Monday, October 05, 2009

413 : Jalan - Jalan Raya @ JB - Part 2



Beraya bersama keluarga Encik Sabar & Puan Marlin dan 2 anaknya di rumah kawan - kawan oficenya.

Rumah pertama, sangat sedap masakannya.Bertambah - tambah aku makan.



Di rumah ke 2,ada laksa dan rojak.Aku menikmatinya dengan penuh berselera (tapi dlm kuantiti yg sikit la)



Rumah ke 3,makan di luar sahaja.Memang betul - betul open house sebab kerusi diletak di tepi dinding di luarnya.Dekorasi dalam rumah juga adalah sangat simple tapi menarik dan membuat aku tertarik (lupa lak nak ambil gambar)



Ini rumah ke 4.(Bakal ibu, semoga selamat melahirkan cahaya matanya). Dengar khabarnya beliau adalah seorang silent reader kat blog ni.betul kah? TQ 'As'

Hidangannya adalah rojak buah dengan kuah yg sangat pedas memedaskan.(Itu juga aku makan)



Rumah ke 5 adalah rumah yang sangat memberi kelegaan (mana taknya, ada air kotak) lepas tue ada lak extra service.Ooops! maksudnya kat umh nie boleh urut kaki, urut badan secara percuma.Terima Kasih tuan umah.

Ada juga satay sebagai hidangan selain kuih raya yang berbalang - balang.

Nota Pelangi : Indahnya sungguh beraya bersama - sama.Tak sabar nak tunggu hujung minggu ni.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015