Tuesday, February 03, 2009

185 : Hari Pertama Holiday - Episod 1

Ukay Perdana - 24 Januari 2009.Memulakan perjalanan menaiki bas intrakota bernombor T305 berharga RM1 menuju ke LRT Wangsa Maju

Membawa beg baru beli berharga RM 69.90 yang dibeli disatu Hypermarket.Kemudian menaiki LRT menuju ke KL Sentral.Dari KL Sentral menaiki Monorail menuju ke Hang Tuah dan kemudiannya bertukar ke STAR LRT ke Pasar Rakyat.


Jalan agak sesak dan bergerak agak perlahan.Banyak kenderaan di lebuhraya dan ada sahaja kereta yang tersadai di bahu jalan.Kenapa ye?


Di dalam bas Transnasional dari Pudur Raya KL menuju ke Kuantan Pahang.


Jalan - jalan mencari hotel.Dalam perut bas sempat juga lihat kiri dan kanan.Akhirnya itulah pilihanku, harganya agak berpatutan dengan kemudahan yang ada.


Tingkat 3 dan di bilik 307 menghadap jalan raya serta mempunyai balkoni.


Tidurku lena hingga ke pagi.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015