Wednesday, June 17, 2009

315 : Geng K.A.M.I.E "Puan CT & Encik CM"

Edisi Khas : Teristimewa buat insan yang selalu menjamu aku dengan 'air tangannya'

Siapakah Geng K.A.M.I.E yang akan dipaparkan esok?



18 Oktober 2008, pertama kali berjumpa Puan Siti Delima dan Encik Rahmat di kediaman mereka di Taman Setapak Indah.Atas tiket jemputan rumah terbuka Aidil Fitri.

25 Oktober 2008, Puan CT dan Encik CM pulak datang berkunjung ke rumahku sempena Msjbox Aidil Fitri Open House.Disinilah pertama kalinya aku berjumpa dengan Cik Cemut (Kini Puan Yek!) Ah... rindunya saat - saat dulu. hu hu hu.

29 November 2008, K.A.M.I.E bertemu di Ampang Super Bowl Flamingo, sempena Msjbox Bowling 2009.Thanks kerana datang berkunjung biarpun tak main.

25 Disember 2008 - 27 Disember 2008 .Kami berjumpa di Pandan City serta berkhemah di Tanjong Sedili serta mandi manda di Air Terjun Kota Tinggi.

3 Januari 2009, mereka suami isteri menjadi tetamu di KL Sentral sebagai bagai bahan kejutan untuk Puan Echah, Tuan Syed, Ana & Aan yang dalam perjalanan kembali ke KK dari percutian yang panjang.

30 Januari 2009 & 31 Januari 2009.Kami bersuka ria , makan - makan di rumah Encik CM dan Puan CT serta berpicnic di Taman Metropolitan Kepong.

6 Februari, Jemputan makan roti jala di kediaman Puan CT & Encik CM + Menculik 'anak dara' mereka iaitu Lily untuk menonton wayang @ KLCC.

14 Februari 2009, K.A.M.I.E bertemu di Istana.Ya! menonton pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical 3.Sangat best dan teruja.


28 Februari 2009, Geng K.A.M.I.E bertemu di majlis tahlil @ rumah cik retna.Majlis tersebut mendekatkan yang jauh & dekat.

4 Mac 2009, aku dan Cik Retna di jemput untuk minum petang dengan disajikan Teh 'o' dan cucur udang kegemaranku. Terima kasih Puan CT.

16 Mac 2009, Puan CT kena terjah dengan aku. He.. he.. he

26 Mac 2009, Kami bertemu dengan Geng2 yang lain di Restoren Nasi Lemak Antarabangsa di area Setapak.Sambil makan dan sambil sembang - sembang + ambik gambar.

28 Mac 2009. Geng K.A.M.I.E berkumpul di Melaka.Pertemuan ini ibarat satu "family day" , kesimpulannya aku gembira dengan percutian ini.(ayat ulangan)

15 April 2009, Puan CT kena terjah lagi.Beliau telah menang peraduan anjuran blogku.
Hadiah tak seberapa telah aku berikan kepadanya.

25 April 2009, Aku terjah rumah Puan CT lagi.Tapi mereka seisi keluarga tiada dirumah.Akhirnya aku sendiri yang kantoi!! Dan bermula dari sini aku telah berjaya mendapat no telefon dak chubby dengan rela hatinya (Dia sendiri yang menyerah diri)

7 Mei 2009,Puan CT seisi keluarga adalah antara yang terawal aku terjah sebaik sahaja balik dari Kuching ,Sarawak.Adalah sikit ole-oleh buat mereka.

1 Jun 2009,tengah hari tersebut kebetulan ada urusan rasmi di kawasan Puan CT & Encik CM.So,sekali lagi Puan CT di terjah.ha ha ha ha. (Dah berapa kali kena terjah nie?)

6 Jun 2009, Geng K.A.M.I.E bertemu di Sedenak dan hari berikutnya ke Zoo JB serta menikmati Ayam penyet serta berborak - borak + lepak dengan riang rianya (Bestkan gie Pasar Malam kat Bukit Indah?)

Kesimpulannya : Aku bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana mempertemukan aku dengan keluarga ini.Terima Kasih Kak CT sebab selalu masak - masak dan jemput saya makan (Jangan risau, saya bukan Geng Diet? ha.. ha.. ha..)

Semoga ikatan persahabatan dan persaudaraan kekal untuk selamanya.Insya-Allah.

3 comments:

Sis-Lin said...

ye kita beruntung dpt berkenalan dgn keluarga kak ct & cm kan....kan?

CT Delima said...

Thanks SHAIZHAR...budi baik diri mu akan kami kenang sampai bila2.Jika ada undangan di teratak kami sila lah datang ya..jgn segan-segan hehehe

F.a.i.z.z.a.h said...

peh agak2 arr.. 29 November 2009???

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015