hari - hari mendatang.Sama ada terus 'setia' atau 'pergi'.Susah berulang kali aku inginkan penghijrahan dalam hidup namun rezekiku masih disini.Aku tak pasti sampai berapa lama lagi? Perlukah aku menjadi yang setia? Atau wajarkah aku nekad membuat keputusan untuk melangkah kaki pergi dari 'dunia' hidupku sekarang.

Ya! aku memang seorang yang sukar difahami kerana aku seorang yg 'perahsia' adalah sulit bagiku untuk meluahkan segala isi hatiku kepada sesiapa shj tanpa dipinta.

Aku akan terus menjadi diri aku dalam mencari arah dan kehidupan yang terbaik dalam usiaku sebegini.Aku sedar kelemahan diriku dan aku juga tahu masa untuk aku berlibur dan bergembira sudah berakhir.Terima Kasih untuk kesempatan melalui suka duka dan lara sepanjang tahun 2009.Aku happy melaluinya.

Untuk 2010 dan hari - hari mendatang.Aku harus fikirkan apa yang sewajarnya aku lakukan dalam melakukan sesuatu untuk mengubah apa yang perlu aku ubah dalam membina sesuatu yang selama ini aku tidak berjaya kecapi.

Semoga aku akan berjaya dan dirahmati dengan apa jua yang akan aku lakukan di kemudian hari.


3 comments:

Mutiara Kasih said...

biarkan ia terus berlalu .. jadi kan kenangan .. semoga kehadiran 2010 ini akan memberikan .. semangat .. dan lebaran baru dan lebih bermakna serta dirahmati .. shai ..
kadang kala apabila kita melalui sesuatu yang pahit .. ia akan menghadiahkan kita ganjaran kemanisan yang teramat indah ..

echah_syed said...

takde masalah yg tak bole diselesaikan..betul tak?? :)

semua org ada sesuatu yg terlalu personal utk dishare dgn org lain.tapi jika bole membawa kebaikkan apa salahnye.

semoga dilapangkan ALLAH swt dan insyaALLAH semua dipermudahkan.amin

deidaa said...

U don't trust anybody.. do u?
Pyh gak kalo camtuh.
Ko kena cari la somebody yg ko caya then ko luah.
Ko jangannnn... kang ko histeria kanggg, duk pendam2 tu!

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015