Tuesday, June 02, 2009

300 : Kenapa Aktivitiku Padat ?

Kenapa hujung minggu ku selalu sibuk?
Ini adalah kerana aku sedang sibuk ke sana dan kemari mengikut gerak langkah dengan sesuka hatinya.

Kenapa aku suka bercuti ke sana ke mari ?
Adalah menjadi harapanku untuk melaksanakan segala impian percutianku sebelum aku benar - benar bersedia dan menjadi wajib untuk bergelar sebagai seorang 'suami'.

Kemana lagi destinasi yang belum ku pergi?
Dan sebenarnya, hampir semua negeri - negeri di Malaysia sudah ku kunjungi.Adalah menjadi harapan dan impian sekiranya aku dapat menjejakkan kaki ke Pulau Labuan.
Semoga impianku menjadi kenyataan.

Mengapa sering ke Selatan ?
Aku gembira bila ke sana kerana ada orang yang sudi mengembirakan aku.Mereka sudi menemaniku.Mereka sangat rapat denganku dan mereka juga begitu senang menerima kehadiranku.

Bila aku akan kembali ke Utara?
Aku tidak pasti kenapa aku berat untuk kembali ke kampung halaman.Mungkin kerana aku sudah "kehilangan" dan menyebabkan aku rasa "kekosongan" Insya-Allah aku akan kembali sebelum Ramadhan nanti.

Berhenti untuk turun ke Selatan.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk berhenti dari turun ke selatan.Dan jawapannya mudah sahaja.Saat - saat untuk bergembira dan berjoli sakan sudah pun tamat.

Bilakan menjejak kaki ke Kota Singa ?
Jawapan yang pasti , dalam tahun ini aku akan kembali sekali lagi menjejak kaki ke Kota Singa.Tarikh sebenarnya tak pasti lagi.

Percutian KAMIE?
Aku mengharap ianya bersungguh - sungguh diusahakan.Kemana destinasinya , adalah tidak menjadi masalah bagiku.Jika ada kelapangan masa dan waktu pastinya aku akan berikan sedikit ruang untuk bercuti - cuti bersama - sama.

2 comments:

SiS-lin said...

terima kasih sudi dtg ke Selatan & bergembira dan puashati dgn semua layanan..x pe ada rezki ada umur nnti kita pasti bergembira lagi....

echah_syed said...

wahh enjoyzz sakan..

sgt siok weiii :)

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015