Monday, November 30, 2009

456 : Hari Raya Haji @ Sedenak

Alhamdulillah.Geng KAMIE (walaupun tak semua yg ada) hu hu. KAMIE tetap juga berkunjung / beraya di rumah teman kami iaitu Ah Mat Gebu seisi keluarga @ Sedenak.

Muffin dan menu hidangan Ah Mat Gebu (AMG) yang sedap & lazat.I like rempeyek itu.

Hidangan sudah tersedia & perut sudah berbunyi dangdut.Encik beep2 adalah sangat terlewat kali ini.Jadi KAMIE yg ada makan & melantak dulu. (Minta Maaf yek!)

Rendang Daging, Serunding (apa yek?) Kari Ayam (Nasib tak ada sesiapa nak berebut ngan ayam aku) ha ha ha & juga Pencuci Mulut yg lain dari yg lain. (Puding Caremel) AMG minta resepi boleh? Ada satu lagi resepi.Lupa lak nak ambil gambar.Sambal tetel? Itulah gamaknya.

Seperti biasa.Aksi berangan sana sini pun bermula.Fuh! best giler dapat gelak sampai mcm nak pecah perut.


Ini pulak aksi Encik Beep - beep dan Puan Beep - beep.Seronok sangat bila datang ke sini.Harap dapat datang sini lagi atau berjumpa keluarga AMG yang best!!

Sunday, November 29, 2009

455 : Hari Raya Aidil Adha 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah bersamaan 2009 Masihi


Hari Raya Korban kali ini aku beraya bersama keluarga Puan Purple.
Hidangan pagi raya ini ialah Nasi Serai + Udang Masak Merah, Kari Ayam (Mak Puan Purple masak) dan Nasi Ayam Mamayatie.

Aksi - aski berangan aku dengan konsep pakaian yg tak berwarna purple.


Fuyooo! ini betul - betul punyer. Tengoklah aksi Mak Cik Purple melantak. Ha ha ha ha

Saturday, November 28, 2009

454 : Intro - Berkorban Masa & Kisah Panjat Pagar

Aku terbang ke JB dengan tiket berharga RM9. Ye! memang berbaloi - baloi (ha ha ha) Sampai airport je dah pukul 10.15 malam.Naik teksi (Citra Seh!) ke Bukit Indah 2 dan selamat tiba dlm jam 11pm (lebih kurang) Melepakkan diri di Restoren Sabiha berhampiran rumah Mak Cik Purple.
Dalam jam 2 pagi (Ya! betul 2 pagi) Aku dengan berangannya telah bergambar sesuka hati didepan rumah Mak Cik Purple.

Sebelum aku panjat pagar aku dah minta izin Mak Cik Purple dulu.Gambar dia atas ialah aksi terlampau mengantuk aku depan .... (teka lah?) ha ha ha.Lupa lak nak bawa khemah.Kalau tak leh pacak kat halaman asmara yg menghijau itu.

Friday, November 27, 2009

453 : Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam Aidil Adha untuk semua (entry terpendek dalam sejarah)

Monday, November 23, 2009

452 : INTRO Msjbox Family Day - Cherating Holiday Camp 2009

Selepas Holiday Camp 2008 di Sedili, seterusnya untuk tahun 2009, sesi cuti-cuti Malaysia diteruskan lagi di Cherating. Matlamat acara ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama bloggers, pengguna Msjbox dan sesiapa sahaja yang turut serta.Program Holiday Camp ni terbuka kepada semua bloggers dan tidak terhad kepada pengguna Msjbox sahaja.Tarikh: 25 Dis & 26 Dis (Jumaat & Sabtu) - 2H1MLokasi: Cherating Beach, Pahang.Bayaran: Sendirian berhad, kos alatan masing-masing.Pengurus: Lin (014-310 3252)Penasihat: Junaidix (013-242 8605)

Peralatan: Segala kelengkapan adalah sendiri-sendiri sebab kita tidak menggunakan khidmat resort. Maka haruslah anda bawak segala kelengkapan yang perlu untuk camping.Ni basic list jer sebagai panduan:
Khemah - kalau family kena besar sikit @ bawak 2 khemah.
Tikar
Bantal/Tilam/Toto/Selimut - ni ikut sendiri kalau nak bawak, tapi pepagi hari memang sejuk!
Torch light (tak ada pun tak per)
Insect Repellent (tak ada pun tak apa, tapi nyamuk akan gigit aar..)
Bola - kot2 ada yg nak main bola tepi pantai ke apa ke.
Payung/Baju Hujan - ikut suka nak bawa, tapi ada harapan hujan kot.

Tentatif aktiviti:
25 Dis 2009:
Pagi - berkonvoi dari KL / Selatan / KT / Kuantan
T/hari - Sepatutnya konvoi dari KL serta kawasan sewaktu dengannya dan sampai di Cherating.
Petang - Konvoi dari Selatan sampai, cari tapak sesuai, pasang khemah
Petang/Malam - sesi berkenalan / sesi tukar hadiah** / makan malam
**Nota: Hadiah ni tak perlu mahal-mahal, sekitar RM10 kebawah pun ok :)
26 Dis 2009:
Pagi - Sukaneka (ni lepas sarapan)
T/hari - berkemas untuk balik
Senarai Peserta:
Junaidix
Lin + Family
CM + Family
Dayah
Noamie (+Family?)
Kasawari + Family
Retna

Pengangkutan: (Kos petrol + tol, share2 lah yer)
Junaidix/Kancil/Gombak : 3 2 kosong - Dayah - sapa nak tompang?
..
Konvoi Meeting Point:
Selatan 1 - Rumah Lin, Jam: 8 pagi
Selatan 2 - Shell Sebelah Jusco Tebrau, Jam: ?? pagi
Selatan 3 - Pekan, Pahang (Jika ada), Jam: ?? pagi
KL 1 - Lepas tol Karak (Sebelah UIA), Jam: 8 pagi.
..
Kepada yang berminat untuk mengikuti aktiviti Holiday Camp ini, sila letak nama kat komen posting, atau di Msjbox atau SMS ke Junaidix atau Lin.

Thursday, November 19, 2009

451 : Selamat Ulangtahun ke 33 - Marlin

M - Marlin yang aku kenali ialah seorang yg peramah, periang dan penghibur Geng KAMIE
A - Adanya Marlin memuatkan Geng KAMIE terus aktif dan sering bergembira bersama - sama

R- Rasanya sedar tak sedar aku sudah lebih setahun mengenali diri dan keluarganya

L- Lupa atau tak ingat hari ini 19/11 umurnya sudah 33 tahun banyaknya

I - Ingin ku mendoakan semoga dirinya berbahagia bersama suami dan anak - anak tercinta

N- Namun ke mengharapkan agar ianya tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan

19 November juga adalah hari lahir ke 61, Hj Abu Bakar Hamid yakni Ayahku dan ulangtahun ke 12 anak buah ke 4 ku Shahuzzaimie Azim. Selamat Hari Jadi/Lahir untuk semua.

Tuesday, November 17, 2009

450 : Hadiah Untuk Diri Sendiri

Hadiah untuk diri sendiri.Baju baru (t-shirt) 2 helai serta baju kerja jenama John Master serta beg duit baru.Terima Kasih untuk diri sendiri yang menghadiahkan hadiah hari jadi untuk ulangtahun kelahiran ke 29 tahun

Monday, November 16, 2009

449 : Terima Kasih Semua

Terima Kasih buat Puan Marlin, Deq Naz, Deq Yana & Amat yang datang jauh dari Bukit Indah ke Partyku di bawah oleh Auntie Nana. (Sis retna la).Juga buat Kak CT & CM serta ahli keluarganya.(Siap bawa kek pelangi lagi. I like)

Geng KAMIE yg ada seperti nama diatas 10 orang + yg datang terakhir sekali yakni bos msjbox. Jun & Carneyz (Biarpun lewat, janji sampai....dari pada x dtg kan)

Geng Ofis pulak yg dtg iaitu My Bos, Fara, Ameza & Razak + Oggy (cousin my bos) serta My-Ex Executive dengan 2 anak kembarnya + adik. (Dah 9 orang).

Kemudian antara yg paling awal dtg iaitu Diana & suami serta 2 orangnya.Diikuti Lily & Syahrul serta anaknya.Kak Atie dtg dengan adik serta anak ke2nya dan menghangkut Kak 'ros" ha ha . Lain yg dtg familynya ialah Kak Faridah dgn 5 anak dan bibiknya.Juga Kak Elly & suami serta anak terangkat di orang. (21 orang).

Yg lewat datang dekat - dekat nak senja ialah Kak Shazlina & suami serta Naniey dan BFnya. Sepupuku juga muncul bersama housematenya (6 orang)

Dengan ini diumumkan jumlah yang hadir ke majlis aku adalah seramai 48 orang

Sunday, November 15, 2009

448: Shaizhar @ Party 14 November 2009 - Selepas

Oh! lihatlah dunia... inilah antara hadiah yg aku dapat (yg belum kasi, jgn ingat kau orang masih selamat.. Awas!!)
Ada Baju dan juga cokelat. Oh! i like.


Hadiah dari Si Lin iaitu Lampu Meja purple (Oh! tiiiiidak) dan hadiah dari CM & Kak CT. Suka sangat - sangat. Ingin tahu apakah dia? Tengok kat bawah.
Masa sebelum buka, dah agak dah! Oh! Frame... tapi.... bila dah selamat membuka.Wooow! ada gambar yg warna - warni sewaktu Geng KAMIE serang sedenak.Suka..suka... suka. TQ

Dan lain - lain hadiah dari bebudak ofis.Terima Kasih semua.

Saturday, November 14, 2009

447: Shaizhar @ Party 14 November 2009 - Semasa Part 1

14 November 2009, aku telah mengadakan Party/Jamuan makan - makan di teratakku di Sri Baiduri Apt. Ukay Perdana.Antara menunya Bihun/Mee Sup (Byk sayur okie!) , Nasi Lemak, Sambal ikan bilis & telur (semua nie aku masak sendiri).Satay Ayam & Daging yg di beli di Satay Kajang Haji Samuri.Aneka air berbagai perisa dan warna.Buah - buahan (manggis, rambutan dan langsat) serta Jajan (makan utk kanak - kanak)

Oh! ini kek birthday aku.Utk kali ke 3 (Yup!.. ini betul..betul) Thanks utk yg membelikan bagi pihak aku.

Inilah Geng HR @ Menara KL.Ada 2 org je Geng HR yg tak dapat menghadirikan diri.

Ini antara aksi - aksi dan wajah sebahagian tetamu - tetamu yang hadir.

Aksi Geng K.A.M.I.E yang hadir ke majlis Party @ teratak shaizhar.Terima Kasih semua. Minta maaf kalau ada yg terkurang yek! TQ sebab dtg.Pada Geng K.A.M.I.E yg tak dapat dtg.Silalah tatap gambar - gambar yang tak seberapa ini.

Terima Kasih semua kekawan, rakan sekerja, Geng K.A.M.I.E dan seluruh keluarga mereka yang sudi meluangkan masa dan menghabiskan makanan/minuman yang ada.Insya-Allah, ada rezeki akan berParty lagi di tahun hadapan.

Friday, November 13, 2009

446 : Shaizhar @ Party 14 November 2009 - Sebelum

Kepada sesiapa yg tak hadir @ tak dapat hadir.Layanlah gambar ini.Jamuan makan - makan yang tak seberapa.

Wednesday, November 11, 2009

445 : My 29th Birthday - 11 November 2009

11 November 2009,
Genap usiaku yang ke 29 tahun
Syukur alhamdulillah... aku masih bernafas dan diberikan nyawa oleh Illahi.

11 November 2009,
Aku akan bercuti dan menikmati hari ini dengan caraku yg sendiri
Aku akan memenuhi 24 jam itu dengan sebaiknya

11 November 2009,
sudah 29 kali hari ini datang dlm hidupku
3 kali juga aku tidak mendengar ucapan hari lahirku
dari seorang yg bernama 'mak' aku rindu kamu 'mak"

11 November 2009,
selamat hari buat insan bernama Shaizhar Abu Bakar

Tuesday, November 10, 2009

444 : Deko - Deko @ Kamar Syahduku - Cerita Selepas

Katil Baru, Tilam Baru , Almari Baru, Meja Solek (bersolek ke?) buat tempat lepak online. (harganya kurang RM1000) + langsir baru + cadar baru + sarung bantal baru.
Adakah ini bermakna aku akan bernikah (berkawin) dlm masa terdekat? Jangan bikin spekulasi ok! Belum sampai seru beb!

Monday, November 09, 2009

443 : Deko - Deko @ Kamar Syahduku - Cerita Sebelum

Pada 7 Oktober 2009, bilikku bakal mendapat sentuhan yang baru.Nantikan , sambungnya.

Sunday, November 08, 2009

442 : Jemputan Party SHAIZHAR @ Ukay Perdana 14.11.2009 jam 11.11am

Saturday, November 07, 2009

441 : Dari MRSM Kem Terendak ke Tanjung Bidara

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, aku berjaya ke Kem Terendak Melaka. Oh! akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki kesana untuk menziarahi anak buah ke2ku yakni Shazatul Azira.

Ini adalah kali pertama aku ke sini.Tanjung Bidara nama diberi (Maaf x ambil gambar papan tanda).


Maka, bermulalah aksi berangan aku di tepi pantai.Ramai juga umat manusia yang berkelah di sini dan rata - ratanya adalah orang melayu.

Aku mengambil gambar aku sendiri.So, ada aku kisah? aku suka dengan hasilnya. Aku semakin berjaya! ye ye ye (puji diri sendiri).


Indahnya ciptaan Tuhan.Tak sabar rasanya aku nak 'menuju puncak' Insya-Allah, aku akan pastikan ianya menjadi kenyataan.Percutian seterusnya akan terus dirancang.
Aku merenung masa depan. Hari - hari yang dinanti semakin hampir.Apa hala tuju hidupku? Sudahkah aku bersedia untuk hidup ber2.Ah! 2 tahun lagi sebelum aku akur dengan takdir dari illahi.Sama ada aku yang mencari atau aku mengikut sahaja pilihan keluarga. Ya! 2 tahun lagi aku aka berusaha 'mencari' yg berkena di hati.


Dari Ukay Perdana ke Seremban - Port Dickson - Pasir Panjang - Teluk Kemang - Pantai Seri Purnama - Kem Terendak - Tanjung Bidara - Ukay Perdana.
Perjalanan bersama WSH 9347. "Terima Kasih My Blue's".

Friday, November 06, 2009

440 : Di Pantai & Kenangan @ Pantai Seri Purnama

Indahnya pelangi pagi di hari ahad, 1 November 2009.Awal pagi dah check out, menuju ke Pantai Teluk Kemang (ramai juga manusia pepagi hari).

Kembali mengimbas kenangan dengan menuju ke Pantai Seri Purnama. Ya! pada Februari 2008, di sini berlangsungnya Msjbox Family Day / Msjbox Camping di PD yg mendapat sambutan luar biasa (kononnya).


Oh! tidak. Kenangan 'ranting reput' masih segar diingatan.Itulah kesan peninggalan sejarah silam KAMI.Ya! tetiba teringat/rindu ngan MIKA. oh! dah lama lost contact.


Lagi aksi berangan aku sebelum meninggalkan tempat yang penah menyimpan kisah suka dan duka.

Thursday, November 05, 2009

439 : Penginapan @ Cozzi Hotel Port Dickson

Hampir satu hari aku menginap di Cozzi Hotel dengan harga RM 90. Okielah, buat tempat tidur kan.Khabarnya tak lama lagi akan ada kolam renang di sini.Aku sangat teruja!


Wajah aku di pagi hari ahad, 1 November 2009 dalam tempoh menghitung hari.Berapa hari kah lagi menjelang 11 November ?
Apakah aktiviti seterusnya ? Tunggu episod mendatang.

Wednesday, November 04, 2009

438 : Satay & Nasi Lemak @ Pasir Panjang


Pertama kali ke sini. Aduh! ingatkan tepi pantai (beragan je aku).Tak susah nak cari sebab depan sekolah cina.Aku berangan dulu sementara menunggu makanan sampai tanpa mempedulikan manusia di sekeliling.



Nasi lemak yang sangat lemak dan sambal ikan bilis yang sungguh sedap (bukan nak bodek! tapi ini adalah kenyataan).Terlupa pulak nak order telur mata. Kempunan.. kempunan..



Satay ayam & daging, 3 cucuk setiap satu.Alhamdulillah sangat kenyang dan berselera makan. Terima Kasih pada penaja iaitu insan yang bekerja dengan bapa mertuanya yg merupakan penjual satay tersebut.Thank You.Sangat terasa rempah - rempah dan rasa satay tersebut.Kuahnya juga sedang2 elok.Kacangnya di kisar halus da tak seperti setengah orang yang kisar separuh/kasar.Paling best, satay datang bersama dengan timun dan bawang.Susah nak jumpa org letak ini bawang.

Untuk 'orang itu'. Ya! kita sebaya dan macam rakan satu sekolah kan? ha ha ha. Dah setahun lebih tak jumpa.Ingat dapat bergosip lama2 tapi apa kan daya.Kau tengah kerjakan.Sorrylah mengganggu.Sekali lagi, terima kasih untuk Nasi Lemak & Satay dari Pasir Panjang.

Tuesday, November 03, 2009

437 : Kisah Aku di Tepi Laut

Tak tahu nak ceritakan, kat mana tempat ini.Yang penting ianya masih di Negeri yang Sembilan.
"Angin bayu membawa diriku............................................................."

Hasil aksi aku kali ini tak adalah secantik & sehebat 'tembakan' aku sewaktu di tepi pantai Karambunai, Sabah.Tapi , okielah dari tak ada.


Yang penting aksi - aksi aku ini pastinya sukar dikesan oleh kenderaan yang lalu lalang sebab ianya terletak di 'selekoh dan kawasa strategik untuk aku berangan.ha.. ha.. ha..

Lagi aksi - aksi terakhir aku di sini.Terima kasih buat My Blue's yakni WSH yang banyak membantu menjadi tempat letak kamera.Ada aku kisah?
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015