Tuesday, June 30, 2009

328 : Makan Malam Bersama Keluarga Mama Chombi - (Hari 2 - Part 3)


Dinner bersama keluarga mama chombi.


Begitu banyak pilihan.tak tahu nak pilih yang mana satu.


Makan - makan dengan penuh berselera.


Ini yang aku makan.Nampak macam sikit, tapi sebenarnya banyak.


Untuk penaja makan malam ini.Terima Kasih daun keladi, lain kali belanja lagi.




Beraksi sebelum melangkah pergi meninggalkan restoren tersebut.

Monday, June 29, 2009

327 : Senja di KK dan 1 Borneo Bersama Keluarga Mama Chombi - (Hari 2 - Part 2)


Pertemuan terakhir dengan keluarga mama chombi ialah pada 3 Januari 2009 di KL Sentral dan dengan puteri sulungnya pulak ialah beberapa bulan yang lalu. Ooops!!


Sangat teruja! sukar di ungkapkan dengan kata - kata 'hanya yang mengerti akan memahami'


Bergambar berdua dan bersendirian berlatar belakangkan lautan yang luas.(Ye ke?)


Senja bakal melabuhkan tirainya.Lagi - lagi adalah gambar yang tak penah putus - putus.


Hajat hati nak bermalam di Tune Hotel @ KK tapi apakan daya tak buat perancangan awal. so, tak ada bilik yang kosong.Tapi, rasa gembira sebab dapat ke 1 Borneo.


Selepas ke sini ... ke mana destinasi seterusnya ?

Sunday, June 28, 2009

326 : Dari Labuan Ke Kota Kinabalu - (Hari 2 - Part 1)


Rancangan asal akan ber2 ke Kota Kinabalu, tapi apakan daya "Kita hanya merancang tuhan yang menentukan".Rancangan tetap diteruskan biarpun bersendirian.


Ingin tinggal di bandar.Itulah keputusan yang telah aku buat beberapa hari sebelum merancang untuk kembali ke negeri dibawah bayu ini.


Segmen bergambar pun bermula.Sangat best tidur disini dan memang sepadan dengan harga yang perlu dibayar.(Tak pe, pakai debit card) ahaks..


Kenangan lebih setahun lalu masih segar diingatan.So, diriku tak perlu risau.Insya-Allah tak akan sesat di Town KK ini.


Kali ini hanya pusing - pusing di Pasar Filipina (tak beli apa - apa) sebab dah nekad nak shopping sakan di Gaya Street esok (ahad)

Saturday, June 27, 2009

325 : Kisah di Labuan - (Hari 1 - Part 2)


Merehatkan diri selepas melalui perjalanan yang panjang.Akhirnya memilih hotel ini dalam versi terjah.


Berjalan - jalan mencari terminal feri.Apa motifnya ? tunggu entry akan datang.


Berpandukan Map yang cute dan comel, kaki melangkah mencari - cari "bazar labuan" dan akhirnya bertemu pasar dan air laut.ye ye. masa utk bergambar pun bermula.


Melangkah kaki menuju ke Muzium Labuan.Sempat singgah di TM Point utk membayar bil yang dah banyak hari tertunggak.Kemudian pusing - pusing itu Muzium.


Kaki melangkah lagi menuju ke dataran labuan.Apa ada disana? Ada padang yg ijau dan tiang - tiang bendera.

Friday, June 26, 2009

324 : Dari Kuala Lumpur Ke Labuan - (Hari 1 - Part 1)


Memulakan perjalanan seawal 5.30pagi dan selamat berada di KL Sentral pada jam 6.15pagi.Menaiki ERL ke KLIA yang bertolak jam 6.30am dan selamat tiba di KLIA 28 minit kemudian.


Sarapan pagi di KFC , KLIA sementara menanti waktu untuk terbang jauh dan membawa diri untuk sekian kalinya.


Sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama seumur hidup dapat merasai pengalaman menaiki Penerbangan Malaysia (MAS)


Sarapan pagi di langit biru ialah nasi goreng bersama satay ayam yang sangat okie rasanya.Pakejnya lengkap termasuk air dan buah - buahan.


Alhamdulillah pada 11.30am, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Labuan.

Thursday, June 25, 2009

323 : Aku Pergi Dulu

Kesepian,
Aku merasai kesepian itu
Takkala aku bersedirian

Sendirian ini,
Aku selalu sendirian
Jarang sekali 'berteman'

Teman,
Suka & duka dilalui bersama
Sukarnya mencari teman sejati
Sehingga kini aku masih belum temui

Kerinduan,
Aku merasai kerinduan itu
Rindu yang sukar diungkapkan dengan kata - kata
Merindui seseorang yang sudah jauh pergi
Ke satu 'alam' yang lain

Mungkin ini terakhir buat kali ini
Aku pergi dulu untuk seketika waktu
Mencari ketenangan diri
Selepas melalui kesakitan yang panjang

Wednesday, June 24, 2009

322 : Geng K.A.M.I.E - Antara KFC & Durian


Hidang tengahari telah bertukar menjadi petang.Hanya berselera melantak seketul ayam sahaja.


Hanya mampu memandang dari kejauhan sahaja.Aku bukanlah peminat fanatik durian fc. harap maklum.

Dek kerana selepas itu aku perlu ke Klinik Panel.Aku telah membuat keputusan untuk tidak menjamah biarpun seulas durian.Terima Kasih pada Encik Sabar yang begitu bersungguh - sungguh memujuk aku untuk merasa durian tersebut.

Tak pelah.Mungkin lain kali yek!.

Kesimpulan perjalanan aktiviti geng K.A.M.I.E kali itu telah membuka mata ramai orang untuk menyertai dan menganggotai kumpulan band paling berpengaruh ini. (ye ke?)

Siapa lagi nak joint? sila angkat jari. he he he he. (Syarat : Mesti datang 2 aktiviti baru layak jadi ahli tetap) Ini bukan ayat aku, tapi Puan Presiden tak rasmi yang kasi ayat ni.

Yang penting.Geng K.A.M.I.E ialah geng di alam maya dan alam nyata. ye ye ye !!!

Tuesday, June 23, 2009

321 : Geng K.A.M.I.E - Serang IKEA


Ya! kesakitan aku hilang seketika.Namun ianya bertambah sakit bila berada di IKEA.
Ini adalah kerana aku sangat teruja untuk memiliki beberapa benda yang sehingga ke saat ini sudah berlegar di ruang ingatanku.Semoga impianku akan menjadi kenyataan.


Ini bukan pertama kali (pembetulan ye sis lin) penah datang ke sini 3 tahun yang lalu dengan budak opis.Penah beli satu lampu tue (kini dah terbakar mentolnya) belum bertukar lagi (kemalasan).

Terima Kasih kepada Geng K.A.M.I.E yang menjadikan impianku satu kenyataan (poyo je!)

Monday, June 22, 2009

320 : Geng K.A.M.I.E - Sarapan Di Mana ?


Sarapan di Restoren Nasi Kandar Pelita di Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Mulanya aku order roti tampal sahaja.Tapi dek kerana "tergoda" dengan nasi goreng yang Amat makan , aku dengan sesuka hatinya mengorder.


Adik kau makan atau berangan ? Apalah agaknya yang di ceritakan oleh sis lin tu? Khabarnya ada lawak 18sx? ha ha ha ha .. lawak nyer.



Apa aktiviti kami seterusnya ?

Sunday, June 21, 2009

319 : Geng K.A.M.I.E - Di Bagan Lalang


Aku tiba di Taman Pelangi selepas pulang dari Klinik Gigi untuk kali ke2 , kerana kesakitan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata - kata.


Selamat tiba di Bagan Lalang sekitar 11pm selepas melalui perjalanan yang panjang.


Geng K.A.M.I.E berkumpul lagi.Sis Lin seisi keluarga kebetulan turun KL sebab ada urusan.


Ada ikan, kerang (sorry aku x makan) , ketam (x dapat makan sebab sakit gigi), sup sayur, tomyam campur pun ada , kangkung belacan & kailan ikan masin (tiada dlm gambar)


Telur dadar itu adalah pilihan aku (itu je yg aku selera makan ketika ini) Nasi makan pun tak bertambah.Yang lain - lain makan dengan berseleranya. tak caya? tengok gambar tu.


Adik terlentok kekenyangan.Woooi!!! dak tembam. diet le.. oooops!, Mak dia pulak makan dengan penuh bersemangat wajanya.Yang teruk sekali dak chubby , dari mula sampai org dah habis makan dia tak sudah - sudah juga. (betul le :p) dan Cik Retna yang berusia 31 tahun 1 hari makan dengan sopan santunnya.


Ya! encik sodep juga ada.Selain kelibat Encik CM & Puan CT.


Yang hadir malam itu ialah Sis Lin, Encik Sabar , 'Adik' dan Amat, Bondarock & Iman.
Sodep, Shai & Retna (Kategori Single).Jun & Carneyz serta keluarga Puan CT & Encik CM dan 4 org anaknya. so, berapa semua ? kiralah sendiri. ha ha ha ..Ya! 18 orang.

Saturday, June 20, 2009

318 : Geng K.A.M.I.E "Sambutan Hari Lahir"


Aku tiba jam 8.30pm, yang diraikan telah pun sampai iaitu Kak Retna.Turut ada ditempat kejadian ialah Kiki yang khabarnya telah diusung olehnya.Kelihatan juga Encik Junaidix tanpa kelibat isterinya.

Yang patut ada dalam majlis ini tentulah Tuan rumah dan Puan rumah yang pastinya sibuk memasak sepanjang hari ini.(Terima Kasih kak CT).


Aku sebenarnya baru sahaja pulang dari rumah sakit pergigian untuk mencabut gigi serta merawatnya yang kesakitan sejak seharian.Akhirnya melayang - layang RM180 dan kesakitan semakin berkurangan (sikit je kurang, tapi masih terasa oooo)

Hidangan meehoon goreng memang menyelerakan.Tapi apakan daya.Aku hanya makan sikit (padahal bertambah - tambah) biarpun terpaksa makan mengunakan gigi - gigi di sebelah kiri sahaja. (Nasib lah gigi - gigiku sakit disebelah kanan).
sangat sedap meehoon goreng ini (nasib bukan resepi yg ada tomato) Aku adalah seorang insan yang tak suka makan masam - masam (Asam pedas lah tu!)

Puding Caremal yang sudah lama tidak kunikmati.(Sedap oooo)Kalau aku sehat, memang habis semua aku belasah.

Kek batik (yg dibuat oleh Lily) Eh! pandainya lily masak (ha..ha..ha..) mcm x caya je? bukan dia pandai makan je ke? kuang..kuang..kuang. Okielah ! menarik dan tertarik serta tidak terlalu manis.I like!

Namun dek kerana kek yang kemanisan, gigi aku tetiba 'buat hal" terpaksa aku menelan ubat penahan sakit.


Akhirnya selepas 1 jam disitu aku menjadi orang pertama pulang dan aku juga sebenarnya merupakan tetamu terakhir yang sampai.Selepas memberi hadiah (yang tak seberapa) kepada yang diraikan.Aku terpaksa melangkah kaki menuju pergi dari situ.

Cerita di sebalik cerita : Dalam aku ingin pergi bergembira, aku sempat meluangkan masa untuk menziarah insan yang berduka.'Semoga Cekal , Tabah & Sabar menghadapi dugaan dalam kehidupan.Mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku.

Friday, June 19, 2009

317 : Geng K.A.M.I.E "Cik Retnawati"



4 tahun yang lalu, aku mengenali seorang insan bernama Retnawati.Dia seorang yang baik hati (bodek kena lebih!, dengan harapan dapat tumpang 'siputeh' lagi.) Eh! mana ada. Ini ikhlas le.

Kak Ret, itulah panggilanku kepadanya.Seingat aku, beliau penah joint event anjuran aku atas tiket msjbox di redbox (1st Anniversarry) dan Restoren Satay Kajang Hj Samuri (2nd Anniverssary) utk Msjbox.com. (dan banyak lagi) termasuk Msjbox Family Day 2008 @ PD dan Camping di Tanjung Sedeli.

Aku penah kerumahnya berkali - kali.Jalan ke sana tak mungkin dapat ku lupakan.
Perjalanan paling jauh aku dengan siputehnya semestinya ke Selatan Tanahair. Kak ret, bila nak bawa si puteh ke kampung halaman saya ? Jomlah boleh kita petik buah padi. ha .. ha.. ha..

Pada 5 Oktober 2008, Kak Ret telah muncul di kaca TV @ RTM dalam rancangan Blog secara langsung.



Hari ini, 19 Jun 2009 ialah ulangtahun kelahiran ke 31 untuk Cik Retnawati.
Semoga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki dan dipertemukan dengan 'putera impian'.

Terima Kasih atas segalanya ye.

Thursday, June 18, 2009

316 : Geng K.A.M.I.E "Encik Sodep"

Edisi Khas : Teristimewa buat insan yang terawal aku kenali di Msjbox.com & YM

Siapakah Geng K.A.M.I.E yang akan menyambut ulangtahun kelahiran ke 31 esok? Nantikan.......



2004, aku mengenalinya sebagai Budak Bunian (kalau tak silap) kerana beliaulah aku mula mengenali Msjbox.com.

Kami merupakan rakan YM yang bagiku begitu rapat sekali.Saat - saat aku kehilangan, dialah 'teman' yang hadir memberikan aku kata - kata semangat.

Terlalu banyak untuk diceritakan.Setiap saat dan waktu bersama insan bernama Sodep ialah tetap segar diingatan.

Terima Kasih atas ilmu yang dicurahkan , atas nasihat yang diberikan dan segalanya.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015