Monday, October 12, 2009

419 : Msjbox Open House 2009 - Selatan 10.10.2009

Versi berangan di rumah penganjung sambil bergambar dengan peminat (ya! si kecik tue peminat aku okie! kononnye) kah kah kah.

Tukang kipas (asyik mengipas) disebabkan budak kipas (yg di tempah khas) belum sampai so, Bro Kasawari meneruskan tradisinya menjual satay (sayang seribu kali sayang, satay kasawari masih belum berjaya ditemui) kenapa? sebab liat sungguh dagingnya utk di siang. ha ha ha (larik) Ada juga menu istimewa dari seseorang untuk penganjur open house hari tue.TQ yek!
Ada nasi jagung, ayam masak merah, dalca, rendang daging dan juga nenas masa suka hati aku pun tak tahu namanya.


Antara wajah tetamu yang hadir awal (yg dtg lepas tue) aku sudah tidak mempunyai koleksi gambarnya kerana kamera aku "biol" hari tue. (Hancur harapan aku untuk menjadi juru gambar rasmi) Apa pun selamat hari lahir untuk kawan, teman & sahabatku encik Asri atau bukan nama sebenarnya di alam maya iaitu Sodep. Happy Birthday ke 29 pada 16 Oktober ini (Advanced sioooot) ha ha ha.


Terima Kasih untuk semua yang hadir ke Msjbox Open House 2009 di teratak sis lin kat Bukit Indah 2, Johor Bahru.Malaysia negaraku tercinta

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015