Sunday, September 20, 2009

399 : Hari Ini Hari Raya


Ini bukanlah pertama kali aku beraya jauh dari desa tercinta.Demi kasih sayang seorang adik kepada abangnya.Aku terpaksa korbankan hari raya tahun ini dengan beraya nun jauh di perantaun.

Selain menyibukkan diri dengan melaksanakan tugas melayan tetamu dan membantu meringankan beban kakak iparku aku juga di bawa beraya di rumah kawan - kawan abangku.6 rumah di kunjungi pada hari raya pertama itu.

Kakak iparku memasak meehoon goreng yang memang menjadi kegemaranku.Ada juga ketupat palas dan rendang daging.

Di rumah yang aku kunjungi, aku dihidangkan dengan nasi beriyani, nasi kerabu, nasi minyak, laksa dan bihun sup.

Syukur aku tidak mengalami masalah sistem p menghadaman kerana aku makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015