Saturday, October 31, 2009

434 : Berada di Luar Kawasan Liputan dan 11 Hari Yang Di Nanti

Sabtu, seawal pagi aku akan 'terbang' ke satu destinasi dengan berbagai hajat dan tujuan. Yang pasti ianya adalah yg baik - baik sahaja.

Doakan, semoga perjalananku pergi & kembali dalam keadaan yang selamat.Insya-Allah.

Diam tak diam tinggal 11 hari yang dinanti.Tak tahu apa rancangan aku pada tahun nie, pada hari berkenaan apa yang pasti aku akan bercuti pada dan menghabiskan 24 jam denga sebaiknya.Dan lagi satu, aku akan berhati - hati sebelum tarikh tersebut atau selepasnya kerana takut di 'dera' oleh rakan - rakan jabatan aku yg merancang/plan party birthday untuk aku. Ada ke? apa pun, aku akan berhati - hati selalu dimana jua berada.

Mungkin 11 November nanti, aku akan beli kek untuk diri sendiri dan tiup lilin sorang2 (aku kan bujang, single dan belum berpunya) woooi! aku tak laku ke? erm... Aku juga ingat nak panjat puncak genting. Tapi.... pergi sorg2 tak bestla. Hari rabu pulak tue.Erm.. mungkin aku plan nak gie Moviekan diri je kalau tak Times Square, mungkin MBO Galaxy je le jawabnya.

Apa pun 11 hari yang dinanti, ku harap dapat melaluinya untuk 29 kalinya.Terima Kasih Sang Pencipta, Tuhan Maha -Esa.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015