Monday, August 31, 2009

381 : Preview - Msjbox Fast Break @ Bora Ombak Part 1

UPDATE : Lokasi
UPDATE 2 : Dah Booking tempat: 25 orang (estimate)
UPDATE 3 : FOC untuk anak 5 tahun kebawah.

Kepada semua warga Msjbox,

Kami ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama pada tarikh seperti berikut:

Lokasi: Bora Ombak, Ampang. RM 39++ (Dewasa) Rm25++ (kanak2**); Kuala Lumpur
Tarikh: 5 Sept 2009 (Sabtu)
Bayaran: Sendirian berhad.

** Berumur bawah 12 tahun sahaja, kalau lebih dikira sebagai dewasa.

Peringatan: Sila datang awal, dalam 5PM pun boleh, ke lokasi untuk mengelakkan terperangkap dalam trafik jem.

Terbuka kepada semua yang ingin menyertai aktiviti ini. Matlamat aktiviti ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Ini merupakan tahun ke - 5 aktiviti berbuka puasa bersama-sama diadakan.

FastBreak 1 - 2005: Maju Junction, Kuala Lumpur
FastBreak 2 - 2006: Food Court, Sogo, Kuala Lumpur
FastBreak 3 - 2007: Restoran Kunang-kunang,
FastBreak 4 - 2008: Nailis, Sentul
FastBreak 5 - 2009: ..??

Nota 1: Kepada yang bawa anak2 bawah 12 tahun, sila beritahu yer.
Nota 2: Tempat telah di booking untuk 25 orang. Kalau main buat kejutan last2 minit, silap haribulan hampar tikar atas lantai aja lah yer kawan-kawan. :)
Nota 3: Sila nyatakan sekiranya anak anda berumur 5 tahun kebawah yer.. FOC tu.

Kepada rakan-rakan yang berada di Utara (Penang, Kedah, Perlis, Perak), Tengah (Melaka, N9), Selatan (Johor), Pantai Timur, Sarawak dan Sabah, anda juga digalakkan untuk mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama di kawasan tersebut. Kena pakat ramai-ramai. Kalau nak tolong hebah/publish kat sini, just email sahaja info macam tarikh, tempat dan nombor telefon supaya mudah untuk dihubungi.

Sunday, August 30, 2009

380 : Hingga Ke 10 Ramadhan

Al - kisahnya,

Pada 3 , 4 , 5 & 6 Ramadhan aku berbuka & bersahur seorang diri sahaja.

Pada 7 Ramadhan, aku & keluarga Shafendi berbuka puasa di Kenny Rogers JJ, Bukit Tinggi Klang,

Pada 8 serta 9 Ramadhan kami hanya berbuka puasa dirumah.Hari Sabtu, yakni 8 Ramadhan aku ke JJ, Bukit Tinggi dengan anak buah no.1 , tengok wayang dan jalan - jalan.Hari itu semua juadah berbuka kami di beli (Alhamdulillah, dapat berbuka makan cendol)

Pada hari Ahad (9 Ramadhan) kakak iparku sangat rajin memasak di dapur. (Terima Kasih atas meehon goren, yang dihidangkan).

10 Ramadhan.... ? Nantikan kisahnya

Saturday, August 29, 2009

379 : Kisah 28 Ogos

28 Ogos 2007,
Aku kehilangan seorang bernama "Mak"

28 Ogos 2008,
Setahun aku kehilangan
Insan yang melahir & membesarkanku
Kala itu, aku begitu merasai "kerinduan"

28 Ogos 2009,
2 tahun pantasnya masa berlalu
Aku masih tetap merasai perasaan yang sama
Terima Kasih kerana "Mak" hadir dalam "mimpi - mimpiku"

28 Ogos 2009,
Aku kehilangan lagi.
Biarpun akan berjauhan
Namun kami sebenarnnya "dekat"

28 Ogos 2009,
Shafirol & Keluarganya (kecuali Azira)
Terbang jauh memulakan hidup baru
Ke Negeri di Bawah Bayu

Friday, August 28, 2009

378 : Berada Di Luar Kawasan Liputan

Hujung minggu ini @ pada penghujung bulan Ogos di tahun 2009 aku telah membuat keputusan untuk membawa diri jauh - jauh.Ya! aku akan meninggalkan rumah tempat aku menginap dan berteduh dari panas dan hujan yang telah lebih 5 tahun aku diami ini untuk seketika waktu.

Aku yang dengan keputusan muktamad ni.Ini bermakna aku akan berada di luar kawasan liputan.Tunggu aku kembali ya!.

Thursday, August 27, 2009

377 : Awal Ramadhan 1430 Hijrah

Alhamdulillah, Ramadhan datang kembali.
Syukur kehadrat Illahi, Kita dapat merasainya sekali lagi.

Awal Ramadhan 1430 Hijrah
Aku menyambutnya bersama keluarga Shafirol
Ya! destinasi ialah di Lumut Perak
Untuk terakhir kali disana.
Itu yang pasti.

Semua harta benda dan barang - barang mereka
Telah berjaya di kemas dan diangkut
Menyeberang lautan yang luas
Menuju ke Borneo sana

Insya-Allah, pada 28 Ogos ini
SHA fendi, firol & Izhar (3 beradik)
Bersama seisi keluarga yang ada
Akan berkumpul bersama ,sebelum KAMI
Terpisah jauh.
KLIA itulah destinasinya

"Aku percaya, jauh bukan penghalang untuk
Kami sentiasa terasa dekat disisi"

Semoga keluarga Shafirol akan berjaya
Melalui hari - hari nun jauh di penghujung Borneo
Hidup bahagia walau dimana sahaja berada

Wednesday, August 26, 2009

376 : Hari Terakhir di Kota Melaka


Aku menikmati hidangan pagi seorang diri.Ada orang masa ini, masuk singapore. siapakah?


Kerajaan Melaka dengan kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan ke 52 tahun.(Ya! Melaka akan menjadi tuan rumah Sukma 2010)


Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Satu catatan perjalanan yang indah.Pada 1 petang aku mula meninggalkan Kota Melaka dengan 1001 kenangan.

Tuesday, August 25, 2009

375 : Dari Jonker Walk Ke Konsert Jelajah 11 Era


Kali ke 2 ke sini di malam hari.Mencari - cari apa yang ingin dibeli.


Macam - macam ada di jual disini.Akhirnya membeli yang berkenan di hati sahaja.


Konsert Jelajah 11 Era edisi malam pulak.Sempat tengok show Stacy, CODA (artis CT) , Jinbara , Bunkface serta yang dinanti ialah Datuk Siti Nurhaliza.Okie la. Walaupun aku tak suka dengan gaya bertudungnya. Jadi, apa aku kesah?

Monday, August 24, 2009

374 : Jelajah Era vs Malam @ Menara Taming Sari











Sunday, August 23, 2009

373 : Dari Samudera ke Puncak Menara Taming Sari

"Izinkan Gambar terus berbicara"













Saturday, August 22, 2009

372 : Aku di Eye on Melaka

"Biarkan Gambar Berbicara"











Friday, August 21, 2009

371 : Dari Istana Ke Muzium Dan Ke Mana Lagi?


Begitu banyak Muzium.Tak masuk ke semua Muzium.Ntah la,Dah nekad nak pergi satu tempat tu je.Ke mana ? (baca entry seterusnya).


Semalam, menonton SETEM. Hari ini pulak, melawat ke Muzium SETEM.Okie la! walaupun aku bukanlah pengumpul SETEM.Tak ada Muzium Key Chain ke?


Menarik sangat mata memandang.Banyak sangat SETEM yang ada disini.Kalau lah ada SETEM bernilai RM4juta kat sini? Mesti aku pun nak jadi "mencuri" kah kah kah.


Ada keretapi 1111 la! Ye ye ye.. tapi 21111 lah pulak.Erm...


Seronoknya dapat bergambar dengan keretapi.(Menyesal lak x ambik gambar ngan kapal terbang)


Penah naik kereta lembu? Oh! aku adalah tidak pernah menaiki itu lembu punya kereta.


Kaki melangkah dah terus melangkah.Disebabkan telah penah sampai ke sini dulu.So, memang senanglah nak bawa diri kat Kota Melaka

Thursday, August 20, 2009

370 : Libur di Kota Melaka


Awal bangun aku sudah bangun, sila kagum dengan diri sendiri okie.Sebenarnya jam 6.30am sudah bangun + layan movie kat Astro (Hotel tue ada siaran Astro) Memang berbaloi.


Sangat teruja melihat Istana di depan mata (kalaulah rumahku seperti ini , sambil bermimpi disiang hari)Erm...


Masuk ke dalam dan bergambar dengan sesuka hati.Nasiblah masih awal pagi, tak ramai lagi pengunjung (boleh dikira dengan jari jemari je)


Wah! canggih la Istana di zaman sekarang, siap ada free Internet lagi. (kenapa tak percaya?)


Masa untuk berangan di luar istana juga dan bergambar diri sendiri.


Ya! sangat teruja dengan gambar diri sendiri (Ada aku kisah?)

Kemana destinasi seterusnya? Tengok je le..

Wednesday, August 19, 2009

369 : Dari Kuala Lumpur Ke Kota Melaka


14 Ogos 2009 memulakan perjalanan dari Puduraya ke Kota Melaka pada jam 4 petang selepas lebih 1 jam 15 minit menanti "penerbangan" yang terlewat.

Menginap di Felix Hotel dengan harga RM118 Nett semalam.


Semalamnya menonton filem Setem di GSC Cinema dan pagi 15 Ogos 2009 pula bermula dengan satu episod yang baru.

Jom..jalan - jalan di Bandaraya Bersejarah "Kota Melaka".


Kembali lagi ke Melaka biarpun bukan dengan Geng K.A.M.I.E yang pasti kenangan mengusik jiwa (Poyo!) Dan catatan perjalanan pun bermula

Tuesday, August 18, 2009

368 : Dan Pemenangnya ialah ......



Dan pemenangnya ialah ...........TIADA...........Wang tunai berjumlah 1Juta Rupiah akan di bawah ke peraduan yang seterusnya.

Telah dua kali ke SINGAPORE tahun ini dan hanya sempat menghabiskan masa 1 jam berada di Kampungku @ ALOR SETAR sewaktu perjalanan pulang dari LANGKAWI. Ah! aku rindukan GENTING HIGHLAND , bila agaknya nak ke sana.

Ya! aku akan menyambut awal ramadhan untuk terakhir kali di LUMUT , Perak.

Saturday, August 15, 2009

367 : Jom Teka ? Kemana aku "bertapa"

Siapa suka main teka - teka? sila angkat jari? ye ye ye. Masanya datang lagi.

Soalannya, Kemana aku pergi "bertapa".

Ye.Aku tiada di Kuala Lumpur selama dari 2 hari dari petang jumaat 14/8 sehingga ke 16/8

Inginkan pembayang ? Jangan haraplah kerana hadiah lumayan menanti pemenang.
Macam mana nak kasi jawapan?

Syarat penyertaan.
* Satu jawapan untuk setiap seorang
* Hantarkan jawapan di kotak msjbox disebelah kiri
* Tarikhnya dari sekarang hingga hari selasa pada jam 11.11am

Sila sebut "bertapa di ......"

Jawapan telah di terima.

1. Rosli : Singapore, 16/8 jam 10.15pm
2. Retna : Pulau Batam, 16/8 jam 10.20pm
3. Bondarock : Alor Setar Kedah Darul Aman, 17/8 jam 4.01am
4. Sis Lin : Lumut, 17/8 jam 8.14am
5. Bonda Whilea : Genting Highland, 17/8 jam 9.16am
6. CT : Kedah, 17/8 jam 9.56am
7. Shayz : Langkawi, 17/8 jam 2.26pm
8. Along Arman : Taiwan, 17/8 jam 4.09pm
9. Deqnaz : Bali,17/8 jam 11.00pm
10.En. Sabar : Ukay Perdana, 17/8 jam 11.05pm
11. Amat : Genting Highland, 17/8 jam 11.07pm
12. Yana : Gunung Ledang, 17/8 jam 11.12pm

Friday, August 14, 2009

366 : Membawa Diri Nan Lara

Aku nekad dengan keputusanku
Biarpun aku tak pasti kemana destinasi itu
Namun aku telah membuat satu keputusan
Untuk kebaikan diri sendiri.

Aku membawa diri Nan lara
Mengubat luka di jiwa
Merawat kesakitan yang ada
Mencari penawar segera.

Semoga aku membuat pilihan yang tepat
Merehatkan diri dan minda
Tak perlu dengan sesiapa
Cukuplah sendirian sahaja.

Aku ingin kembali dengan semangat baru
Dengan jawapan yang pasti
Untuk kebaikan diri & masa depan
Izinkan ku membawa diri...sepi sampaikan salam
"Perpisahan Oh! dariku"

Thursday, August 13, 2009

365 : Menanti Jawapan Yang Pasti

11 tahun 6 bulan semakin hampir,
17 Ogos ini akan genap tarikh tersebut,
Aku masih menanti jawatan yang pasti,
Sama ada masih di sini atau terus melangkah pergi ?

11 tahun yang telah berlalu,
Aku berfikir- fikir sendiri,
Kenapa aku masih setia disini ?
Adakah aku tiada harga di luar sana?

Aku tak mengerti dan tak memahami
Mengapa rezekiku masih belum terbuka ?
Mungkinkah takdirku kekal disini
Aku semakin hari semakin tak mengerti.

Aku terus menanti jawapan yang pasti
Perlukah aku terus menjadi penunggu ?
Atau beranikan diri melangkah penuh bergaya
Memulakan kehidupan yang baru

Adakah aku pasti dengan pilihaku sendiri?
Aku masih menunggu saat itu.
Bila ? Dan kemana destinasinya
Aku pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi

Wednesday, August 12, 2009

364 : Aku & Diriku



Alhamdulillah aku telah melalui 6 bulan di tahun 2009 dengan kisah percutian dalam Malaysia + Kota Singa.

Ke mana destinasiku selepas ini? Erm... Adalah dimaklumkan, usahlah dengki atau iri hati jauh sekali bertanya berkali - kali kenapa aku bercuti dengan suka suki.Ada aku minta duit kau orang? di ulang, ada aku pakai duit kau orang? ha ha ha . Untuk makhluk yang dengki itu.Awas! sila cermin diri sendiri.Ada aku kisah?
"Blog aku suka hati aku".Sekian harap maklum

Tuesday, August 11, 2009

363 : Selamat Hari Jadi "Bos"



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Selamat ulang tahun bos
(Cerita sudah berlalu pada 10.08 yang lalu
ada suprise di satu majlis @ KL Tower)

Monday, August 10, 2009

362 : Geng K.A.M.I.E "Happy Belated Birthday - Encik Rosli"



Happy Belated Birthday untuk Geng K.A.M.I.E iaitu Encik Rosli yang merupakan ahli chipsmore yang "sekejap ada , kejap tak ada" apa pun semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan cepat kawin.

Siapa kata, tak ada sesiapa di KL? Shai kan ada, sodep..erm.. Kak Retna, Jun & Carneyz.hu hu hu. Kalau free luangkan masa menurunkan diri ke KL. Jom..jom , Kita gie KL Tower.

Note : 2 tahun perkenalan antara kau dan aku.Begitu pantas masa berlalu.Pastinya kenangan "KITA" di satu destinasi itu akan terus utuh diingatan walaupun....

Sunday, August 09, 2009

361 : Selamat Ulangtahun MAMA



Selamat Ulangtahun Mama.. (sorry lambat buat entry khas, disebabkan sangatlah sibuk dengan percutian di 'pulau') dan lepas balik dari bercuti.Tugas - tugas di pejabat sangatlah tidak putus - putus dan memerlukan sepenuh perhatian.poyokan diri jap!

Mama Chombi ku kenali pada tahun rusa ? erk! eh... x ingatlah bila tarikhnya.Tapi yang ku ingati kami bertemu di Kinabalu Park pada awal Mei 2008 dan berPicnic di Poring Hot Spring serta menikmati keindahan Gunung Kinabalu.

Kemudiannya kami bertemu lagi di Lapangan Terbang KK sebelum kami dipertemukan di KL Sentral pada awal tahun 2009.

Pada penghujung Jun 2009 yang lalu, kami bertemu lagi dan bersuka suki serta bermakan - makan dengan rianya.Sangat berterima kasih untuk setiap saat itu.

Mama, terima kasih sebab layan kerenah saya di alam maya juga di alam nyata. Semoga kita akan berjumpa lagi dilain masa.Terima Kasih untuk segalanya.

"Selamat Ulangtahun buat MAMA.Semoga menjadi MAMA terbaik untuk ke2 anaknya serta bakal menantu" kah kah kah..." Semoga kebahagian menjadi milik MAMA dan ABAHNYA.

Nanti turun KL , Yok! singgah KL Tower ye. (Insya-Allah , kalau masih berkerja di sana) Ooooops!!! "Kita hanya merancang tuhan yang menentukan.

Saturday, August 08, 2009

360 : Cintaku Terdampar Di Pulau - Coretan Akhir



Friday, August 07, 2009

359 : Cintaku Terdampar Di Pulau - Coretan 7









Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015