Friday, February 20, 2009

202 : Bila Aku Tak Suka

Aku tak suka bila mana aku memang tak gemar pada sesuatu yang membuatkan aku menyampah dan rasa meloyakan anak tekak aku.Aku hanya suka apa yang memberikan kegembiraan kepada aku.Adalah sukar menjadi aku yang tidak suka dipaksa dan disuruh.

Adalah benar, aku tidak suka memasuki blog mereka yang sangatlah gelap dan gulita terutama yang berwarna hitam.Hanya blog mereka yang aku "rapat" sahaja akan aku singgah.Tapi adakalanya aku terlupa untuk menziarah.

Adalah menjadi hakikat yang aku tak suka dan tidak gemar untuk masuk ke blog yang mana terdapat penulis panjang lebar serta seperti menghasilkan sebuah karya novel.

Adalah benar dan sangat benar yang aku tidak suka orang MENYEMAK di kotak msjbox aku dengan bahasa - bahasa yang "menyakitkan" hati dan mata serta penglihatana aku.

Adalah juga menjadi kebenarannya yang aku tidak suka masuk ke blog yang menceritakan tentang makanan terutama takkala aku belum bersarapan dan belum makan tengahari.

Adalah sangat sukar menjadi diri aku yang tidak akan menjejak mana - mana blog yang aku rasa aku tidak perlu masuk kerana aku rasa aku tak "selesa" dan malas nak meneruskan hubungan yang "dekat" cukuplah menjadi "rakan" di alam maya. Aku juga tidak akan penah bermimpi untuk menjadikan "mereka" sebagai sabahat, rakan atau teman di alam nyata aku.

Adalah sangat benar yang mana aku jarang benar (boleh dikira dengan jari) masuk ke blog - blog mereka yang TIADA msjbox dot com.(Maaf ya!!!) Aku adalah penyokong setia msjbox fan club.

Adalah sangat - sangat betul dan tepat hanya mereka yang mengguna msjbox sahaja mendapat pengiktirafan dari blog aku.Mereka aku "link" dalam list My Friend's

Adalah bila aku tidak suka masih ada yang bertanya itu dan ini tentang msjbox kepada diriku yang sudah BERSARA dan sudah TIDAK berJAWATAN di msjbox dot com. Harap maaf diriku tidak lagi seperti dulu.Sila rujuk pada bos msjbox untuk sebarang maklumat lanjut.

Adalah benar ini entry aku yang agak - agak panjang setelah sekian lama aku berbicara dengan GAMBAR - GAMBAR.

1 comment:

SiS-lin said...

adakah benar awak x suke masuk blog kita yg gelap gelita itu...huwaaaaaaaaaaaa

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015