Saturday, February 28, 2009

209 : Catatan 28 Februari 2009


Aku sepatutnya pergi kerja pagi ini.Tapi ada banyak hal perlu di selesaikan.Aku sampai sekitar 2.45 petang selepas singgah "mengipas" satay di Kampung Hj Samuri.


Hanya "sekadar hiasan" 2 kanak - kanak bertemu hanya seketika , tapi bagaikan sudah lama saling mengenali.


Yg JAUH .. Bro Kasawari & Cikgu Linda + Sis Lin & Encik Sabar , Yg DEKAT .. Kak CT & CM sekeluarga, Jun & Carneyz, Pu3 dan keluarga serta Kiki + shai..


Hidangan memenuhi meja.Tak tahu nak makan yg mana dulu.Tak tahu dapat ke habiskan.Hanya sekadar "merasa" .


Meehoon goreng kegemaran (2 kali tambah) ada rendang ayam & ayam goreng + Laksa.


"Hantaran " dari sis lin dan berbalas dengan "Habuan" dari Kak CT. Eh! Chef CT. sedap! memang sedap. rugi sapa tak datang.


Kegembiraan bila bertemu.Gambar "kaum lelaki" dan aksi penuh akan menyusul (akan cetak rompak).

Thursday, February 26, 2009

208 : Jemputan Majlis Tahlil , 28 Februari 2009

Kepada semua warga Msjbox yang berkelapangan masa pada hari Sabtu (28 Feb), anda adalah dijemput untuk ke majlis tahlil arwah untuk arwah ibubapa Retna, arwah ibu Sodep dan arwah ibu Shai.

Assalamualaikum,

Sempena genap setahun pemergian arwah bonda tercinta pada 3 Mac 2009, satu majlis tahlil akan diadakan. Dijemput sumer yang sudi bersama2 membaca yassin untuk arwah - RETNA. Berikut butir-butir kenduri :-

Tarikh: Sabtu, 28 Februari 2009
Masa : 3 petang (hi-tea)
Lokasi : No. 30 Jalan Pelangi 2, Taman Pelangi, 51100 Sentul, KL (umah ako)
Tahlil untuk : arwah ibubapa saya, arwah IBU sodep & juga arwah IBU shaizhar dan
juga arwah IBU chemot.

Insyallah, tahlil tersebut akan dipimpin oleh saudara che mat . Klu sempat boleh lah kita solat asar berjamaah. Majlis ini saya buat kecil2an sahaja. Jemput ye pada semua yang sudi datang.


P/s: kalau sesat, boleh kontek retna, sodep atau shai.

Wednesday, February 25, 2009

207 : Bila Orang Suka Komen

Bila Orang Suka Komen... Kadang kala aku boleh dengar.Maksudnya aku boleh menjadi pendengar yang baik.

Bila Orang Suka Komen... yang aku tak suka .Aku selalunya jadi tak suka dan menyampah.
Perlu ke komen sesuatu yang menyakitkan hati? Perlu ke menyakitkan hati aku dan membuatkan rasa hati aku menjadi sakit ?

Bila Orang TERLEBIH ramah nak komen.Aku jadi meluat.Maksudnya bukan sekadar sakit hati tapi dah tahap tak boleh hilang sabar (Apa yg aku buat, hanya diamkan diri je) = IGNORE

Bila Orang Tak Komen... Ada aku minta dikomen? Ada aku kisah kalau orang tak komen. Mungkin aku terfikir ruangan komen di blog aku akan DI TUTUP. Wait & see.

Bila Orang Komen Lebih - Lebih... Aku akan balas dalam diam."Diam - diam , ubi berisi".

Bila Orang minta Komen... Aku akan komen dengan seikhlas mungkin.

Kesimpulannya...Fikir dulu bila patut komen, bila tak patut nak komen.

Kesudahannya... Jangan suka memberi komen yang boleh menyakitkan hati orang lain.

Tuesday, February 24, 2009

206 : Kisah P.A.T.A.Y.A

Tersebutkah kisah disebuah Bukit...
Bukit Indah yang tak ada air MEMANJANG...
(kahkahkahkah)... Tapi apa kan daya...
Ada seorang kanak - kanak yang memang HANTU...
Dialah seorang budak yang suka PATAYA...
Memanglah dia kurang berguna , patutnya dihantar...
Belajar di sekolah pondok di PATAYA , di Thailand lah saja....
Terimalah hidangan tak seberapa untuk AMAT ku cayang...

Monday, February 23, 2009

205 : Hadiah Untuk Teman - Part 2


Hanyalah sekadar hadiah yang tak seberapa.Sambungan dari episod pertama yang kini kembali dengan episod ke 2.


Sangat kelakar dan "unik".Sanggupkah anda memakainya ? Aku tak sanggup beb!


Hanyalah sekadar hadiah yang tak seberapa di alam maya buat yang sentiasa aku ingati.


Sangat cute dan menarik sekali.Khas untuk "anak dara" sis lin.

Sunday, February 22, 2009

204 : Aktiviti 21 Februari 2009


Menonton wayang Geng "Upin & Ipin" sendirian di MBO , Galaxy Ampang. 8/10 bintang.


Selepas pulang kerja pada petang itu , aku menuju ke Maluri


Perut terasa lapar , tekak "mengidam" nak makan nasi goreng.So, layan je menu di kala senja melabuhkan tirainya.


Nasinya sangatlah banyak, rasanya sangatlah "terasa", pedasnya pun cukup - cukup "pedas" dan airnya juga begitu menepati citarasa 4/5 bintang.Boleh datang dan rasa lagi

Saturday, February 21, 2009

203 : Ada Apa Dengannya


Gambar menceritakan segalanya...Selalunya gambar tak penah menipu kan? Ye! aku tahu aku tidak kurus seperti kamu :p


Hanya replika , tiada apa yang perlu dibanggakan.Sampai bila akan berada disini? Bukankah .. itu musim sudah tidak releven lagi ?


Siapalah aku untuk komen lebih - lebih.Redha je dengan apa yang ada.

Friday, February 20, 2009

202 : Bila Aku Tak Suka

Aku tak suka bila mana aku memang tak gemar pada sesuatu yang membuatkan aku menyampah dan rasa meloyakan anak tekak aku.Aku hanya suka apa yang memberikan kegembiraan kepada aku.Adalah sukar menjadi aku yang tidak suka dipaksa dan disuruh.

Adalah benar, aku tidak suka memasuki blog mereka yang sangatlah gelap dan gulita terutama yang berwarna hitam.Hanya blog mereka yang aku "rapat" sahaja akan aku singgah.Tapi adakalanya aku terlupa untuk menziarah.

Adalah menjadi hakikat yang aku tak suka dan tidak gemar untuk masuk ke blog yang mana terdapat penulis panjang lebar serta seperti menghasilkan sebuah karya novel.

Adalah benar dan sangat benar yang aku tidak suka orang MENYEMAK di kotak msjbox aku dengan bahasa - bahasa yang "menyakitkan" hati dan mata serta penglihatana aku.

Adalah juga menjadi kebenarannya yang aku tidak suka masuk ke blog yang menceritakan tentang makanan terutama takkala aku belum bersarapan dan belum makan tengahari.

Adalah sangat sukar menjadi diri aku yang tidak akan menjejak mana - mana blog yang aku rasa aku tidak perlu masuk kerana aku rasa aku tak "selesa" dan malas nak meneruskan hubungan yang "dekat" cukuplah menjadi "rakan" di alam maya. Aku juga tidak akan penah bermimpi untuk menjadikan "mereka" sebagai sabahat, rakan atau teman di alam nyata aku.

Adalah sangat benar yang mana aku jarang benar (boleh dikira dengan jari) masuk ke blog - blog mereka yang TIADA msjbox dot com.(Maaf ya!!!) Aku adalah penyokong setia msjbox fan club.

Adalah sangat - sangat betul dan tepat hanya mereka yang mengguna msjbox sahaja mendapat pengiktirafan dari blog aku.Mereka aku "link" dalam list My Friend's

Adalah bila aku tidak suka masih ada yang bertanya itu dan ini tentang msjbox kepada diriku yang sudah BERSARA dan sudah TIDAK berJAWATAN di msjbox dot com. Harap maaf diriku tidak lagi seperti dulu.Sila rujuk pada bos msjbox untuk sebarang maklumat lanjut.

Adalah benar ini entry aku yang agak - agak panjang setelah sekian lama aku berbicara dengan GAMBAR - GAMBAR.

Thursday, February 19, 2009

201 : Mee Goreng Mamak vs Teh Tarik


Beberapa minit sebelum 7malam mendapat SMS dari seseorang ajak mengeTEH dan meMAMAKan diri.Mula - mula aku mcm tak nak pergi.Tapi bila bos dah "angkat kaki", baru boleh aku balik cepat.


Masing -masing order Mee Goreng Mamak, kecuali budak kecik yg dah setahun tak update blog tue.Aku minum Teh Tarik segelas je + Curik2 minum air HL Azkam bawa. Perisa baru katanya.


Kami ber6 semuanya.Tiga lelaki tiga perempuan.Bersembang - sembang tak ingat dunia.


Terima Kasih untuk penganjur majlis ini dan tajaan gambar - gambar ini.

Wednesday, February 18, 2009

200 : Cintaku Hanya Untukmu Cucur Udangku


(1)Sebijik telur bersama tepung dan daun kucai
(2)Tepung gandum di sebelah udang
(3)Udang "gergasi"
(4)Ini tepung.'Ada hati mau mandi tepung?'


(5)Tepung berkasih sayang dengan telur (malas nak ambik putih shj.belasah je le)
(6)Daun kucai yang sudah di potong - potong
(7)Digaul mesra agar bersatu menjadi satu
(8)Cucur Udang sudah siap di goreng (Sedia untuk dimakan)

Tuesday, February 17, 2009

199 : 11 Tahun Dalam Sejarah

Monday, February 16, 2009

198 : Ada Apa Dengan 14 Februari ?


Menonton wayang.Mulanya nak tengok movie Geng "Upin & Ipin" tapi yg jam 1.45pm dah full house dan yang 3.00pm hanya available tempat duduk paling depan sekali shj.

Akhirnya memilih untuk menonton filem siam 18SG bertajuk Ong Bak 2.Okielah. (3.5/5 *)


Merehatkan diri dan minda di Kotak Muzik.Erk! macam - macam lagu aku layan. Yg wajib mestilah "Dingin".Lagu .. Bukan Aku Tak Cinta ditujukan khas untuk mereka yg mengenali diriku dengan ucapan "aku nak cinta tapi cinta belum datang lagi."


Membeli hadiah untuk diri sendiri.Ya! Kasut baru yang akan ku pakai ke Istana Cinta.

Sunday, February 15, 2009

197 : Cintaku Tertinggal Di ISTANA...

















Saturday, February 14, 2009

196 : Bila Shaizhar Berkarya Lagi...


1) Sambal Tumis Ikan Bilis (Dlm periuk)
2) Nasi Lemak
3) Sambal Tumis (lagi...)
4) Hidangan 02/02/2009


1) Kari Kentang (Dalam periuk)
2) Ayam Masak Merah (Versi terMASAM)
3) Kari Kentang (Zoom lebih dekat)
4) Nasi "kuning"


Hidangan 08.02.2009


1) Tepung Gandum dicampurkan bersama putih telur
2) Di masukkan daun kucai yang banyak
3) Di goreng di dalam kuali yg berminyak (sila abaikan rupa bentuk kuali itu)
4) Sarapan pagi & makan tengahari 09.02.2009
Ye.. Udang yang dibeli sangat "besar" 15 ekor pada harga RM 3.20 okie kan?


1) Nasi putih bersama ikan kembung masin + salad
2) Kobis bermesra bersama telur
3) Ayam Masak Kicap berasmara dengan kentang
Hidangan makan malam 09.02.2009

Friday, February 13, 2009

195 : Hadiah Untuk Teman - Part 1


Hanyalah sekadar "hadiah" yang tak seberapa di alam maya.Harap sudi menerimanya.


T-Shirt2 sebegini dah macam menjadi kegemaran ramai kan? Layan je lah yek!


"Tiada kaitan dengan sesiapa" , hanyalah sekadar entry untuk suka - suka. Jangan marah - marah ye.

Thursday, February 12, 2009

194 : Karnival Belia @ Tasik Titiwangsa


Rindu dengan tarian singa.Dulu masa kecik - kecik time raya cina mesti pergi kedai cina depan jalan untuk tengok tarian ini, walaupun hanya setahun sekali.


Persembahan kebudayaan di pentas selepas majlis perasmian.


Umai dari udang? erk! bibie kata buat dari ikan. Layan sahajalah.Gambar di gerai Asam Pedas tidak dipaparkan kerana aku sentap !!!

Wednesday, February 11, 2009

193 : Bersama Wanita Hari Ini


Al - Kisah bermula pada 6.15 petang di hari Jumaat yang gelap di iringi oleh gerimis.


Aku di kurung di luar pagar kerana "cik" itu sedang bersiap dan lebih "molek" aku di luar pagar je, sambil ambil - ambil gambar.


Kami ber2 bersama si puteh ke destinasi pertama untuk misi "menculik".


Terjah umah Kak CT (EMAK) dan Abg CM (AYAH) untuk menculik isteri no2 (berangan) cik Lily yang masih bawah umur.Rezeki kita org senja - senja ini ialah ....


Roti jala dengan kuah kari pedas berapi serta Kek Srwk.Memang sedap (TQ)


5 minit sebelum 8 malam kami ber 3 bergerak ke destinasi yang sebenar.


Kami selamat sampai ke KLCC sekitar 8.30 malam.Dah lama diriku tak ke sini.


Kami akan menonton wayang pada 9.30 malam di TGV, Suria KLCC.


Sebenarnya kami ber 4.Aku namakan entry sebagai "Bersama Wanita Hari Ini".

Terima Kasih Kak Retna , Lily & Mya.Bestkan cerita ini?
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015