Saturday, June 20, 2009

318 : Geng K.A.M.I.E "Sambutan Hari Lahir"


Aku tiba jam 8.30pm, yang diraikan telah pun sampai iaitu Kak Retna.Turut ada ditempat kejadian ialah Kiki yang khabarnya telah diusung olehnya.Kelihatan juga Encik Junaidix tanpa kelibat isterinya.

Yang patut ada dalam majlis ini tentulah Tuan rumah dan Puan rumah yang pastinya sibuk memasak sepanjang hari ini.(Terima Kasih kak CT).


Aku sebenarnya baru sahaja pulang dari rumah sakit pergigian untuk mencabut gigi serta merawatnya yang kesakitan sejak seharian.Akhirnya melayang - layang RM180 dan kesakitan semakin berkurangan (sikit je kurang, tapi masih terasa oooo)

Hidangan meehoon goreng memang menyelerakan.Tapi apakan daya.Aku hanya makan sikit (padahal bertambah - tambah) biarpun terpaksa makan mengunakan gigi - gigi di sebelah kiri sahaja. (Nasib lah gigi - gigiku sakit disebelah kanan).
sangat sedap meehoon goreng ini (nasib bukan resepi yg ada tomato) Aku adalah seorang insan yang tak suka makan masam - masam (Asam pedas lah tu!)

Puding Caremal yang sudah lama tidak kunikmati.(Sedap oooo)Kalau aku sehat, memang habis semua aku belasah.

Kek batik (yg dibuat oleh Lily) Eh! pandainya lily masak (ha..ha..ha..) mcm x caya je? bukan dia pandai makan je ke? kuang..kuang..kuang. Okielah ! menarik dan tertarik serta tidak terlalu manis.I like!

Namun dek kerana kek yang kemanisan, gigi aku tetiba 'buat hal" terpaksa aku menelan ubat penahan sakit.


Akhirnya selepas 1 jam disitu aku menjadi orang pertama pulang dan aku juga sebenarnya merupakan tetamu terakhir yang sampai.Selepas memberi hadiah (yang tak seberapa) kepada yang diraikan.Aku terpaksa melangkah kaki menuju pergi dari situ.

Cerita di sebalik cerita : Dalam aku ingin pergi bergembira, aku sempat meluangkan masa untuk menziarah insan yang berduka.'Semoga Cekal , Tabah & Sabar menghadapi dugaan dalam kehidupan.Mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku.

1 comment:

en_me said...

salam abg sha itteww.. nice blog, keep it up..

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015