Monday, June 01, 2009

299 : Gembira Dalam Duka

Aku rasa gembira bila dapat mengembirakan orang lain.
Aku rasa bahagia bila dapat melupakan seketika tentang kerja.
Namun aku sedar aku tak dapat lari dari tanggungjawab itu.
Bila - bila masa sahaja , aku diperlukan.
Khidmat dan pandangan serta pengetahuan aku sering menjadi perhatian.

Kadang kala aku bosan tentang semua itu.
Adalah menjadi harapan aku untuk memulakan kehidupan baru.
Aku sudah bersedia untuk semua itu.
Aku nekad dengan pilihan dan hasratku.

Biarpun sukar untuk melangkah pergi.
Aku akan terus memandang ke hadapan.
Tak mungkin aku akan melihat lagi apa di belakangku.
Kehidupan harus ku teruskan.

Aku gembira dalam duka.
Siapa yang tahu derita yang ku tanggung ?
Cukuplah untuk seketika waktu ini.
Biarlah aku dengan cara hidupku.

4 comments:

♥chubbycekelat ♥ said...

wahhhh
jiwang karen la ayat nih..
teruskan usaha anda..
hehe XD

SiS-lin said...

semuga berjaya shai....

CT Delima said...

Doa dari k.ct ..apa yang dicitakan akan tercapai jua satu hari nanti..insyaAllah..

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015