Thursday, April 30, 2009

272 : Cintaku Hanyut di Kuching - Day 2


Di pagi 30 April, aku memulakan langkah menuju dari satu Muzium ke satu Muzium.


Ini bukan di Muzium.Tapi replika kucing - kucing di depan sebuah Restoren di Waterfront.


Melangkah dan terus melangkah melihat kiri dan kanan.Penuh dengan bangunan bersejarah yang memiliki senibin begitu menarik.


Destinasi pertama ialah Muzium Seni.*Masuk percuma.


Ini antara hasil seni yang terdapat didalam Muzuim tersebut.


Seterusnya ke Muzium Sarawak.Kali ke 2 disini.Kenapa bendera separuh tiang? Hari ini bumi Sarawak kehilangan isteri Ketua Menteri mereka "Laila Taib" telah kembali ke rahmatullah.Al-Fatihah.


Macam biasa , mengambil gambar diri sendiri tanpa jemu.


Ini kat War monument (betul ke aku eja nie).


Kat jejentas yang paling menarik aku rasakan.Nak menuju ke Muzium Islam.


Suasana di Muzium Tekstil.*Masuk percuma


Dasar blogger.Asal jumpa Cyber Cafe je mesti nak online.


Asal petang je mesti hujan.So, layan je movie dulu.X-Men.

Wednesday, April 29, 2009

271 : Cintaku Hanyut di Kuching - Day 1


28 April selepas 5.30pm aku terus membawa diri ke Mexico.Sangat selesa tidur disana.


Kembali terbang di awan biru untuk ke destinasi yg agak jauh.


Alhamdulillah kembali mencapai awan dan menuju ke arah itu.


Kali ke 2 ke Kuching.Akhirnya aku bertukar menjadi "Meow2".


Selamat seminggu aku akan menginap disini pada harga bayaran keseluruhan RM250+


Pertama kali menginap di Tune Hotel.Walaupun "kecik" tapi okielah untuk aku yang hanya ingin tempat utk 'tidur'.


Petang 29 April, berjalan - jalan di Waterfront.


Jalan - jalan mengambil gambar dan mencari makan.Akhirnya aku memilih menjamu selera di Sugar Bun.


Inilah buktinya aku memang benar - benar sudah jatuh hati dan 'Cintaku Hanyut di Kuching'.


Layan movie "BOHSIA" dengan bayaran RM5 (Hari Rabu)

Tuesday, April 28, 2009

270 : Selamat Tinggal Untuk Seketika

Izinkan aku pergi untuk seketika
Tak lama 8 hari sahaja
Tak mungkin aku pergi untuk selamanya.. tapi...
Tak mustahil aku tak akan kembali lagi

Takdir penentu segalanya
Sama ada aku muncul dengan wajah baru
Datang dengan harapan serta sejuta semangat
Tetap kekal menjadi seperti dulu

Aku pergi mencari ketenangan diri
Menyudahkan apa yang terbengkalai
Menyaksikan keindahan dan kehebatan ciptaan Nya
Membawa diri jauh dari semua

Semoga aku akan mencipta kenangan manis
Doakan aku selamat pergi dan kembali
Niat yang baik pastikan akan berbalas baik
Selamat tinggal untuk seketika

*Shaizhar Abu Bakar 29/4/2009 - 6/5/2009

Monday, April 27, 2009

269 : Hadiah Untuk Setiausaha



"Selamat Hari Setiausaha.. untuk semua pekerja yang setia dan sentiasa berusaha"
Adakah aku seorang yang setia? Yang pasti aku akan terus berusaha biarpun 3 bulan pertama tahun ini aku hilang punca dan banyak berangan serta leka."

SHAIZHAR akan kembali... alamak , terlupa pulak! Thanks utk Bos.

Sunday, April 26, 2009

268 : Menu Hari Ini



Hari ini kembali beraksi didapur setelah sekian lama.Hidangan Daging masak kari dan sayur serta ayam masak berempah (tiada dalam gambar) menjadi hidangan sarapan + makan tengahari pada 26 April 2009.

Inginkan resepi ? (jangan haraplah) x reti mcm mana nak kongsi seperti bloger lain. Ini adalah kerana aku bukanlah chef selebriti.Ahaks

Saturday, April 25, 2009

267 : Mencari Cinta Di Sini (Pesta Buku 2009)


















Akhirnya bertemu dengan Chef Selebriti, Puan Norzailina Nordin.Macam biasa soalan cepu emas. Bila nak siap manuskrip? hu hu hu.. jawapanku -> Busy ngan kerja. he he

(Insya-Allah) akan jadikan ianya kenyataan juga.


Ada ole - ole dari Kak Norz. TQ..(Sedih..sebab novel baru Kak Norz tak dapat keluar time pesta buku kali ini.Akan tunggu bulan depan)

Friday, April 24, 2009

266 : Melalak Seorang Diri


Semalam lepas kerja, terus ke AU2 Setiawangsa.Lepak 2 jam kat Sing Box.


Lagu pembuka & penutup ialah Matahariku.Tak de pulak lagu Dingin.Tapi macam biasa, layan lagu Mimpi yang tak sudah, kau pergi jua.Dan berbelas lagu lain sampai sakit tekak.

Thursday, April 23, 2009

265 : Menikmati A&W



Wednesday, April 22, 2009

264 : Pemeriksaan Kesihataan Lagi



Tuesday, April 21, 2009

263 : Cerita Selatan - Perpisahan Ini (4)



Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama

Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
(Tak ada kaitan dengan gambar)

Monday, April 20, 2009

262 : Cerita Selatan - Mencari Harta Karun (3)

Jom.. jom kita pakat ramai - ramai mencari harta karun.























Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015