Thursday, July 09, 2009

337 : Seksanya Bila Sakit Gigi



19 Jun 2009,
Aku mengalami kesakitan di gigi yang teramat sekali.Terutama disebelah kanan di bahagian bawah dan atas.

Jam 6.30pm, aku di bawa masuk ke bilik pembedahan.Eh! silap, bilik rawatan di sebuah klinik pergigian di kawasan Taman Permata, KL.

Sangat tidak sakit bila gigi dicabut, tetapi ubat tahan sakit yang diberi tidak dapat memberi apa - apa kesan pun.

20 Jun 2009,
Biarpun aku kesakitan, namun aku tetap redah juga mengikut Geng K.A.M.I.E untuk makan - makan di Bagan Lalang.

Sebelum pada itu, aku ke Klinik pergigian lain pulak.Lepas gigi aku di baik pulih kesakitannya berkurang sedikit.

Belum masuk waktu maghrib aku dah selamat tiba di Taman Pelangi.Berjumpa dengan 'geng' yang turun jauh dari JB.Kami meneruskan perjalanan yang jauh dengan berbagai kejadian.

Dalam kesakitan aku tetap cuba untuk gembirakan diri dan mengembirakan orang lain.

21 Jun 2009,
Pagi itu aku rasa macam nak demam.Eh! memang dah panas - panas pun, ini mesti demam sakit gigi ni.Hu hu hu.

Tak kira, walaupun apa yang terjadi aku tetap turut serta dengan Geng K.A.M.I.E bersarapan pagi nun jauh di Restoren Nasi Kandar Pelita.

Terima Kasih juga, sebab terima sebulat suara cadangan aku untuk 'bergumbira' di IKEA. I like!

Mula - mula masuk IKEA memang dah hilang sakit.Tapi bila dah lama - lama, kesakitan makin bertambah - tambah terutama bila melihat beberapa konsep dan perabot yang memang aku idamkan. hu hu hu.Aku membeli beberapa 'brg' mengikut suka hati ku.

Petang itu, selepas makan KFC geng K.A.M.I.E makan durian pulak.Kalau tak sakit gigi memang aku dah joint sekaki & sekali.Walaupun pada hakikatnya aku bukan 'hantu durian'.

Dek kerana selepas itu aku akan bertemu dengan doktor panel , maka aku membuat keputusan untuk tidak menjamah walaupun seulas durian tersebut biarpun telah dipaksa dan dipujuk rayu.Terima kasih je ye! lain kali masa dan ketika ye.

Selepas lebih 1 jam menunggu giliran yang lama di Klinik panel aku telah berjumpa doktor yg 'hampeh' tapi dengan gembiranya aku terpaksa berterima kasih dan menerima MC (Cuti Sakit) yang diberikan.Aku siap tanya, tak leh dapat 2 hari ke? ha ha ha.

Akhirnya, pekerja cemerlang .(cemerlang ke?) terpaksa juga mencutikan diri sendiri pada esok hari.Oleh kerana ingin merehatkan diri , aku membuat keputusan untuk terbang ke Sijangkang.Syukurlah, abangku telah kembali selepas beberapa hari bercuti di PD (pergi tak ajak pun) nasib aku ada xtvt lain.

Aku sampai di Sijangkang sekitar jam 8 malam menaiki Si Hitam yang akhirnya aku akan berikan kepada anak buah sulungku untuk memeliharanya menjadi seperti haiwan peliharaan sendiri.(Selamba badak, bawa motor yg dah mampus - dah 1 bulan kembali kerahmatullah pun) ooops!!! malas nak renew motor WHN itu.

9malam, aku dah masuk bilik dan berehat - rehat selepas makan ubat.Terima Kasih sebab dapat tidur bilik anak buahku (dia org lak tidur luar) Bilik lagi satu dah tak kosong sebab ada anak buah perempuan kepada Kakak Ipar aku menumpang sekejap kat umah dia orang.

22 Jun 2009,
Hari isnin aku rehat - rehat kat umah je.Petang pulak aku gie Klinik di kawasan perumahan abangku.Terima Kasih doktor sebab bagi 2 hari lagi cuti sakit. ha ha ha .
Aku dapatlah duduk sini lama - lama sampai hari rabu.

Best duduk umah abang aku.Ini adalah kerana ada orang yang masakan untuk aku dan jaga aku. he he he .Suka sangat.

(Malas nak fikir pasal kerja sewaktu cuti sakit ni, tapi apakan daya.Kerja tetap kerja.Diriku tetap dicari bila keadaan memerlukan) erm.. sampai bila?

24 Jun 2009,
Aku kembali ke rumah dan berinternet sekejap.Dan kemudian percutian ke Labuan pun bermula.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015