Wednesday, September 30, 2009

408 : Jalan - Jalan @ KK lagi.. & Menara Tun Mustapha


Inilah gambar terbaik yang dapat aku ambil.Sangat suka dengan gambar - gambar ini.

Teknik mengambil gambar ini adalah sangat berbeza dari biasa.Apa pun yang penting dapat lagi kembali ke sini.

Tuesday, September 29, 2009

407 : Jalan - Jalan @ Menara Pemerhati KK, Muzium Sabah & Muzium Tamadun Islam

Pertama kali ke sini, sungguh indah menikmati keindahan Kota Kinabalu dari Menara Pemerhati di sini.


Akhirnya hajat di hati tercapai juga.Syukur alhamdulillah, dapat juga berada di puncak ini.


Meninggalkan tempat ini dengan harapan akan ke sini satu hari nanti.
Jalan - jalan bergambar sesuka hati berterusan dari Muzium Tamadun Islam hingga lah ke Muzium Sabah.


Di Muzium Sabah ada kedai cenderamata tapi harganya adalah sangat mahal.


Monday, September 28, 2009

406 : Jalan - Jalan @ Donggongon , KKIA & Tanjung Aru


Pada 24 September aku telah diberi kebenaran menunggang Honda milik abangku.Akhirnya dapat aku pusing - pusing KK sesuka hati mengikut arah tuju sendiri.

Destinasi pertama ialah donggongon (peliknya nama tempat tu) Ada pasar kat situ jual mcm - mcm.Selain keperluan harian, ayam & ikan serta sayur juga buah - buahan ada juga jual cenderamata.


Ya! percayalah ini adalah gambar yang diambil oleh aku sendiri mengunakan kecanggihan teknologi.Kali pertama secara jujurnya ke Tanjung Aru 1st Beach.Selalunya (baru 2 kali kot!) dibawa ke Tanjung Aru 2nd Beach sebelum ini.


Pusing & terus berpusing menuju ke destinasi dengan mengikut gerak hati.

Sunday, September 27, 2009

405 : Hari Raya @ Tuaran


Dari Telipok ke Tuaran hanyalah beberapa belas kilometer dan untuk pertama kalinya aku ke sana. (Pekan Tuaran)



Terima Kasih kepada mama Chombi dan seisi keluarga. (Biarpun sekejap cuma dapat berjumpa namun hubungan mesra yang telah terjalin begitu mesra terasa) Inilah dunia blog.Alam maya berpanjangan hingga ke alam nyata.

Saturday, September 26, 2009

404 : Jalan - Jalan @ Kundasang


Indahnya sungguh panorama.Kami singgah di Kundasang untuk membeli sayur - sayur segar serta buah - buahan yang di jual disitu.



Ya! aku mendoakan semoga aku akan dapat kembali ke sana lagi.Insya-Allah.

Friday, September 25, 2009

403 : Jalan - Jalan @ Canopy Walk


Ya! aku suka tempat yang tinggi.Jadinya aku melupakan utk berendam di Kolam Air Panas dan memilih untuk menikmati keindahan alam di Canopy Walk.



Terpaksa memanjat dengan penuh kepenatan sebelum dapat berada di Jambatan Gantung itu.



Jambatan ini bergantung antara satu pokok ke satu pokok dan mempunyai 3 perhentian bersamaan 4 jambatan gantung.



Inilah wajah - wajah aku yang sempat dirakamkan.


Thursday, September 24, 2009

402 : Jalan - Jalan @ Poring Hot Spring


Ini bukan kali pertama aku ke sini.Kalau kali pertama, aku hanya dapat merendamkan kaki.Tapi kali ini, jangan kata kaki nak di rendam .Jari jemari pun tak sempat. Kenapakah?



Kenangan tahun lalu *2008, ya disinilah aku menikmati hidangan meehoon goreng dan berkelah bersama bakal mertua (Berangan lah kau shai) wake up!! sedarlah diri (sambil mencerimkan diri sendiri) Terima Kasih untuk kenangan lalu yang mencipta perhubungan yang lebih baik sehingga ke saat ini.

Wednesday, September 23, 2009

401 : Jalan - Jalan @ Kaki Gunung Kinabalu


Alhamdulillh, rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke sini.Biarpun hajat untuk mendaki Gunung Kinabalu itu masih belum menjadi kenyataan.Bilakah ? Geng K.A.M.I.E ada berani.Mungkin di tahun 2010 kot! Insya-Allah ye.



Cuba untuk mencari gambar tahun lepas (2008) sewaktu ke sini.Tapi tiada dlm simpanan pulak.Aduh! Dimanakah di kau *gambar itu berada ?

Apa pun.Jomlah lihat .. Kemana destinasi seterusnya.

Tuesday, September 22, 2009

400 : Jalan - Jalan @ Jambatan Tamparuli


Dari Telipok ke Tamparuli adalah sangat dekat.



Impian menjadi kenyataan.Ada satu tragedi ketika berada di sini.Aksi tersebut dirakamkan oleh Abangku.Apakah ?



Nasiblah hari ini tidak hujan dan tak juga terlalu panas.



Kami pergi menaiki dua buah kereta dengan jumlah seramai 14 orang termasuk kanak - kanak.

Sunday, September 20, 2009

399 : Hari Ini Hari Raya


Ini bukanlah pertama kali aku beraya jauh dari desa tercinta.Demi kasih sayang seorang adik kepada abangnya.Aku terpaksa korbankan hari raya tahun ini dengan beraya nun jauh di perantaun.

Selain menyibukkan diri dengan melaksanakan tugas melayan tetamu dan membantu meringankan beban kakak iparku aku juga di bawa beraya di rumah kawan - kawan abangku.6 rumah di kunjungi pada hari raya pertama itu.

Kakak iparku memasak meehoon goreng yang memang menjadi kegemaranku.Ada juga ketupat palas dan rendang daging.

Di rumah yang aku kunjungi, aku dihidangkan dengan nasi beriyani, nasi kerabu, nasi minyak, laksa dan bihun sup.

Syukur aku tidak mengalami masalah sistem p menghadaman kerana aku makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Thursday, September 17, 2009

398 : KD Tunku Abdul Rahman


Pertama kali masuk pengkalan TLDM , Teluk Sepagar di Kota Kinabalu.

Pagi yang panas.Aku terpaksa membiasaan diri dengan perubahan waktu dan keadaan di sini.




Alhamdulillah, akhirnya sampai juga Kapal Selam pertama Malaysia ini ke KK.Dengan ini bermulalah episod baru buat keluarga Shafirol di sini.

Wednesday, September 16, 2009

397 : Dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu



15 September 2009 aku terbang dari KL ke Alor Setar dan terbang kembali pada pagi 16 September 2009 ke KL sebelum terbang ke KK pada tengaharinya.

Aku selamat mendarat di Terminal 2 , KKIA (Kota Kimabalu International Airport)

Tuesday, September 15, 2009

396 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Monday, September 14, 2009

395 : Indahnya Bersama Geng K.A.M.I.E


Dari JJ Bukit Indah menuju ke Masai (penas terik woooo) hinggalah membawa ke Danga Bay



Banyak ke makanan yang KAMIE beli? Alhamdulillah, hampir semuanya habis ditelan oleh Geng KAMIE.Akhirnya dapat juga aku merasa air katira.manis sangat la.



Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Aku kembali ke KL menaiki Keretapi

Sunday, September 13, 2009

394 : Msjbox FastBreak 2 Selatan @ JB


Terbang pada pagi 12 September 2009 ke JB





393 : Intro - Msjbox FastBreak 2 Selatan @ JB



Terima Kasih kepada semua yang hadir ke Msjbox FastBreak 2 Selatan @ JB yang telah berlangsung dengan jayanya pada 12 September 2009.



*Kredit gambar ini & cilok dari blog sis lin yg asalnya dari kamera canggih Nad

Friday, September 11, 2009

392 : Sepi Seorang Lelaki


Lokasi kejadian di Amcorp Mall, Petaling Jaya



Menunya adalah Meehon Goreng, Keropok Ikan , Wantan , Sirap Bandung ,Sagu Gula Melaka & Ice Lemon Tea



Makanan okiela.Taklah teruk sangat.Yang penting kat sini canggih ok.Nak panggil main tekan - tekan je.

Thursday, September 10, 2009

391 : Msjbox FastBreak 2 - Selatan 12092009



Khusus untuk warga Msjbox dan semua para blogger2 di bahagian selatan tanah air, dan juga Singapore, aktiviti berbuka puasa bersama-sama akan diadakan seperti berikut:

Lokasi: LC Catering Restaurant, Tmn Sentosa
NO.340, JALAN BALAU 1, (JALAN TEBRAU) TAMAN MELODIES, 80250 JOHOR BAHRU, JOHOR

Tarikh: 12 September 2009 Sabtu


Sebarang pertanyaan/kedatangan sila hubungi 014-3103252 (Lin)

Untuk keterangan lanjut dan kedatangan sepenuhnya, sila klik MsjBox.com

Tuesday, September 08, 2009

390 : Kenangan Bersama - Farah Diana Anuar



Gambar ini diambil pada tahun 2005 sewaktu Majlis Berbuka Puasa anjuran Farah FC di dewan Felda dan mendapat publisiti media yg cukup baik.Masuklah juga gambar ini dalam Majalah URTV pada ketika itu.

Entry khas untuk seorang blogger yang merupakan rakan YM 'Tegar' aku.Jadinya, silalah cari yang mana satu diriku.

Monday, September 07, 2009

389 : Geng K.A.M.I.E Bersama Lagi & Sahur @ NZ , Wangsa Maju


Lokasinya di rumah kak CT & Encik CM. Minta maaflah menggangu hingga ke tengah malam.



Kuih raya untuk di tempah.Sila hubungi shai utk tempahan.Harga setengah balang hanya rm11.11 sen shj. (ha ha h ha) Dan kemudiannya bersahur di NZ, Wangsa Maju.



Nasib sempat bayar, tiba - tiba hujan lebat membasahi bumi.

Sunday, September 06, 2009

388 : Msjbox Fast Break 5 @ Bora Ombak - 05092009


Sangat suka gambar atas sebelah kiri yang berlatar belakangkan bondarock & irfan yang tengah ambek gambar.



Lagi aksi gambar kami @ Bora Ombak sebelum melangkah kaki meninggalkan tempat itu.



Yang gambar atas sebelah kiri tue pun juga sangat cantik kan?



Masviona tetamu terakhir kat luar bora ombak.Hadir bersama suaminya.Wah! siap ada bisnes lagi.Tq sebab kenal saya (wah! popular kah saya?) tak ada maknanye.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015