Tuesday, June 16, 2009

314 : Geng K.A.M.I.E "Mak Cik Purple vs Mak Cik Awook"

Edisi Khas : Teristimewa buat insan yang begitu "RAPAT" dengan aku.

Siapakah Geng K.A.M.I.E yang akan dipaparkan berikutnya? Tunggu......



10 Oktober 2008, pertama kali aku menjejakkan kaki ke Bukit Indah dan mengenali keluarga Encik Sabar dan Puan Marlin (Kesimpulannya : masih , malu - malu kucing).

25 Disember 2008, aku menumpang siputeh ke selatan dan menumpang bermalam untuk pertama kalinya di rumah puan seperti gambar diatas (bestnya , bila 'lepak' ramai2)
Berkhemah dan bersuka ria serta bergumbira dengan puas hatinya.

30 Januari 2009, kami bertemu di Kuala Lumpur.Aku membawa puan dan anak - anakna mendaki puncak Menara KL.Kami bersuka ria , makan - makan dan berpicnic serta berkaraoke.

28 Februari 2009, Geng K.A.M.I.E bertemu di majlis tahlil @ rumah cik retna yang lagi 3 hari akan berusia 31 tahun. (oooops! x de kaitan dengan entry).Kami jumpa melepak di kotak merah ditaja oleh encik suaminya serta aktiviti wajib makan - makan di teratak encik CM & puan CT.

7 Mac 2009 , aku turun ke selatan lagi.Aktiviti wajib ialah melalak di Kotak merah, jalan - jalan pusing JB dan melantak ayam penyet.Macam biasa, ada makan - makan di rumah mak cik purple.

28 Mac 2009. Geng K.A.M.I.E berkumpul di Melaka.Pertemuan ini ibarat satu "family day" , kesimpulannya aku gembira dengan percutian ini.Aku sudah lama tidak ke Melaka dan pusing - pusing di Bandaraya Bersejarah ini.Paling istimewa, mestilah sewaktu sambutan hari jadi 'adik'.Mesti dia 'teruja' dan x sabar menantikan kejutan di tahun 2010 kan? ha.. ha.. ha..

17 April 2009, aku menumpang siputeh ke selatan lagi.Yang bestnye. Encik beep beep! kena terjah dengan K.A.M.I.E, sian- sian .. kantoi!!!

Aktiviti makan - makan menjadi kemestian, 'bergelap' seketika pun tetap menjadi ingatan.Pertama kali juga aku ke 'diva' dan kesimpulannya Kotak Merah tetap terbaek woook!!!

dan 18 April merupakan hari BBQ dan sambutan birthday anak ke3 mak cik awoook!. Chelsea cup cakes menjadi hidangan bersama kek Ben10.Why x de Ben 11? Ada aku kisah?

pada 19 April pula kami ke Kukup.Ye ! makan - makan dan melawat Taman Negara Kukup.

9 Mei 2009, pertama kali aku terbang ke Johor Bahru dan mendarat di Senai Airport serta di jemput oleh 'Aril' TQ Sis.Menginap di hotel bertaraf antarabangsa di Bukit Indah.Sangat best!

K.A.M.I.E serang Sedenak lagi & menziarah chef tersohor disana.10 Mei 2009 memberi catatan baru dalam hidupku, bila diriku pertama kali ke Singapore selepas berbelas tahun lamanya.

22 Mei 2009, aku menaiki keretapi menuju ke Johor Bahru.Kali ini aku menginap di hotel kat Bandaraya JB.Kali ini bukan sahaja mak cik purple kena TERJAH , tapi juga Encik CM & Puan CT serta Encik Beep beep dan Puan Linda. semua tak tahu akan kehadirankku. (Sehari sebelumnya aku seharian di Kota Singa dan menziarah blogger yang sudah lama aku kenali di alam maya).

6 Jun 2009, aku terbang kembali ke selatan tanahair.Beberapa hajat aku telah ditunaikan oleh Geng K.A.M.I.E antaranya ialah menikmati ayam penyet, serang Sedenak dan menziarah Chef Che Mat Gebu, berjumpa 'kawan - kawan' Zoo JB dan ke Air Itam serta bergembira bersama - sama.

Itulah antara catatan perjalanan bersama seorang bersama Marlin Bt Md Noor. Terima Kasih Sis Lin sebab banyak berjasa dan mengembirakan saya.Sis dah macam 'kakak' saya sendiri.Kan ke saya anak ke 4 sis. He.. he.. he. Halalkan makan minum saya yek!.

Kita tetap teman, sahabat & kawan di alam maya & nyata.Semoga dirimu berbahagia dan cekal melalui liku - liku serta cabaran + onak - onak yang berduri juga berliku.

Tabahkan dirimu menghadapi apa jua yang berlaku.Saya tahu, sis seorang yang 'tabah' dan 'kuat'.Jangan risau Geng K.A.M.I.E sentiasa disisimu.

"Frienship Forever"....

2 comments:

Sis-Lin said...

terima kasih shai...
persahabatan akan kekal hgga selamanya..
yg penting kejujuran,keilhlasan dn keharmonian yg utama..
thankx juga bt shai...utk semuanya...

CT Delima said...

Thanks juga buat Marlin@Lin... semoga apa yang diberikan akan kami kenang hingga akhir hayat.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015