Monday, August 31, 2009

381 : Preview - Msjbox Fast Break @ Bora Ombak Part 1

UPDATE : Lokasi
UPDATE 2 : Dah Booking tempat: 25 orang (estimate)
UPDATE 3 : FOC untuk anak 5 tahun kebawah.

Kepada semua warga Msjbox,

Kami ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama pada tarikh seperti berikut:

Lokasi: Bora Ombak, Ampang. RM 39++ (Dewasa) Rm25++ (kanak2**); Kuala Lumpur
Tarikh: 5 Sept 2009 (Sabtu)
Bayaran: Sendirian berhad.

** Berumur bawah 12 tahun sahaja, kalau lebih dikira sebagai dewasa.

Peringatan: Sila datang awal, dalam 5PM pun boleh, ke lokasi untuk mengelakkan terperangkap dalam trafik jem.

Terbuka kepada semua yang ingin menyertai aktiviti ini. Matlamat aktiviti ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Ini merupakan tahun ke - 5 aktiviti berbuka puasa bersama-sama diadakan.

FastBreak 1 - 2005: Maju Junction, Kuala Lumpur
FastBreak 2 - 2006: Food Court, Sogo, Kuala Lumpur
FastBreak 3 - 2007: Restoran Kunang-kunang,
FastBreak 4 - 2008: Nailis, Sentul
FastBreak 5 - 2009: ..??

Nota 1: Kepada yang bawa anak2 bawah 12 tahun, sila beritahu yer.
Nota 2: Tempat telah di booking untuk 25 orang. Kalau main buat kejutan last2 minit, silap haribulan hampar tikar atas lantai aja lah yer kawan-kawan. :)
Nota 3: Sila nyatakan sekiranya anak anda berumur 5 tahun kebawah yer.. FOC tu.

Kepada rakan-rakan yang berada di Utara (Penang, Kedah, Perlis, Perak), Tengah (Melaka, N9), Selatan (Johor), Pantai Timur, Sarawak dan Sabah, anda juga digalakkan untuk mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama di kawasan tersebut. Kena pakat ramai-ramai. Kalau nak tolong hebah/publish kat sini, just email sahaja info macam tarikh, tempat dan nombor telefon supaya mudah untuk dihubungi.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015