Thursday, December 31, 2009

487 : Setengah Tahun *Julai - Disember dengan Cuti - Cuti Malaysia

Lokasi : KL – Kuala Kedah – Langkawi – Alor Setar – Taiping KL
Tarikh : 30/7/2009 – 2/8/2009
Pengangkutan : Van/Ferry
Hotel : Seri Intan, TM Resort Langkawi.
Aktiviti : Laman Padi, Langkawi Cable Car,
Lokasi : KL – Bandaraya Melaka – KL
Tarikh : 14/8/2009 – 16/8/2009
Pengangkutan : Transnasional
Hotel : Felix Hotel &
Aktiviti : Dataran Pahlawan,Kota Melaka, Istana Kesultanan Melaka,Muzium Setem,
Eye On Melaka, Menara Taming Sari,Konsert Jelajah Era, Tengok Wayang, Jonker Street,Muzium Samudera, Muzium TLDM
Lokasi : KL – JB - KL
Tarikh : 12/9/2009 – 13/9/2009
Pengangkutan : Air Asia & Keretapi
Hotel : Bukit Indah FOC
Aktiviti : Msjbox Fast Break Selatan,Geng KAMIE berkumpul, Berbuka puasa & bersahur bersama – sama.
Lokasi : KL – Alor Setar - KL
Tarikh : 15/9/2009 – 16/9/2009
Pengangkutan : Air Asia
Hotel : Kampung Halaman Sendiri
Aktiviti : Berbuka puasa bersama keluarga dan bermaafan sebelum berangkat ke KK
Lokasi : KL – Kota Kinabalu
Tarikh : 16/9/2009
Pengangkutan : Air Asia, MAS
Hotel : Rumah Shafirol @ Telipok Ria
Aktiviti : Berpuasa & beraya bersama Shafirol sekeluarga.
Lokasi : Telipok – Teluk Sepagar (TLDM)
Tarikh : 76/9/2009
Pengangkutan : Avanza
Aktiviti : Majlis sambutan Ketibaan Kapal Selam pertama Malaysia , KD Tunku Abdul Rahman.
Lokasi : Telipok – Tamparuli, Kundasang, Ranau, Hot Spring
Tarikh : 22/9/2009
Pengangkutan : Avanza
Aktiviti : Jalan – jalan ke Jambatan Tamparuli, Kundasang, Kaki Gunung Kinabalu, Ranau dan Poring Hot Spring (Canopy Walk).
Lokasi : Telipok – Tuaran
Tarikh : 23/9/2009
Pengangkutan : Honda (Motorsikal)
Aktiviti : Berhari Raya di rumah Mama Chombi
Lokasi : Telipok – Donggongan,Kota Kinabalu, Karambunai
Tarikh : 24/9/2009
Pengangkutan : Honda (Motorsikal)
Aktiviti : Ke Pasar Donggongan, melalui KKIA Airport menuju KK dan singgah di Menara Pemerhati KK, Muzium Sabah.Menikmati indahnya lautan dan pandangan di Karambunai.
Lokasi : Kota Kinabalu – Kuala Lumpur
Tarikh : 25/9/2009
Pengangkutan : MAS
Aktiviti : Kembali ke Kuala Lumpur dengan 1001 kenangan (Yg duka biarkan menjadi sejarah tersimpan dalam memori sebagai pengajaran agar tidak berulang).
Lokasi : Kuala Lumpur – JB – Kuala Lumpur
Tarikh : 3/10/2009
Pengangkutan : Transnasional
Aktiviti : Open House @ Bukit Indah Part 1, Jalan – jalan raya bersama Keluarga Lin di rumah kekawan pejabat Encik Sabar
Lokasi : Kuala Lumpur – JB – Kuala Lumpur
Tarikh :10/10/2009 – 11/10/2009
Pengangkutan : Gen.2 (Si Puteh)
Aktiviti : Msjbox Open House Aidil Fitri 2009 @ Bukit Indah, (Pertemuan bloger), Msjbox Amal @ Rumah Anak – Anak Yatim Johor, Beraya di Sedenak.(I Like !)
Lokasi : Kuala Lumpur – Port Dickson– Kem Terendak - Kuala Lumpur
Tarikh :30/10/2009 – 31/10/2009
Hotel : Cozzi Hotel PD
Pengangkutan : My Blue’s
Aktiviti : Kenduri Kawin, Muzium Tentera Darat, Teluk Kemang, Pasir Panjang (Jumpa Mama yg ranggie), Pantai Seri Purnama, Kem Terendak, (MRSM) – jumpa anak buah *Azira, Tanjung Bidara
Lokasi : Kuala Lumpur – Johor Bahru – Sedenak – Subang – Ukay Perdana
Tarikh :26/11/2009 – 28/11/2009
Hotel : Bukit Indah
Pengangkutan : Air Asia & FireFly
Aktiviti : Sambut Hari Raya Aidil Adha di Bukit Indah, Beraya di rumah Mak Sis Lin, Beraya di Sedenak.K-Box di malam Raya (pakai baju melayu seh!),
Lokasi : Kuala Lumpur – Alor Setar – Penang
Tarikh :1/12/2009 – 5/12/2009
Hotel : Kampung Halaman Sendiri
Pengangkutan : Keretapi
Aktiviti : Majlis perkahwinan sepupuku Hastini, Bowling.
Lokasi : Penang – Kuala Lumpur
Tarikh :5/12/2009 – 6/12/2009
Hotel : Tune Hotel
Pengangkutan : Bas Ferry, Rapid Penang, Honda (motorsikal), Air Asia
Aktiviti : Jalan – jalan di Penang, Gurney drive, Padang Kota, Komtar, Tepi pantai
Lokasi Kuala Lumpur – destinasi rahsia – Kuala Lumpur
Tarikh : 12/12/2009 – 13/12/2009
Hotel : *rahsia
Pengangkutan : Perjalanan 40 jam bersama WSH 9347 (My Blue’s
Aktiviti : *rahsia
Lokasi : Kuala Lumpur – JB – Kuala Lumpur
Tarikh :17/12/2009 – 20/12/2009
Hotel : Bukit Indah
Pengangkutan : Gen.2 (Si puteh)
Aktiviti : Pertemuan blogger (Geng KAMIE *x semua ada), Makan – Makan, Kenduri Kawin blogger (syaina),*surprise party, Karaoke @ K-Box dan jalan – jalan.
Lokasi : Kuala Lumpur – Cherating – Kemaman – Kuala Lumpur
Tarikh :25/12/2009 – 26/12/2009
Hotel : Ranting Beach Resort, Cherating Pahang (Berkhemah)
Pengangkutan : Kancil (Junaidix)
Aktiviti : Pertemuan blogger (Geng KAMIE * hampir semua ada), Makan – Makan (BBQ), Berkhemah, Mandi Laut, Lawatan sambil belajar ke Fatisha Agro Farm.
Lokasi : Kuala Lumpur – Penang – Kuala Lumpur
Tarikh : 26/12/2009
Hotel : *rumah tumpangan
Pengangkutan : Transnasional
Aktiviti : Pertemuan keluarga.Majlis perkahwinan Shahril (adik kakak iparku)

Wednesday, December 30, 2009

486 : Msjbox Family Day 2009 - Holiday Camp @ Cherating (Cerita 4)

Geng KAMIE mengadakan lawatan sambil belajar dan sambil makan di Fatisha Agro Farm.

Beraksi dengan sesuka hati sebelum sessi lawatan bermula.

Inilah dia Cendawan yang di usahakan oleh Fatisha yang sudah lama ku kenali tapi tak begitu rapat sangat la.
Sangat suka dan teruja berada disini.Terima Kasih utk Fatisha dan pelajar praktikalnya serta adiknya yang membantu sepanjang sessi Msjbox Holiday Camping @ Cherating tahun ni.


Ada yg suka dan ada yg duka.Tapi kesimpulannya, percutian yang sederhana tahap kegembiraannya serta tragedi yg melanda sebelum, semasa dan selepas.Semoga kita bertemu di xtvt akan datang.Apa yang penting ? K.E.R.J.A.S.A.M.A (Geng KAMIE) Terbaik woook!!

Tuesday, December 29, 2009

485 : Msjbox Family Day 2009 - Holiday Camp @ Cherating (Cerita 3)

Kejadian sekitar 2.00am, Mangsa banjir pertama ialah Azri & CT Dalila. Hujan turun mencurah - curah.Aku ke tandas bila ujan reda dan bila selamat je masuk je ujan turun dengan lebatnya.

Dalam 2.30am, aku menjadi mangsa ke2 terpaksa berpindah ke penempatan sementara sehingga mangsa - mangsa seterusnya di beri amaran pindah.

Geng lelaki melepak di Villa Ross & Geng perempuan pulak kat Villa Sabar. Alhamdulillah semuanya selamat dan tidak dihanyutkan arus (ada ke?) ke Laut China Selatan.

Pagi 26 Disember 2009, semua orang bersiap - siap dan berkemas - kemas mahu pulang ke sarang.Xtvt yg di atur terpaksa di batalkan dan hamper utk si Juara terpaksa di musnahkan dan permainan Lucky Gift bermula. Oh! aku mendapat no.1 iaitu Air Mirinda.

Selepas kenyang makan sekitar jam 10.30 am (lebih kurang).Geng KAMIE berkumpul di pantai utk aksi bergambar.
Sedang menanti beberapa orang yg belum tiba di tempat yang dijanjikan,
Inilah aksi Geng KAMIE sebelum meninggalkan 1001 kenangan di Pantai Cherating.

Monday, December 28, 2009

484 : Msjbox Family Day 2009 - Holiday Camp @ Cherating (Cerita 2)


Aktiviti : Bercanda di Pasiran Pantai.Mula - mula aksi bergambar dulu.

Tulis nama atas pasir.Bukti penah datang ke sini.

Berjalan ke sana dan sini mengambil gambar sendiri dengan sesuk hati.

Indahnya ciptan Tuhan.Senja mula melabuhkan tirainya.Dan malam pun menjelma.

Aktiviti malam : Lepas makan ada tukar - tukar hadiah.Kelam kabut juga mulanya.Dah lah kat tempat kejadian gelap gelita.Ada sessi kenal diri.Oh! tidak.Geng KAMIE memang dah kenal mengenali pun.Hadiah payung comel aku berjaya di miliki oleh Muhammad Ammar Bin Azman.

Sunday, December 27, 2009

483 : Msjbox Family Day 2009 - Holiday Camp @ Cherating (Cerita 1)

Lokasi : Pintu Masuk, Sri Baiduri Apartment, Ukay Perdana
Aktiviti : Aksi mengambil gambar sendiri dan brg - brg yg di bawa utk Msjbox Holiday Camp 2009 @ Cherating.

Lokasi : Ranting Beach Resort, Cherating , Pahang Darul Makmur.
Aktiviti : Pacak khemah dan mengambil gambar khemah dan diri sendiri.

Aktiviti : Lagi rupa - rupa khemah yang ada.Kalis goyang, kalis air dan cute serta mcm - mcm bentuk dan jenis.

Aktiviti : Sekitar 2.00 pm (Anggaran) dah bersiap untuk mula xtvt BBQ.Mcm - mcm ada. Antaranya, Jagung, Ayam, Ikan, Udang, Cendawan tajaan Fatisha Agro Farm, Nenas (resepi yg lazat), Kuah Kacang, Nasi Impit dll.

Aktiviti : Makan dan makan serta makan dan juga bergambar dan beraksi sesuka hati.

Saturday, December 26, 2009

482 : Msjbox Family Day 2009 - Holiday Camp


Selepas Holiday Camp 2008 di Sedili, seterusnya untuk tahun 2009, sesi cuti-cuti Malaysia diteruskan lagi di Cherating. Matlamat acara ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama bloggers, pengguna Msjbox dan sesiapa sahaja yang turut serta.

Program Holiday Camp ni terbuka kepada semua bloggers dan tidak terhad kepada pengguna Msjbox sahaja.

Tarikh: 25 Dis & 26 Dis (Jumaat & Sabtu) - 2H1M
Lokasi: Cherating Beach, Pahang.
Bayaran: Sendirian berhad, kos alatan masing-masing.
Pengurus: Lin (014-310 3252)
Penasihat: Junaidix (013-242 8605)

Friday, December 25, 2009

481 : Catatan @ JB - Coreten Akhir

i
Lokasi : K Box @ Sutera Mall
Aktiviti : Melalak bersama - sama sekitar jam 6.00 pm - 9.00 pm
Harga : RM 70 (Sejam RM 35 + 1 jam Free)
Perasaan : Happy & gembira.Terima Kasih pada yg belanja.
Lagu persembahanku : Cinta Pantai Merdeka, Gugurnya Bunga Cinta, Mimpi Yang Tak Sudah, Memori Daun Pisang, Dua Insan Bercinta, Di Bius Cinta, Menaruh Harapan.

Thursday, December 24, 2009

480 : Catatan @ JB - Coreten 5



Happy Birthday to Encik A & A (Azman Ahmad) pada 2012 yang lalu (20 Disember 2009) .Amboi! Amboi! Amboi! banyaknya hadiah dia dapat.Aku yang kasi set couple mug I Love U.Satu untuk Encik dan satu untuk Puan.

Pertama kali nak minta maaflah kerana terpaksa bersama - sama GENG yang lain dalam menjayakan lakonan ini. (Lakonan cemerlang tak?)

Wakena beb!!!! memang best la menjadi sebahagian tenaga produksi projek ini.ha ha ha.

Antara hadiah lain yg di terima Encik A & A ialah kad gergasi yang sangat cun melecun dan mempunyai makna tersurat dan tersirat (Mahal tue!!). Hadiah jersi kaler oren serta pena & pensil serta key chain namanya sendiri.

Giliran siapa pulak selepas ini?

Wednesday, December 23, 2009

479 : Catatan @ JB - Coreten 4

Kek ini adalah sangat lain daripada yang lain.Rasanya Okie - okielah (Napa x order chocklat Cheese?) Ha.. ha.. ha
Kerja - kerja menyiapkan Kad 'gergasi' Apa yang penting ? Kerjasama....

Menu : Mee Goreng adalah hasil air tangan (bukan air kaki!).Terima Kasih cikgu Linda. Sangat sedap.Aku tambah 3 kali.Ada org sebelah tue tambah 4 kali.Siapakah?

Aksi : Lakonan cemerlang pun bermula.Beria - ia dengan beg dan bawa masuk dalam kereta. Lakonan diteruskan dengan penyerahan hadiah birthday dan bergambar dengan jayanya.

Menu : Satay ayam dan daging yg biasa - biasa shj rasanya
Perasaan : Terima Kasih pada yang belanja
Al kisahnya : Nak suprisekan orang tapi lain yg dapat.Syukur alhamdulillah tak ada apa - apa.Cuma cermin si puteh telah dibinasakan oleh manusia durjana.
Lokasi : Balai Polis Bukit Indah dan Balai Polis Skudai (Kali ke 2 dan ke 3 ke Balai Polis).
"Semoga Kak Retna tabah menghadapi dugaan ini.Buat temanku yang kehilangan duitnya, sabar yek! nanti kat jgn lupa belanja lagi" He he he

Tuesday, December 22, 2009

478 : Catatan @ JB - Coreten 3

Lokasi : Dewan Raya Taman Seri Pulai @ JB lor!
Aktiviti : Tunggu tepi stesen minyak.Tapi sesat (tawaf!) akhirnya Dewan tue belah kiri stesen minyak je.
Pengantin : Syainaa.(Tahniah! Selamat Pengantin Baru)
)
Tema : Biru & Putih.
Lokasi : Strategik dan Parking pun Ok! (X sesak sangat la)
Menu : Gulai kawah seh!, Ayam masak merah, Acar campur, rendang daging
(Okielah! tak de la terlalu sedap dan tak terlalu tawar)

Menu lain : Tapai yang dah lama aku tak makan serta bubur caca (tiada dlm gambar).Air kaler biru seh!

Aksi : Bergambar dengan pengantin yakni Raja dan Ratu Sehari.

Gambar kenangan sebelum meningalkan majlis tersebut.

Monday, December 21, 2009

477 : Catatan @ JB - Coreten 2

Lokasi : Kediaman Sis Lin.Menu : Jemput - Jemput Kentang dengan sambal pedas berapi (Mcm nak bunuh org!.. ha ha ha
Lokasi : Dari Bukit Indah ke Taman Perling (Restoren Johan)
Aktiviti : Makan Malam (Sian, ada isteri kepada seseorang pun kena Terjah.Wakena beb!!)

Menu : Nasi Goreng Johan Special + makan dengan dua awek special. ha ha ha . (Dia org ni suka gaduh - gaduh manja... cubalah mengalah sikit wahai 'si kakak")

Menu lain : Tomyam campur, Ikan pari , Sup dan menu barat,utara dan selatan ikut citarasa masing - masing.
Perasaan : Bertambah gembira sebab kenyang melantak dari di belanja lagi.Terima Kasih.

Sunday, December 20, 2009

476 : Catatan @ JB - Coretan 1


Lokasi :Rumah Sis Lin
Dari Kiri : Shai, Ila,Sis Lin, Retna , Cikgu Linda dan Kasawari.
Perasaan : Lama menuggu orang yang dekat datang bertandang

Lokasi :Restoren Man Janggut
Menu : Nasi Beriani + acar bersama ayam masak merah dan dalca serta rendang daging
Perasaan : Lapar tapi kenyang.Terima Kasih kepada yang belanja

Lokasi :AEON Jaya Jesco Tebrau City
Aktiviti : Ambil gambar, jalan - jalan cuci mata dan beli apa yg patut
Perasaan : Gembira dan happy!!!

Lokasi :AEON Jaya Jesco Tebrau City
Aktiviti : Gambar Kenangan sebelum berlaku perpisahan KAMIE dengan keluarga Ila
Perasaan : Semoga jumpa lagi.Akhirnya jumpa juga sis lin dengan Ila.Aku? dah selalu sangat.

Saturday, December 19, 2009

475 : Intro @ JB

Adalah di maklumkan aku kini berada di selatan tanah air.Macam - macam aktiviti yang akan berlaku , telah berlaku dan sedang berlaku.

Acara wajib ialah makan & makan serta makan selain aktiviti mengadap laptop secara sistem giliran serta menonton video + berjalan - jalan dan melalak sesuka hati sehingga tercabut anak tekak.

Kesimpulan untuk intro ini, aku adalah sangat happy untuk melupakan segala mcm kekusutan, kebusyan dlm kerja dan lain - lain perkara yg membelenggu diri.

Friday, December 18, 2009

474 : 3 Tahun di HR @ Menara KL

Hari ini genap 3 tahun aku berkhidmat di HR @ Menara KL
Begitu banyak pengalaman dan suka duka aku lalui sepanjang tempoh itu
Pengalaman kerja hampir 12 thn telah mengajar aku erti sebenar dunia kerja
(Penah kerja di unit Khidmat Pelanggan, Jualan, Pemasaran serta PR & Event)

Alhamdulillah..Aku sudah berada satu tahap yg lebih baik berbanding mula - mula berkhidmat
di sini.Biarpun pahit perlu di telan namun manisnya tetap ada.Semoga aku akan 'setia' disini untuk melalui 11 Tahun 11 Bulan 11 Hari sebagai kakitangan di mercu tanda kebanggaan negara.

Thursday, December 17, 2009

473 : Selamat Ulangtahun ke 5

Selamat Ulangtahun ke 5 untuk diriku.
Sedar tak sedar sudah 5 tahun aku menjadi penulis blog.
Aku menulis tentang diri sendiri, perasaan dan kisah seharian hidupku.
Catatan perjalanan,kembara dan percutian aku ke mana sahaja.

Aku menulis dan menghiaskannya dengan berbagai gambar mengikut citarasa dan gayaku sendiri.
Bercerita tentang Geng K.A.M.I.E dan apa sahaja yang terlintas dihati.

Di usia 5 tahun sebagai penulis blog aku pastinya sudah 'masak' denga kerenah dunia cyber.
Aku lebih 'happy' dengan perhubungan alam cyber yg kini semakin hari semakin akrab di alam nyata.

Terima Kasih untuk semua yg bersama - sama sepanjang 5 tahun ini.'Anda tahu siapa anda, jasa dan bakti kalian tak mungkin saya lupakan sampai bila - bila'

Bagaimana dengan 5 tahun akan datang ? Adakah diri ini akan terus menjadi penulis blog?

Wednesday, December 16, 2009

472 : 40 Jam Perjalanan Bersama WSH 9347

Alhamdulillah aku selamat melalui perjalanan selama hampir 40 jam bersama WSH 9347. Kemana destinasiku? Biarlah ianya menjadi tanda tanya.

Tuesday, December 15, 2009

471: Panggilan Pulau Pinang - The End

KOMTAR adalah mercu tanda di Pulau Pinang (Bilalah nak dapat berada di puncak KOMTAR?)


Pertama kali terbang dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.(Dah tak sempat nak mengira berapa pukul kali diriku terbang di udara)

Monday, December 14, 2009

470: Panggilan Pulau Pinang - Part 6

Awal pagi 6 December 2009 yakni hari Ahad aku telah keluar menuju ke Persiaran Gurney dan Padang Kota Lama.



Aksi berangan aku bermula.Dengan meriam pun jadilah.Dari tak ada kan.
Sempena hari pertama sabtu pada awal bulan berlangsung Tarian Cuti - Cuti 1 Malaysia di seluruh negara.Serta kenangan terakhir aku abadikan sebagai memori di Pulau Pinang.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015