Sunday, May 31, 2009

298 : Selamat Tinggal Lumut


Setiap yang bermula pasti akan berakhir...
Setiap yang datang pastinya akan pergi...

Aku terpaksa ucapkan selamat tinggal juga...
Kini lumut ku pergi tinggalkan mu...
Semoga kita kan bertemu kembali...

Saturday, May 30, 2009

297 : Dari Lumut ke Cameroon Highlands

Jam 7.30am , seisi rumah sudah bersiap untuk memulakan perjalanan yang agak jauh.

Tiba di Ayer Tawar, kami berhenti sebentar untuk bersarapan pagi.Masing - masing memilih roti canai sebagai pilihan

Dalam 10.30am , kami selamat tiba di Cameroon Highlands setelah melalui jalan yang berliku.


Pertama kali di puncak Cameroon Highlands.Macam tak percaya.Tapi ini baru 'preview'


Ke Ladang Teh yang tak seberapa besarnya.(Hanya mengikut kemana di bawa)




Mereka memetik Strawberry tapi aku macam biasa berangan ambik gambar dengan bunga.

Best ke memilih strawberry itu dengan sendirinya? Ntah la.Aku tak minat pun strawberry.


Kami berada di puncak Cameroon untuk beberapa jam sahaja.Sekitar 1.15pm kami sudah mula meninggalkan Cameroon Highlands.

Sewaktu dalam perjalanan untuk kembali ke Lumut, kami "tergejut" aku juga bungkam & tergamam.Ya! Kami bertemu dengan saudara kami yang datang jauh dari kampung halaman kami di Alor Setar Kedah.(Kecil sungguh dunia ini).

Yang ditemui ialah adik kepada arwah mak aku. Chu Liah & seisi keluarga baru sahaja dalam usaha mendaki puncak Cameroon.Mereka terlebih dahulu singgah di rumah anak sulungnya di Ipoh.Semua ahli keluarga Chu Liah aku ada bersama termasuk 4 orang cucunya dan anak - anaknya yang lain dengan menaiki 2 buah kereta.

Kami bersalam - salam dan bersembang - sembang untuk seketika waktu.20 minit kemudian, masing - masing membawa haluan sendiri.Kami kembali ke Lumut dan selamat tiba sekitar 5.00pm (Singgah melantak dulu).

Friday, May 29, 2009

296 : Kisah di Lumut Perak

Kisah di siang hari : Menonton TV, Anak - anak buah ke 2 & ke 3 bersekolah di pagi hari.Hanya ada si kecik no.4 bernama Shazanis Najwa di rumah.

Menghabiskan sepanjang siang hari membaca novel Puan Nora iaitu "Tuhan Lebih Tahu".

Sekitar 6.00pm , bergerak menaiki Avanza menuju ke PENAMA (betul tak eja nie?)Ya! bersiar - siar melihat apa yang di jual di bawah khemah - khemah putih itu.Sangatlah tidak menarik di perhatian mataku.

Jam 7.00pm, yang dinanti pun dah tiba.Yang disayangi telah munculkan diri.Bas TLDM dari MRSM , Kem Terendak Melaka telah selamat tiba di perkarangan PENAMA.

Shazatul Azira yang sudah 4 bulan tidak ditemui telah berada didepan mata.Senyuman kegembiraan tergambar di raut wajah ibu & ayah serta adik - adiknya.

Malam itu aku habiskan masa dengan menonton TV serta membaca.

Thursday, May 28, 2009

295 : Antara Kuala Lumpur & Lumut



Pada 28 Mei 2009 , tepat 5.30pm telah meninggalkan pejabat di tingkat 11 menuju ke Hentian Pudu Raya KL.

Jam 6.30pm, Bas itu mula bergerak meninggalkan Kuala Lumpur.

Sekitar 10.30pm, diriku telah selamat tiba di Lumut Perak dan menginap secara percuma di Block 23 di dalam Pengkalan TLDM Lumut.Ya! semestinya di rumah abangku Shafirol.

Wednesday, May 27, 2009

294 : Berehat Lagi dari Alam Maya

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Izinkan aku berehat lagi dari alam maya
Aku akan kembali sedikit masa nanti

Monday, May 25, 2009

293 : Cinta Datang Lagi - Edisi Akhir


Di umumkan , aku hampa lagi sebab tiada nasi ayam penyet.


Makan malam bertemankan keTIDAK merduan suara org menyumbangkan lagu di situ (malas lak nak karaoke..kang ujan lebat lak) ha ha ha


Di sebabkan tema bulan ini ialah "Keretapi" so, aku memang datang dan balik naik keretapi la.Ada aku kisah?


Kenapa manusia tak penah puas dengan apa yg dia dapat ? Kenapa ada yang suka mendengki? Ada ke yg cemburu dengan hidupku? Rasanya aku tak ada kacau org, x suka menyusahkan orang jauh sekali meminjam duit kau orang.So, dipendekkan cerita yang panjang.Lantak la apa org nak kata.Ada aku hairan? Mana aku nak pergi ,apa aku nak buat semua adalah lahir dari hatiku sendiri. So what? (luahan perasaan)

Sunday, May 24, 2009

292 : Cinta Datang Lagi - Edisi 3












Buat Kak CT & CM sekeluarga yg tergejuh sebab menjadi mangsa TERJAH shai juga Bro Kasawari & Cikgu Linda seisi keluarga. Siapa seterusnya mangsa TERJAH ku?





Saturday, May 23, 2009

291 : Cinta Datang Lagi - Edisi 2


Cintaku kembali ke Kota Singa.Ya! aku "sendiri" dan cuba untuk berdikari.












Terima Kasih kakak sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan shai yang jauh di Kuala Lumpur.(Ber2 lebih baik.Tak ada le kekok sangat diriku)


Di bawa 'dia'ke sana sini , termasuk ke Bugis Street (betul ke?) Sangat seronok naik MRT.Dapat membeli belah dan di belanja makan.'dia' memang baik.Nanti turun KL tau! kita gie KL Tower.'dia" juga hantar shai sampai ke depan bas.Sangat berterima kasih dengan 'dia'.

Friday, May 22, 2009

290 : Cinta Datang Lagi - Edisi 1


Selepas kerja, aku macam biasa (melarikan diri dari suasana pejabat) sempat lagi singgah tengok movie (Night at Musuem 2).Keretapi bergerak meninggalkan KL pada jam 9.30 malam.


Di dalam keretapi, aku sukar untuk melelapkan mata.Kenapa ye? Masih sempat menyusahkan seseorang untuk mendapatkan no telefon seorang insan yang lain.Akhirnya SMS demi SMS pun bermula.


Seperti biasa, aku beraksi sana dan sini dengan sesuka hati termasuk di dalam bilik "itu".


Selamat tiba di Bandaraya Johor Bahru pada 23 Mei 2009 sekitar jam 5.50am dan hanya berjaya check in pada jam 6.45am.

Monday, May 18, 2009

289 : Berehat Seketika

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Izinkan aku berehat seketika
Aku akan kembali sedikit masa nanti

Saturday, May 16, 2009

288 : Menuju Puncak AF 7 (Siapakah Juara ?)















Friday, May 15, 2009

287 : Kembali Mencari Cendol & Rojak

Thursday, May 14, 2009

286 : Kasih Bertaut Kembali - Episod Akhir (Selamat Tinggal JB)





Wednesday, May 13, 2009

285 : Kasih Bertaut Kembali - Episod 6 (Aku ke Kota Singa Part 2)

Preview : Part 2
Tajuk : Aku Ke Kota Singa













Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015