Friday, July 31, 2009

352 : Merehatkan Diri Lagi

Adalah dimaklumkan aku tiada buat masa ini dan berada di luar kawasan liputan dari tengahari 30 Julai 2009 sehingga lepas senja 2 Ogos 2009.

Kemana aku pergi? Jawapan biasa ialah Biarlah Rahsia.Pada yang tahu, diam - diamlah. Semoga aku kembali dengan penuh ceria dan berwarna - warni cerita (kononnya) erk! agak- agak banyak gambar tak?

Tak banyak yang aku harapkan kali ini, apa yang penting aku haruslah meluahkan segala isi hati dan menyatakan kebenaran.Sudah tiba masanya, apa yang terpendam tidak perlu lagi direndam lama - lama.

Thursday, July 30, 2009

351 : Menuju 'Puncak'

Bukan mudah
Meniti langkah ke sana
Bukan Mudah
Mengejar mimpi menjadi
Apapun jua akan terbukti
Andai langkahmu datang sini

Menuju puncak, menghala ke sana
Mengukir cerita seindah bicara
Menuju puncak,impian yang pasti
Bersama janji kawan sejati
Pasti disana oooo.. Geng K.A.M.I.E

Idea asal : Lagu rasmi Akademi Fantasia (cilok kejap) dengan harapan 'yang mengerti akan memahami'

Jika bukan di puncak genting, apa kata kita ke menjejaki puncak cameron.ahaks!

Wednesday, July 29, 2009

350 : Geng K.A.M.I.E "Sweet 17 - Lily"



Selamat Ulang tahun sayang...
(ha ha ha ha .. sambil gelak dengan kejamnya)
Nak hadiah? buweeeeek... (sambil jelir lidah) erk! mak awak bila nak buat party?
Eh! silap mama CT x de buat makan - makan ke? Jangan lupa ajak saya yek!

Yolah! awek tudung biru yang saya jumpa masa kat Library tue sangat cun melecun (ayat bodek) mula - mula memang x perasaan.Dok risau gak ada awek lain (kawan dia tue) pandang2 dan senggeh2 mcm kerang bhusuk. (Ya! ampun) sapa nama dia? leh kenal ngan awek bawah umur tue tak?

Apa pun Happy Sweet 17 untuk Dak Lily , dengan doa dan harapan semuga berjaya dalam SPM tahun nie.Jangan asyik dok 'jiwang karat' je, belajar dik woooi.Masa depan ditentukan oleh diri sendiri bukan orang lain. Good luck okie!

Tuesday, July 28, 2009

349 : Geng K.A.M.I.E " Happy Birthday Encik Sabar"



Selamat Hari Lahir untuk Encik Sabar.Pada mulanya memang terus terang aku khabarkan disini yang aku teramatlah sukar untuk mendekati encik yang sorang ini.Adalah menjadi kekeliruan juga mentafsir personaliti serta sikapnya.

Namun akhirnya , setelah berkali - kali berjumpa dan juga menyusahkan beliau seisi keluarga.Aku akui hakikat dan kebenarannya yang beliau ialah seorang yang baik hati dan pemurah serta suka mengembirakan orang lain.Bila orang gembira pastinya dia pun tersenyum gembira dengan apa yang dilakukan.Thanks bro! for everything.Amat terharu dan berterima kasih sangat.

Semoga Encik Sabar akan terus hidup bahagia bersama keluarganya dan melalui kehidupan berumah tangga dengan penuh "Sabar".

Monday, July 27, 2009

348 : ALIN di Jangan Lupa Lirik - 26 Julai 2009


Si baju merah. (Bangga gila seh!) eh silap.. tergejut tengok promo kat TV sejak last week dan tak sabar nak tunggu malam ini tengok ALIN yang dah lama tak ku temui (kali terakhir hampir 2 tahun yang lalu) ketika majlis perkahwinan adik perempuannya yang juga merupakan antara kawan shai yang rapat.

Ye! dia memang 'kaki karaoke' dan suka melalak & menyanyi.Family dia pun la. Tapi kalau dulu - dulu dia nyanyi lagu Dato' CT memang sesuai & serasi la.

Dia juga memang peminat Ella. Sedap & lemak je dengar dia nyanyi lagu 'gemilang'.


Sekadar kenangan lama.Mengimbau kembali saat - saat suka duka bersama. Kami antara 'pasangan yg serasi' yo!yo ooo je.

Antara gambar yang berada didalam simpanan.Memori bersama tetap utuh dalam ingatan.

Ya! dulu kami rakan sekerja & juga penah keluar bercuti bersama - sama dengan kekawan yang lain serta sering keluar bersuka ria.Tapi itu semua sudah berlalu.Kini masing - masing sudah ada haluan sendiri.Yang benar, dia tidak bersediri tapi sudah 'berteman'.Anak perempuannya itu mesti sudah besar kan (erm...)

Sunday, July 26, 2009

347 : Mencari Cinta di Hati Episod Penutup


Setelah lebih 1 jam, aku membawa diri yang lara menuju ke Kotaraya penuh Lumpur yakini KL.Tujuannya ialah untuk mencari cinta di hati.Siapa? Perlukah ianya org?


Aku berada di Perpustakaan Negara sekitar 12.20pm waktu Malaysia (kalau tak silap)


Tak sukar untuk mencari.Akhirnya kami bertemu kembali.Sudah lama juga tidak berjumpa dan seingat aku kali terakhirnya ialah pada bulan April yang lalu.


Adalah disebabkan aku tidak sarapan (hanya sekadar 100 plus) Inilah menu sarapan dan minum pagi ini.Dan aku tergejut bila mana bersua dengan awek tudung biru?

Siapa? Erm... Akhirnya call mak dia (ha ha ha ) ye.Aku "dating" ngan dia tapi duduk kerusi dan meja lain2 :p dia ngan "kekawan" dia. Alah budak2 bawah umur. 18thn ke bawah.X sesuai seh!

Saturday, July 25, 2009

346 : Mencari Cinta di Hati Episod Pembuka


Dari jauh aku mulakan kembara dengan si Blue's dari Bukit UK menuju ke PKNS.
Ya! hajat hati ialah untuk mencari cinta di hati.


Ini bukan cinta yang dicari? ha ha ha ini adalah MB (semasa) di Negeri Selangor ye!


Hanya RM50.00 shj utk ke 3 novel ini.Kalau ikutkan harga kesemuanya ialah RM59.70 jadi penjimatan sebanyak RM9.70.

Disebabkan masalah kemelesetan ekonomi diri sendiri maka nafsu berbelanja terpaksa di kawal dengan remote control

Friday, July 24, 2009

345 : Hidangan Untuk 'Berbuka'



1) Pulut Kuning bersama rendang ayam (RM 2.50)
2) Air Asam Boi yang berharga RM2 (Wajib di beli hampir setiap hari)
3) Meoohon Goreng yang sedap dan lazat.Paling murah, hanya RM 1.80
4) Ayam Goreng, Hempedu Goreng & *tut* ayam berjumlah RM3.00

Jumlah keseluruhan untuk hidangan RM 9.30 ye! Berbuka apa? jawapannya ialah. Berbuka selera yakni melayan nafsu yang melampau.

Thursday, July 23, 2009

344 : Kisah Rambutku Sebelum & Selepas



Adalah dimaklumkan aku telah berjaya memendekkan rambutku yang seperti gambar di atas.Harganya adalah sebanyak RM6 sahaja kerana ianya adalah Made In Sijangkang.

Biasanya aku menghabiskan RM12 utk memendekkan rambut yang panjang tersebut.Oleh yang demikian aku telah menjimatkan separuh daripada duitku (tengah sengkek..Ooops!)

Untuk makluman aku dilahirkan dalam keluarga yang mengalami masalah kekurangan rambut.Oleh sebab itu,aku sangat risau menjadi pewaris kepada permasalahan tersebut.
Ya! ayahku seorang yg *botak (tapi bukan seperti m*w*).Kini abang sulungku telah mewarisinya.Aku? erk! macam mana ye. macam mana nak mengatasi masalah ini.Ada sapa2 nak kasi pendapat atau idea?

Wednesday, July 22, 2009

343 : Geng K.A.M.I.E "Puan Siti Delima"



Lebih 9 bulan yang lalu.Aku bertentang mata dengan Puan Siti Delima.Ya! kalau 9 bulan lalu Puan itu 'mengandung' pasti sudah mengeluarkan hasilnya.Ooooops! (tak ada kaitan dengan cerita) *iklan jap.

Hari ini merupakan hari beliau di lahirkan lebih 30+13 tahun yang lalu.Selamat Ulangtahun buat Puan Siti Delima.Apa ada pada nombor ? yang penting sentiasalah rasa sweet 21.he..he..he..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada Puan Siti Delima untuk setiap juadah masakan yang penah dihidangkan kepadaku terutama meehoon goreng kegemaranku.
Thanks! Arigatogozaimas, Syukran.Terima Kasih.

Semoga Puan Siti Delima di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta hidup bahagia bersama keluarga tercinta.

Inginkan hadiah? hu hu hu.Sila buat party okie! ha... ha... ha.. Apa yang penting?
Mesti ada meehoon goreng.

Tuesday, July 21, 2009

342 : Geng K.A.M.I.E "KIKI"



KIKI aku kenali lebih 4 tahun yang lalu.Apa yang boleh aku katakan tentang dirinya ialah beliau seorang yang sukar ditafsirkan dan perahsia orangnya. (Poyo j!)

KIKI dulu adalah seorang yang anti kamera dan suka menyorok (sembunyi) disebalik tubuh badan org yg lebih besar.Suka sangat mengelak dari bergambar dan gambarnya diambil.

Tapi pada hari ini @ kebelakangan ini KIKI adalah insan yang suka berdamping dengan kamera.Banyak sekali wajah - wajahnya muncul bila dia turut serta bersama geng K.A.M.I.E

Namun disebaik semua itu, KIKI tetap terus menjadi seperti chipsmore "kejap ada kejap tak ada"

Semoga KIKI akan terus memberikan sedikit masa dan meluangkan waktu untuk terus menyertai geng K.A.M.I.E

Monday, July 13, 2009

341 : Terima Kasih Kerajaan



Terima Kasih lagi sekali untuk kerajaan.Tahniah! untuk diri aku yang berjaya memfreekan bayaran bil eletrik kat umh untuk bulan June 2009 (Adalah dimaklumkan, aku jarang ada di umh sepanjang June 2009 yang lalu; terutama ujung minggu)

Mungkin juga sebab dulu aku ber4, kemudian ber3 dan bulan lepas ber2 je duduk umh 'besarku' itu menyebabkan bayaran bil eletrik adalah sangat murah.

Ish..ish.. mcm mana ada org tue duduk ber2 tapi bil RM300? HU HU HU. Yolah! umh AKO tue ada aircon, peti ais lak besar (gabak) , cerek lagi, dll yg sama waktu dengannya

Sunday, July 12, 2009

340 : Durian - Durian Cinta

Di kala ku kelaparan
tak kira pagi dan petang
Ku menghadap durian itu

Di kala ku keresahan
Membawa ke malam nan gelap
Ku melantak pula
Pulut durian juga

Kini segalanya telah berubah
Cintamu hanya durian - durian
Ku teringkatnya
Siang dan malam

Kembalilah durianku
Selamilah sendawaku
Bila bersamamu

Sayangilah durian itu
Buanglah kulitnya
Kedurian... dedaunan entah dimana
Dahan-dahan tak nampak rupa
Durian - Durian Cinta... Ku telan jua


Resepi minum petang.Biarpun tanpa dapur gas (yang masih belum berasap) resepi ini ternyata mudah dan senang utk di sediakan (lagi manis lagi sedap)


Menjelang malamnya , aku melantak pulut durian lah pulak.Resepi pulut di kukus terpaksa di tukar dengan konsep baru. (Mulut aku nak makan, lantak lah aku)

Inginkan resepi ? Ha..h..ha.. Jangan harap.Ini bukan blog resepi ye

Saturday, July 11, 2009

339 : Hari Bersama Pizza Hut & Baju Baru


Hari sabtu yang indah aku telah melarikan diri dari rumah sendiri selepas puas mengerjakan rumah yang sudah sekian lama berhabuk.

Di sebabkan belum bersarapan pagi, maka dengan suka citanya selepas selesai urusan di Pejabat Pos (bayar bil Astro utk 2 bulan) ha ha ha.. Aku nekad ke Pizza Hut Taman Permata.(Ye ye ye. Leh pakai Debit Visa Card) x yah usik duit cash yang dah susut tinggal berapa keping je ni.


Jangan tanya kenapa aku sering sendiri, makan sendiri, bercuti sendiri dan melakukan xtvt sendiri serta ambik gambar sendiri.Ada aku kesah ngan soalan kau orang ?
Lantak akulah.Memang aku suka sendiri dan bersendirian. So what ?


Akhirnya , saya dengan ini mengucapkan terima kasih atas hadiah baju baru seperti diatas.Semoga tuhan memurahkan rezeki Encik Sabar seisi keluarga.

Terima Kasih daun keladi, kalau ada boleh bagi lagi (Yang tak tahu malu : Shaizhar)

Friday, July 10, 2009

338 : Setengah Tahun Dengan Cuti - Cuti , Malaysia & Singapore

Lokasi : KL – Kuantan
Tarikh : 24/1/2009
Pengangkutan : LRT/ Transnasional
Hotel : Greenleaf Hotel, Kuantan

Lokasi : Kuantan – Kuala Terengganu
Tarikh : 25/1/2009
Pengangkutan : Transnasional
Hotel : Hotel Kenangan, Kuala Terengganu
Blogger : Along Arman

Lokasi : Kuala Terengganu – Kuala Lumpur
Tarikh : 26/1/2009
Pengangkutan : Transnasional
Hotel : Hotel Florida, Brieckfields

Lokasi : Kuala Lumpur – Alor Setar, Kedah
Tarikh : 27/1/2009
Pengangkutan : Air Asia
Hotel : Rumah tempat membesar di desa tercinta

Lokasi : Alor Setar , Kedah – Kuala Lumpur
Tarikh : 28/1/2009
Pengangkutan : Air Asia
Hotel : Rumah sendiri di Ukay Perdana

Lokasi : Kuala Lumpur – Johor Bahru
Tarikh : 7/3/2009
Pengangkutan : Transnasional
Hotel : Hotel Bukit Indah

Lokasi : Johor Bahru – Kuala Lumpur
Tarikh : 9/3/2009
Pengangkutan : Transnasional
Hotel : -

Lokasi : Kuala Lumpur – Kuala Terengganu
Tarikh : 12/3/2009
Pengangkutan : Air Asia
Hotel : De Sentral , Brieckfield & Hotel Seri Hoover , Kuala Terengganu
Aktiviti : Muzium Losong & Taman Tamadun Islam
Blogger : Along Arman & Cik Yuyu

Lokasi : Kuala Terengganu - Jerteh
Tarikh : 14/3/2009
Pengangkutan : Bas
Hotel : -
Aktiviti : Majlis perkahwinan Encik Kutang & Puan Seri Cemut

Lokasi : Kuala Terengganu – Kuala Lumpur
Tarikh : 16/3/2009
Pengangkutan : Air Asia
Hotel : -

Lokasi : Kuala Lumpur - Melaka
Tarikh : 28/3/2009
Pengangkutan : Transnasional
Hotel : Garden City Service Apartment, Melaka
Aktiviti : Geng K.A.M.I.E (Memang berbaloi !)


Lokasi : Kuala Lumpur – Johor Bahru
Tarikh : 17/4/2009
Pengangkutan : Si Puteh (Gen2)
Hotel : Hotel Bukit Indah
Aktiviti : Birthday Party Amat , Lepak kat “Diva”, ke Kukup


Lokasi :Kuala Lumpur – Kuching, Sarawak
Tarikh : 29/4/2009 – 5/5/2009
Pengangkutan : Air Asia,
Hotel : Tune Hotel Kuching
Aktiviti : Kuching, Sarawak Culture Village , Macam2 “Muzium”, Semenggong Wildlife Centre, Pasar Satok,

Lokasi : Kuala Lumpur – Johor Bahru
Tarikh : 9/5/2009
Pengangkutan : Air Asia , KTM
Hotel : Euro Rich Hotel, Bukit Indah
Aktiviti : Sedenak (Ziarah Mat Gebu Sekeluarga), Singapore

Lokasi : Kuala Lumpur – Johor Bahru
Tarikh : 23/5/2009
Pengangkutan : KTM
Hotel : A Vista Melati, Johor Bahru
Aktiviti : Singapore, Terjah ‘Bukit Indah’

Lokasi : Kuala Lumpur – Lumut
Tarikh : 28/5/2009
Pengangkutan : Transnasional
Hotel : Rumah Abangku Shafirol (Bayaran Free)

Lokasi : Lumut – Cameroon Highlands
Tarikh : 30/5/2009
Pengangkutan : Avanza
Hotel : (jangan tanya…sedih) tapi happy… 1st time seh!
Aktiviti : Ladang Teh (yang ado!) , Ladang Strawberry & shopping

Lokasi : Kuala Lumpur – Johor Bahru
Tarikh : 06/06/2009
Pengangkutan : Air Asia , KTM
Hotel : Central Hotel, Johor Bahru
Aktiviti : serang Sedenak, Zoo JB , Ayer Itam

Lokasi : Kuala Lumpur – Bagan Lalang , Selangor
Tarikh : 20/09/2009
Pengangkutan : Kereta
Hotel : -
Aktiviti : Makan – makan di Bagan Lalang & Sambutan hari ‘bapa’

Lokasi : Kuala Lumpur - Labuan
Tarikh : 26/06/2009
Pengangkutan : MAS
Hotel : Hotel Victoria
Aktiviti : Jalan – jalan seorang diri, ke Muzium Labuan, Dataran Labuan & Terminal Ferry Labuan

Lokasi : Labuan – Kota Kinabalu , Sabah
Tarikh : 27/06/2009
Pengangkutan : Feri
Hotel : Hotel Jesselthon, Gaya Street
Aktiviti : Pasar Filipina (Pasar Kraftangan KK) , Teluk Likas, 1 Borneo, Restoren Nelayan, Gaya Street, Tanjung Aru
Blogger : Mama Chombi & Tuan Syed serta Ana & Aan

Lokasi : Kota Kinabalu , Sabah - Labuan
Tarikh : 28/06/2009 & 29/06/2009
Pengangkutan : Feri
Hotel : Global Hotel
Aktiviti : Bazar Labuan, Library Labuan
Blogger : “Burung Merak & Penguin”

Thursday, July 09, 2009

337 : Seksanya Bila Sakit Gigi



19 Jun 2009,
Aku mengalami kesakitan di gigi yang teramat sekali.Terutama disebelah kanan di bahagian bawah dan atas.

Jam 6.30pm, aku di bawa masuk ke bilik pembedahan.Eh! silap, bilik rawatan di sebuah klinik pergigian di kawasan Taman Permata, KL.

Sangat tidak sakit bila gigi dicabut, tetapi ubat tahan sakit yang diberi tidak dapat memberi apa - apa kesan pun.

20 Jun 2009,
Biarpun aku kesakitan, namun aku tetap redah juga mengikut Geng K.A.M.I.E untuk makan - makan di Bagan Lalang.

Sebelum pada itu, aku ke Klinik pergigian lain pulak.Lepas gigi aku di baik pulih kesakitannya berkurang sedikit.

Belum masuk waktu maghrib aku dah selamat tiba di Taman Pelangi.Berjumpa dengan 'geng' yang turun jauh dari JB.Kami meneruskan perjalanan yang jauh dengan berbagai kejadian.

Dalam kesakitan aku tetap cuba untuk gembirakan diri dan mengembirakan orang lain.

21 Jun 2009,
Pagi itu aku rasa macam nak demam.Eh! memang dah panas - panas pun, ini mesti demam sakit gigi ni.Hu hu hu.

Tak kira, walaupun apa yang terjadi aku tetap turut serta dengan Geng K.A.M.I.E bersarapan pagi nun jauh di Restoren Nasi Kandar Pelita.

Terima Kasih juga, sebab terima sebulat suara cadangan aku untuk 'bergumbira' di IKEA. I like!

Mula - mula masuk IKEA memang dah hilang sakit.Tapi bila dah lama - lama, kesakitan makin bertambah - tambah terutama bila melihat beberapa konsep dan perabot yang memang aku idamkan. hu hu hu.Aku membeli beberapa 'brg' mengikut suka hati ku.

Petang itu, selepas makan KFC geng K.A.M.I.E makan durian pulak.Kalau tak sakit gigi memang aku dah joint sekaki & sekali.Walaupun pada hakikatnya aku bukan 'hantu durian'.

Dek kerana selepas itu aku akan bertemu dengan doktor panel , maka aku membuat keputusan untuk tidak menjamah walaupun seulas durian tersebut biarpun telah dipaksa dan dipujuk rayu.Terima kasih je ye! lain kali masa dan ketika ye.

Selepas lebih 1 jam menunggu giliran yang lama di Klinik panel aku telah berjumpa doktor yg 'hampeh' tapi dengan gembiranya aku terpaksa berterima kasih dan menerima MC (Cuti Sakit) yang diberikan.Aku siap tanya, tak leh dapat 2 hari ke? ha ha ha.

Akhirnya, pekerja cemerlang .(cemerlang ke?) terpaksa juga mencutikan diri sendiri pada esok hari.Oleh kerana ingin merehatkan diri , aku membuat keputusan untuk terbang ke Sijangkang.Syukurlah, abangku telah kembali selepas beberapa hari bercuti di PD (pergi tak ajak pun) nasib aku ada xtvt lain.

Aku sampai di Sijangkang sekitar jam 8 malam menaiki Si Hitam yang akhirnya aku akan berikan kepada anak buah sulungku untuk memeliharanya menjadi seperti haiwan peliharaan sendiri.(Selamba badak, bawa motor yg dah mampus - dah 1 bulan kembali kerahmatullah pun) ooops!!! malas nak renew motor WHN itu.

9malam, aku dah masuk bilik dan berehat - rehat selepas makan ubat.Terima Kasih sebab dapat tidur bilik anak buahku (dia org lak tidur luar) Bilik lagi satu dah tak kosong sebab ada anak buah perempuan kepada Kakak Ipar aku menumpang sekejap kat umah dia orang.

22 Jun 2009,
Hari isnin aku rehat - rehat kat umah je.Petang pulak aku gie Klinik di kawasan perumahan abangku.Terima Kasih doktor sebab bagi 2 hari lagi cuti sakit. ha ha ha .
Aku dapatlah duduk sini lama - lama sampai hari rabu.

Best duduk umah abang aku.Ini adalah kerana ada orang yang masakan untuk aku dan jaga aku. he he he .Suka sangat.

(Malas nak fikir pasal kerja sewaktu cuti sakit ni, tapi apakan daya.Kerja tetap kerja.Diriku tetap dicari bila keadaan memerlukan) erm.. sampai bila?

24 Jun 2009,
Aku kembali ke rumah dan berinternet sekejap.Dan kemudian percutian ke Labuan pun bermula.

Wednesday, July 08, 2009

336 : Geng K.A.M.I.E "Anak - Anak m.s.j.b.o.x"


Lily yang akan mengambil SPM : Selamat berjaya, ingatlah kehidupan sebenar akan bermula selepas habis SPM.Semoga apa yg di cita - cita menjadi kenyataan.

DeqNaz -> akan ambil PMR tahun ni.Good luck juga ! semoga impian menjadi nyata.

DeqYana = Adik yang baru masuk alam 'remaja' Ingat dik, kena tahu nilai yang mana baik dan mana buruk serta pandai - pandailah bawa diri dan pilih kawan


Ini model bintang kanak - kanak paling popular 2009 (bodek kena lebih.. ha ha ha ).
Amat yang aku tahu ialah seorang anak yang manja (Jangan manjakan sangat budak ni)
Mungkin sebab dia 'anak teruna' bujang keluarga menyebabkan dia masih belum tahu berfikir dengan matang. (poyo je !!) Tak pe, tak lama lagi dia mesti tahu yang hidup perlu berdikari di atas kaki sendiri. (Siaplah kau lepas ni kena 'potong') kah kah kah. (Bila woooi kendurinya ? jangan lupa jemput)


Anak - anak siapa nie? Tengok lah sendiri!! inilah anak - anak msjbox.Adakah mereka ini akan menjadi blogger seperti ibu dan bapa mereka? Kalau ya, mungkinkah mereka generasi akan datang yang akan meneruskan perjuangan K.A.M.I.E di msjbox dan dunia blog?

Tuesday, July 07, 2009

335 : Geng K.A.M.I.E "Junaidix & Carneyz"


Mengenali Junaidix hampir 4 tahun yang lalu dan kemudiannya pertama kalinya bertemu dengan carneyz di Red Box Sogo pada April 2006 (Kalau tak silap).


Mereka berdua sudah lebih 2 tahun menjadi suami & isteri.Biarpun mereka 'kehilangan'
namun aku tahu mereka redha dan tabah.Semoga mereka akan dikurniakan cahaya mata utk penyeri kehidupan ber2.Insya-Allah


Terlalu banyak untuk diceritakan tentang Junaidix.Terima Kasih untuk kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada aku sepanjang menjadi pengurus acara di msjbox.com satu ketika dahulu.

Buat carneyz, semoga terus maju jaya dalam apa yang dilakukan.Semoga kalian berdua akan hidup bahagia bersama.Percayalah setiap yang berlaku pasti ada rahmat disebaliknya.

Monday, July 06, 2009

334 : Geng K.A.M.I.E "Bonda Rock"


Pertama kali bertemu di Nailis Sentul pada ramadhan setahun yang lalu (kalau tak silap).Betul kan?


Bonda kepada anak - anaknya.Benarkah bonda ini rock ? sila jawab ?


Geng K.A.M.I.E kalau berkumpul mesti akan bergambar sana dan sini.

Mesej kepada Bondarock : Semoga tabah menghadapi apa juga dugaan dan cabaran dalam hidup ini.Percayalah K.A.M.I.E akan sentiasa bersamamu di kala suka dan duka.

Terima kasih kerana dah berkali - kali menjadi pemanduku.Lain kali boleh tumpangkan lagi (Bilalah aku nak ada kereta sendiri)

Sunday, July 05, 2009

333 : Menghitung Detik Meninggalkan Labuan (Hari ke 4 - Part 2)


Membeli cokelat dengan harga yang sangat murah.Aduh! aku suka sekali.Kalau bawa banyak cash mesti lagi best (Oooops!!!)


Bersiap sedia untuk kembali ke hotel selepas penat membeli belah.


Selepas check out terus bertolak ke Airport.


Menghilangkan kebosanan sementara menanti detik waktu untuk berlepas.


Akan terbang meninggalkan labuan pada jam 5.20pm.


Akhirnya masa untuk meninggalkan Labuan pun berlaku juga.Kembali ke KL bersama MAS.

Saturday, July 04, 2009

332 : Kini Kembali ke Labuan (Hari ke 4 - Part 1)









Friday, July 03, 2009

331 : Kini Kembali ke Labuan (Hari ke 3 - Part 3)


Aku selamat kembali ke Labuan selepas melalui perjalanan 3 Jam 15 Minit.(Sangatlah lama dan membuatkan aku bosan sepanjang perjalanan).

Sewaktu meninggalkan K.K Town, gerimis mengiringi pemergiaanku.Pada awal perjalanan hujan turun dengan lebat.Nasiblah aku memilih utk di bahagian atas yakni, 1st class yang berharga RM39 berbanding yang biasa.


Aku memilih untuk menginap di Global Hotel kerana ianya berdekatan dengan Bazar Labuan yang pastinya memudahkan aku untuk membeli belah. I like shopping.

Thursday, July 02, 2009

330 : Dari Kota Kinabalu Kembali ke Labuan (Hari ke 3 - Part 2)


Menikmati mee goreng telur sebagai hidangan bersama Puan Seri Ecah, Tuan Syed dan Adik Sharifah. (Oooops!!!)


Tak dapat tidur dan bermalam di Shangri La Hotel K.K, dapat ambik gambar pun jadilah.


Gambar kadang - kadang boleh menceritakan apa sahaja.


Aku suka gambar melekat kat dinding macam cicak man. Ahaks!


Jurugambar untuk aksi - aksi ini adalah hasil klik oleh mama chombi.Thanks 'mama'


Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Terima Kasih buat Puan Aishah, Tuan Syed dan adik sharifah dan adik syed.(Alamak! terlebih sudah).Kenangan bersama kalian tetap segar diingatan.Thanks for everything.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015