Saturday, October 31, 2009

434 : Berada di Luar Kawasan Liputan dan 11 Hari Yang Di Nanti

Sabtu, seawal pagi aku akan 'terbang' ke satu destinasi dengan berbagai hajat dan tujuan. Yang pasti ianya adalah yg baik - baik sahaja.

Doakan, semoga perjalananku pergi & kembali dalam keadaan yang selamat.Insya-Allah.

Diam tak diam tinggal 11 hari yang dinanti.Tak tahu apa rancangan aku pada tahun nie, pada hari berkenaan apa yang pasti aku akan bercuti pada dan menghabiskan 24 jam denga sebaiknya.Dan lagi satu, aku akan berhati - hati sebelum tarikh tersebut atau selepasnya kerana takut di 'dera' oleh rakan - rakan jabatan aku yg merancang/plan party birthday untuk aku. Ada ke? apa pun, aku akan berhati - hati selalu dimana jua berada.

Mungkin 11 November nanti, aku akan beli kek untuk diri sendiri dan tiup lilin sorang2 (aku kan bujang, single dan belum berpunya) woooi! aku tak laku ke? erm... Aku juga ingat nak panjat puncak genting. Tapi.... pergi sorg2 tak bestla. Hari rabu pulak tue.Erm.. mungkin aku plan nak gie Moviekan diri je kalau tak Times Square, mungkin MBO Galaxy je le jawabnya.

Apa pun 11 hari yang dinanti, ku harap dapat melaluinya untuk 29 kalinya.Terima Kasih Sang Pencipta, Tuhan Maha -Esa.

Friday, October 30, 2009

433 : Intai - Intai di Malam Hari

Kisah makan malam pada 30 Oktober 2009, Al -kisahnya boleh dikatakan setiap hari aku melalui kawasan yakni jalan utama untuk masuk ke Restoren Intai - intai ini.
Bukan pertama kali hadir kesini tetapi ini adalah percubaan pertama aku menikmati hidangan di Restoren milik Encik Bahar ni.Ada kenal siapa Encik Bahar? Oh! tak kenal tak pe, beliau ialah Bekas RA (Residen Artis) sewaktu AF1 (ya Akademi Fantasia) pada masa kejadian beliau ada bersama.Al malaslah aku nak beramah mesra dan berbual - bual tak tentu arah dengannya. Apa yang penting, aku mau melantak.

Nasi Goreng Istimewa Intai - Intai berharga hampir RM11 + Teh Ais Limau dengan jumlah keseluruhan RM 15.54 (Termasuk 5% ) Okielah! ada kelainan dan boleh diterima dek tekakku.

Thursday, October 29, 2009

432 : Majlis Aku Pada 14 November

Tajuk : Majlis Aku (semestinya ada makan - makan & minum - minum)

Jemputan : Geng K.A .M.I.E (Anda tahu siapa anda. apa yg penting ?) Kerjasama... ha ha

Masa : 3.00 Petang dijangka bermula

Tarikh : 14 November di petang hari Sabtu.

Tempat : Akan dimaklumkan (masih dlm kerja - kerja baik pulih & ubahsuai)

Wahai geng K.A.M.I.E, adakah anda semua Free? Sila jawab di Kotak Msjbox di sebelah.

Wednesday, October 28, 2009

431 : Impianku Menjelang 11 November

11 je hajat untuk dipenuhi .Tak banyak kan 11 je.Tak mcm orang tue, nak 19. (sapa mau jwb?)

No.1 : Tiket Penerbangan MAS pergi balik KL - KK - KL
No.2 : Penginapan 3 hari 2 malam di Kinabalu Pine Resort (sangat jeles ok!)
No.3 : Penginapan 4 hari 3 malam di Cameron Highlands
No.4 : Duit RM 100 kaler purple (sapa suka purple, sila kasi sama aku)
No.5 : Macam biasalah, seluar/baju/t.shirt jenama 'SUAVE' (sila beli di Jusco)
No.6 : Lawatan sambil belajar ke Kota Singa (lagi dan lagi)
No. 7 : Pakej Melalak dengan Makan dan Minum di Kotak Merah
No. 8 : Penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Bukit Indah, di Aidil Adha
No.9 : Kelengkapan bilik tidur berwarna hitam & putih
No.10:Apa shj (janji ikhlas)
No.11: Kek 11 tingkat boleh?

Tuesday, October 27, 2009

430 : Aku Terjun Bukan Untuk Bunuh Diri - Episod Akhir

Lagi sambungan cerita yang tertangguh.Aduh! macam best je kalau dapat terjun.Tambah - tambah dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan.Kira ala - ala macam mau bunuh diri le. ha ha ha.

Tiap - tiap tahun ada je manusia yang terjun dari KL Tower.Sehari dua lagi, khabarnya ada 24 hours Jump untuk mencatatkan nama dalam Malaysia Book Of Record.


Antara wajah - wajah senggal dan selamba badak kekawan kat tempat kerja aku. Wah! bestla kau orang dah berjaya interprame kat blog aku.Tapi apa kan daya, aku tak suka kasi war - war link blog aku seluruh alam Menara KL tue.

Monday, October 26, 2009

429 : Aku Terjun Bukan Untuk Bunuh Diri - Episod Pengenalan

Dari 23 Oktober hingga 25 Oktober selama 3 hari, diadakan KL Tower International BASE Jump 2009 iaitu acara terjunan mengunakan payung terjun diadakan di KL Tower.
Aku seperti biasanya, berkerja dari pagi hingga ke malam.So, layan je le episod pengenalan ini.
Macam biasalah, aksi meroyan aku ambik gambar.Time nie dah tengahari, tapi nasib baik tak panas.Yang awek tue, bukan hak milik aku tau! tapi salah seorang pekerja di KL Tower

Lagi aksi - aksi gambar - gambar berangan aku.Kau orang penah sampai sini? Tak kan. ha ha ha. jangan dengki atau sakit hati.Ini tempat memang pelantar terbuka.


Aku dengan 4 orang yang cuba nak bunuh diri. ha ha ha. tapi tak boleh la, sebab kena ikat dengan itu tali yag berwarna kuning.

Sunday, October 25, 2009

428 : Open House KL Tower

Pada 24 Oktober yang lalu, pada hari sabtu di sebelah malam telah selamat berlangsung Open House Hari Raya dan Deepavali serta pelancaran tarikan baru KL Tower.Apakah itu? Tunggu kemunculannya.

Terasa purplenya malam itu, aduh! mahu ada orang yang meroyan (utk pengetahuan, dato' CEO pun purple juga. hu hu hu)

Wednesday, October 21, 2009

427 : Open House @ Sedenak - Episod 2

Hidangan di rumah Che Mat Gebu.Apa yang aku suka? Tentula Meehoon gorengnya (khas utk aku kan CMG?) kemudian semestinya Tembikai (Aku suka itu buah) Juga masak Sotong yang lain dari yang lain (minta resepi boleh?)


Shai : Sodep ! Nanti kita curik bawa balik biskut raya CMG ni nak?
Sodep : Cantek? Leh buat makan dalam kereta
Aksi ke 2 pulak :
Kak CT : Dia orang ni tahu makan je, cuci pinggan/gelas tak tahu.
Kak Lin (ayoo!!!) : Ya lah! next time suruh CMG guna pinggan pakai buang je, x yah kita nak basuh .. (ha ha ha..)
Gambar ke 3, sebelah kiri dari bawah :
DIA : Jap - jap nak kira cukup tak semua harta - harta karun aku nie, risau gak si Mak Cik Awok curi.
Yang terakhir :
Sis Retna : Nak minum ke tak nak minum nie (kata dlm hati) Sodep ! agak2 dlm air nie taruk garam ke ajinomoto ?
Sodep : Nampak macam sedap je air nie.1,2,3 (Bismillah...) Yelah! mcm teh dari Cameron la.

Tuesday, October 20, 2009

426 : Open House @ Sedenak - Episod 1

Aku suka gambar ini.Cilok dari picasa Sis Retna (Harap maklum, Kamera aku "mampus" pada hari kejadian)
Aksi gambar 3 teruna + 1 si dara. Boleh bikin kumpulan nasyid ni.

Nota Pelangi : Nantikan sambungannya

Monday, October 19, 2009

425 : Aku & Pizza

Pada 18 Oktober 2009, aku telah bersarapan pagi + makan tengahari di Pizza Hut.
Ini adalah wajah - wajah takkala aku senang ternanti - nanti kehadiran Pizza.


Jumlah keseluruhan ialah RM 21.Memang berbaloi - baloi.

Sunday, October 18, 2009

424 : Open House @ Rumah ke 2

Tiba di Open House rumah ke 2, sekitar jam 9.40am, sesat juga mencari lokasi sebenar kerana KAMIE pertama kali ke sini.Agak2 boleh teka tak kat mana destinasi ini?

Bermacam juadah telah tersedia untuk dijamah.Ada Lontong dengan nasi impit + serunding juga nasi dagang dengan ikan & juga ayam.


Sepert biasa, segmen berangan di rumah orang.


Aksi pelik tapi benar dan juga hiasan dinding yang suka mempersonakan.
Terima Kasih utk Kak E yang sudi masak dan melayan serta menjemput kami makan - makan. Terima Kasih untuk Bro CM & Kak CT yang sudi menumpangkan aku.

Saturday, October 17, 2009

423 : Open House @ Rumah Pertama

Sekitar jam 3.00 petang, aku selamat tiba ke destinasi pertama. (Aku adala tidak bersarapan di pagi hari).Ketika itu masih belum ramai tetamu yang hadir.

Terima Kasih atas jemputan dari tuan & puan rumah.Sedap meehoon goreng tue , walaupun ada rasa masam (Okiela tue).Mee Bandungnya pun boleh tahan sedapnya.

Friday, October 16, 2009

422 : Geng K.A.M.I.E "Sambutan Hari Lahir" - Sodep @ Asri 16.10.2009

Hari ini adalah hari lahir salah seorang geng KAMIE iaitu encik asri atau nama cybernya SODEP.

Sambutan awal telah dibuat (kononnye) kek hasil karya Che Mat Gebu menjadi mangsa. (Maaf x ada lilin.. nak jimat budget kot!)
Semoga persahabatan kita akan terus kekal terjalin.Sangat happy bila bersama mu.

Wednesday, October 14, 2009

421 : Open House @ Sedenak (Intro)

Pada petang 11 Oktober 2009, Geng KAMIE (terdiri daripada yg single iaitu , Cik Retna, Encik Sodep @ Asri, Encik Shai @ Shaizhar dan Encik Rosli)
Turut bersama di tempat kejadian ialah Puan Marlin (Mak cik purple) dengan Encik Sabar dan 2 orang anaknya (kecuali Deq Naz) serta Encik CM & Puan CT bersama 3 anak terunanya kecuali Dak Lily (I miss u lily, miss u like crazy. kah kah kah)
Tidak ketinggalan ialah Encik Azman @ Bro Kasawari dan Cikgu Linda tanpa kehadiran ke2 org anak teruna mereka.
Di tempat pertemuan itu, KAMIE bertemu dengan TokNabe (Oh! cikgu rupanya) Muda belia lagi.Hadir bersama isteri dan anaknya (sepasang lagi).
Sebelum terlupa, terima kasih untuk CMG (Che Mat Gebu) Chef tersohor + Blogger yg popular lagi glamour di alam maya.(Susah - susah je masakkan meehoon goreng kegemaranku yg sedap lagi meletop) Minta Maaf kalau kehadiran Geng KAMIE mengamatkan lagi suasana teratak CMG.Insya-Allah, kalau ada rezeki KITA akan dapat bertemu lagi.
Rindu terubat bila jumpa Mak Yah (teringat arwah Nenek) Aduh! dah 11 tahun nenekanda ku pergi mengadap illahi.Terima Kasih ye sebab layan kerenah Geng KAMIE.
Nota Pelangi : Raya Haji di Kg halaman sendiri atau di JB? Masih berfikir - fikir lagi.Masih belum memberi kata putus yang muktamad.

Tuesday, October 13, 2009

420 : Msjbox Amal @ Pertubuhan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ).

Pada pagi ahad , sekitar jam 9.30pm.KAMIE (Wakil bagi Msjbox.com dan juga penyumbang/penderma/penaja) telah berada di Pertubuhan Anak - Anak Yatim Johor untuk menyampaikan amanah dari mereka - mereka yang berkenaan.

Sumbangan dalam bentuk wang ringgit telah digunakan untuk membeli keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung gandum, gula, milo dan juga teh.

Terima Kasih atas sumbangan semua. "Tangan yg memberi , lebih baik yg menerima".

Antara aksi - aksi terakhir yang sempat dirakamkan dari lensa kameraku.Akhirnya kamera aku telah menamatkan riwayatnya untuk waktu itu (bateri habis dah!!!)

Nota Pelangi : Semoga Msjbox.com akan terus beramal dan menjalankan aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan di masa - masa mendatang.

Monday, October 12, 2009

419 : Msjbox Open House 2009 - Selatan 10.10.2009

Versi berangan di rumah penganjung sambil bergambar dengan peminat (ya! si kecik tue peminat aku okie! kononnye) kah kah kah.

Tukang kipas (asyik mengipas) disebabkan budak kipas (yg di tempah khas) belum sampai so, Bro Kasawari meneruskan tradisinya menjual satay (sayang seribu kali sayang, satay kasawari masih belum berjaya ditemui) kenapa? sebab liat sungguh dagingnya utk di siang. ha ha ha (larik) Ada juga menu istimewa dari seseorang untuk penganjur open house hari tue.TQ yek!
Ada nasi jagung, ayam masak merah, dalca, rendang daging dan juga nenas masa suka hati aku pun tak tahu namanya.


Antara wajah tetamu yang hadir awal (yg dtg lepas tue) aku sudah tidak mempunyai koleksi gambarnya kerana kamera aku "biol" hari tue. (Hancur harapan aku untuk menjadi juru gambar rasmi) Apa pun selamat hari lahir untuk kawan, teman & sahabatku encik Asri atau bukan nama sebenarnya di alam maya iaitu Sodep. Happy Birthday ke 29 pada 16 Oktober ini (Advanced sioooot) ha ha ha.


Terima Kasih untuk semua yang hadir ke Msjbox Open House 2009 di teratak sis lin kat Bukit Indah 2, Johor Bahru.Malaysia negaraku tercinta

Sunday, October 11, 2009

418 : Msjbox Open House 2009 - Selatan (Intro)

Alhamdulillah.Msjbox Open House 2009 telah selamat berlangsung pada 10 Oktober 2009 dari jam 4.00 petang sehingga ke tengah malam.Aku, Sis retna & Sodep selamat tiba di selatan tanahair pada jam 4.00 pagi.Kali ini sis lin seisi keluarga menjadi tuan rumah untuk kali ketiga diadakan sejak tahun 2007 (Rumah Bos Msjbox) kemudian 2008 di rumah aku dan tahun ini nun jauh di selatan tanahair.

Antara teman blogger yg dtg selain 3 nama diatas ialah Encik Kasawari & Puan Linda serta Ammar & Aiman.Kak CT & CM serta 3 anak lelakinya kecuali Lily.Bro rosli yang lewat tiba.Kemudian ada geng dari Kota Singa.Kak Moralle seisi keluarga dan juga Nad serta seorang lagi (lupa nama lah pulak).Aie dtg bersama emaknya dengan Dir & Fara (sorry x dapat berbual lama - lama).

Rakan blog yang dinanti - nanti sudah tentu tukang masak terhebat dari Sedenak iaitu Che Mat Gebu.Akhirnya sampai juga dia ke Bukit Indah2. Ha ha ha.

Suasana sangatlah meriah dengan kehadiran tetamu yang tidak putus dari petag sehingga ke lewat malam.

Nota Pelangi : Nantikan entry bergambar yang akan menyusul kemudian.Esok ada xtvt amal.Akan di update pada entry mendatang

Friday, October 09, 2009

417 : Kembali ke Selatan

Assalamualaikum Semua, Salam hari Jumaat penghulu segala hari.Esok nak kembali ke Selatan.Rasanya baru je balik dari sana beberapa hari yang lepas.Kenapa yek! rasa macam rumah ke 2 je kat sana.Ha.. ha.. ha.. ha.. agak2 ada jodoh dengan orang sana kah? atau aku kena pindah terus duduk sana? Erm.. Ntah la.Belum sepenuh jiwa raga lagi mau pindah ke negeri lain.
Kalau pindah ke Sabah okie tak? Agak- agak kau orang akan rindu dengan aku tak?
Ntahlah.. tadi jumpa bos, mengadap dan berborak serta bersembang dekat 1 jam, rasa ada semangatlah balik untuk terus setia berkerja disini.Tengoklah mcm mana, buat masa ini
belum ada rezeki pun kat tempat lain.Tak tahu apasal.Apa pun tak sabar nak tunggu siputeh datang menjemput.Agak- agak aku tertidur tak dalam perjalanan nanti? Doakan KAMI selamat sampai ke selatan tanahair tercinta.Aturcara selama 2 hari dijangka adalah padat dan ketat, bila agaknya leh turun ke Kota Singa? Aku sangat merindui Kota itu.Hu.. hu hu..hu..

Thursday, October 08, 2009

416 : Msjbox Open House


Rumah terbuka Msjbox secara rasmi di adakan di selatan, Johor. Kami dengan ini berbesar hati menjemput semua para pengguna Msjbox, kawan-kawan serta bloggers untuk menjamu selera.

Tarikh: 10hb Okt 2009 - Sabtu
Jam: 4pm-9pm
Acara: Majlis Rumah Terbuka Msjbox Edisi Selatan 09 (terbuka utk semua)..
Tempat: Rumah Sis-lin.. No 2 ,Jalan Indah 22/6, Taman Bukit Indah 2, 81200 JB
Tema: Purple color (kalau ada baju kaler purple

Wednesday, October 07, 2009

415 : Suci Dalam Debu - S.H.A.I.Z.H.A.R



Resepi Hari Raya

(1) Gula di kisar halus, Nestum di kisar halus juga dan digaulkan.

(2) Kulit Popia digulung dan di potong - potong.

(3) Di goreng dengan minyak yang panas dan api perlahan.

(4) Bahan 1 dan 2 selepas di goreng (3) di gaul dan menghasilkan 4 yang dikenali sebagai "Suci Dlm Debu" hasil karya Encik Shaizhar

Tuesday, October 06, 2009

414 : Open House Office @ Teratak 11

5 Oktober , Isnin sudah menjadi tradisi untuk officeku mengadakan Open House Hari Raya.
Inilah harinya kami berkumpul bersama - sama.Ada yang masak dan ada juga yang order dari orang lain atau dalam kata lain membeli sahaja.
Aksi aku bergambar bersama - sama rakan seperjuangan.Rata - ratanya muka - muka baru.Patah tumbuh hilang berganti.Itu lah kisahnya kan.
Macam - macam hidangan yang ada.Dari Mee Rebus, Asam Laksa, Laksa Penang, Mee Goreng, Nasi Goreng, berbagai jenis pencuci mulut hinggalah ke Kuih Muih dan lain - lain (banyak kalau mau ditaip).

Si awek ini ialah satu - satunya budak office aku yang di Add di FB.Ha.. ha yang lain - lain malas mau layan dah.Kang bocor lak rahsia aktiviti aku. (la..la..la).
Nota Pelangi : Terima Kasih pada semua.

Monday, October 05, 2009

413 : Jalan - Jalan Raya @ JB - Part 2



Beraya bersama keluarga Encik Sabar & Puan Marlin dan 2 anaknya di rumah kawan - kawan oficenya.

Rumah pertama, sangat sedap masakannya.Bertambah - tambah aku makan.



Di rumah ke 2,ada laksa dan rojak.Aku menikmatinya dengan penuh berselera (tapi dlm kuantiti yg sikit la)



Rumah ke 3,makan di luar sahaja.Memang betul - betul open house sebab kerusi diletak di tepi dinding di luarnya.Dekorasi dalam rumah juga adalah sangat simple tapi menarik dan membuat aku tertarik (lupa lak nak ambil gambar)



Ini rumah ke 4.(Bakal ibu, semoga selamat melahirkan cahaya matanya). Dengar khabarnya beliau adalah seorang silent reader kat blog ni.betul kah? TQ 'As'

Hidangannya adalah rojak buah dengan kuah yg sangat pedas memedaskan.(Itu juga aku makan)



Rumah ke 5 adalah rumah yang sangat memberi kelegaan (mana taknya, ada air kotak) lepas tue ada lak extra service.Ooops! maksudnya kat umh nie boleh urut kaki, urut badan secara percuma.Terima Kasih tuan umah.

Ada juga satay sebagai hidangan selain kuih raya yang berbalang - balang.

Nota Pelangi : Indahnya sungguh beraya bersama - sama.Tak sabar nak tunggu hujung minggu ni.

Sunday, October 04, 2009

412 : Jalan - Jalan Raya @ JB - Part 1 (Sebelum)


Ya! masa berangan sambil menanti semuanya bersiap sedia untuk memulakan aktiviti untuk jalan - jalan raya


Dah lama tak berangan di tangga + ambik gambar sekali.Erm.. macam kenal je! ooooh.. aku yang hadiahkan. ha ha ha. Sarawak yg biru.TV baru seh! bila mau bikin konsert melalak lagu "Masih aku terasa" ha ha ha...

Saturday, October 03, 2009

411 : Open House @ Bukit Indah

Aku datang lagi ke Bukit Indah.Perkara pertama yang membuat aku tergejut ialah bila mana yg hadir bersama menjemput aku bukan sahaja Encik Sabar & Puan Purple, tapi juga Encik Kasawari serta isterinya.
Di siang hari Sabtu sempat buat Serunding ikan juga "suci dlm debu'.Lama juga nak asingkan isi ikan dengan tulangnya.Terima kasih kepada 2 orang pembantuku + bibik khas Puan Purple yang dibawa jauh dari kepulauan Indonesia.


Aksi Puan Purple dengan anak - anak dan tetamunya juga Encik Sabar & Encik Kasawari yang sibuk mengipas satay dan juga otak - otak (rugi sapa yg tak datang) ha ha ha. Ketika itu aku sangat sibuk dan menyibuk di dapur (kononnya) lepas dah siap semua tugas yg patut barulah nampak muka membantu mengemas itu dan ini.
Nota Pelangi : Terima Kasih daun keladi atas pakej penginapan serta makan minum.Inilah untungnya jadi Geng K.A.M.I.E (Syukur sangat, dah mcm keluarga sendiri dah)
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015