Sunday, October 11, 2009

418 : Msjbox Open House 2009 - Selatan (Intro)

Alhamdulillah.Msjbox Open House 2009 telah selamat berlangsung pada 10 Oktober 2009 dari jam 4.00 petang sehingga ke tengah malam.Aku, Sis retna & Sodep selamat tiba di selatan tanahair pada jam 4.00 pagi.Kali ini sis lin seisi keluarga menjadi tuan rumah untuk kali ketiga diadakan sejak tahun 2007 (Rumah Bos Msjbox) kemudian 2008 di rumah aku dan tahun ini nun jauh di selatan tanahair.

Antara teman blogger yg dtg selain 3 nama diatas ialah Encik Kasawari & Puan Linda serta Ammar & Aiman.Kak CT & CM serta 3 anak lelakinya kecuali Lily.Bro rosli yang lewat tiba.Kemudian ada geng dari Kota Singa.Kak Moralle seisi keluarga dan juga Nad serta seorang lagi (lupa nama lah pulak).Aie dtg bersama emaknya dengan Dir & Fara (sorry x dapat berbual lama - lama).

Rakan blog yang dinanti - nanti sudah tentu tukang masak terhebat dari Sedenak iaitu Che Mat Gebu.Akhirnya sampai juga dia ke Bukit Indah2. Ha ha ha.

Suasana sangatlah meriah dengan kehadiran tetamu yang tidak putus dari petag sehingga ke lewat malam.

Nota Pelangi : Nantikan entry bergambar yang akan menyusul kemudian.Esok ada xtvt amal.Akan di update pada entry mendatang

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015