Thursday, August 27, 2009

377 : Awal Ramadhan 1430 Hijrah

Alhamdulillah, Ramadhan datang kembali.
Syukur kehadrat Illahi, Kita dapat merasainya sekali lagi.

Awal Ramadhan 1430 Hijrah
Aku menyambutnya bersama keluarga Shafirol
Ya! destinasi ialah di Lumut Perak
Untuk terakhir kali disana.
Itu yang pasti.

Semua harta benda dan barang - barang mereka
Telah berjaya di kemas dan diangkut
Menyeberang lautan yang luas
Menuju ke Borneo sana

Insya-Allah, pada 28 Ogos ini
SHA fendi, firol & Izhar (3 beradik)
Bersama seisi keluarga yang ada
Akan berkumpul bersama ,sebelum KAMI
Terpisah jauh.
KLIA itulah destinasinya

"Aku percaya, jauh bukan penghalang untuk
Kami sentiasa terasa dekat disisi"

Semoga keluarga Shafirol akan berjaya
Melalui hari - hari nun jauh di penghujung Borneo
Hidup bahagia walau dimana sahaja berada

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015