Thursday, February 05, 2009

187 : Hari Kedua Holiday - Episod 3


Pagi yang dingin dan mendung serta selang selik dek gerimis sepanjang perjalanan.


Akhirnya aku memilih menginap disini setelah terpaksa membuat keputusan muktamad. katil ada 2.Family room sebenarnya.Katanya, ada 1 bilik single tapi bilik air di luar. apa kes? Tempatnya memang agak kurang "memberangsangkan" penglihatan dan citarasa aku.Nasib badanlah, janji dapat tidur dan merehatkan diri.


Aku berjalan mengikut langkah kaki.Memang aku "kaki berjalan". Memang best dapat berjalan sana dan sini terutamanya bila sendirian.Tak perlu nak ikut org, menunggu dan menanti - nanti, kerana aku adalah aku dan bukannya org lain.


Bergambar menjadi hobiku kebelakangan ini biarpun terpaksa mengambilnya sendiri.


Membeli - belah juga merupakan kegemaranku.Terutama dapat membeli untuk mereka yang aku ingati dan sayangi biarpun harganya tak semahal mana.Janji keikhlasan dari orang yang memberi.


Hajat hati memang nak memborong kerepok lekor.Tapi... apakan daya, aku terpaksa membuat pilihan.Antara membeli atau tidak membeli.Akhirnya, hanya mengambil gambar sahaja buat kenang - kenangan.


Sudah tukar nama ke? Bukan dulu Pasar Payang ke? erm.. ntah lah! belasah je le.


Bazar Warisan, satu lagi tempat baru kat Kuala Terengganu.Hanya ambik gambar , tak sempat nak masuk.Tapi mcm , ekslusif je.May be di lain masa dan ketika.

2 comments:

PJ selamba said...

terengganu lagi...
ades!
satu²nya negeri semenanjung tak pernah sampai lagi
huu jelesnya...

shai said...

PJ -> tumpang simpati. Dari insan yg dah penah pergi semua negeri di malaysia

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015