Wednesday, November 04, 2009

438 : Satay & Nasi Lemak @ Pasir Panjang


Pertama kali ke sini. Aduh! ingatkan tepi pantai (beragan je aku).Tak susah nak cari sebab depan sekolah cina.Aku berangan dulu sementara menunggu makanan sampai tanpa mempedulikan manusia di sekeliling.



Nasi lemak yang sangat lemak dan sambal ikan bilis yang sungguh sedap (bukan nak bodek! tapi ini adalah kenyataan).Terlupa pulak nak order telur mata. Kempunan.. kempunan..



Satay ayam & daging, 3 cucuk setiap satu.Alhamdulillah sangat kenyang dan berselera makan. Terima Kasih pada penaja iaitu insan yang bekerja dengan bapa mertuanya yg merupakan penjual satay tersebut.Thank You.Sangat terasa rempah - rempah dan rasa satay tersebut.Kuahnya juga sedang2 elok.Kacangnya di kisar halus da tak seperti setengah orang yang kisar separuh/kasar.Paling best, satay datang bersama dengan timun dan bawang.Susah nak jumpa org letak ini bawang.

Untuk 'orang itu'. Ya! kita sebaya dan macam rakan satu sekolah kan? ha ha ha. Dah setahun lebih tak jumpa.Ingat dapat bergosip lama2 tapi apa kan daya.Kau tengah kerjakan.Sorrylah mengganggu.Sekali lagi, terima kasih untuk Nasi Lemak & Satay dari Pasir Panjang.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015