Sunday, February 01, 2009

183 : Akhirnya Aku Pergi Jua

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
"Segala puji Tuhan Sekelian Alam"

Dengan lafaz bismillhhirahmaniraahim.Saya , Shaizhar Abu Bakar dengan ini meletakkan jawatan secara rasminya sebagai Pengurus Acara (Event Manager) dari www.msjbox.com berkuatkuasa 1 Februari 2009.

Perletakkan jawatan ini dibuat atas sebab - sebab peribadi dan tidak ada kena kaitan dan melibatkan sesiapa.Keputusan ini adalah muktamad dan tidak akan ditarik balik.

Sesungguhnya begitu banyak kenangan pahit manis di lalui bersama komuniti msjbox.com sejak menyertainya lebih 3 tahun lalu.

"Patah tumbuh hilang berganti"..Semoga akan ada penganti yg lebih baik, kreatif dan mempunyai daya usaha yang lebih untuk kemajuan komunti ini.Apa yang penting ? Kerjasama.

Terlalu banyak yang dilalui dalam tempoh yang begitu lama ini.Tidak tertulis oleh saya, setiap apa yang penah berlaku.Semoganya ianya menjadi kenangan yang terindah untuk kita semua.

Di kesempatan ini saya Shaizhar Abu Bakar memohon maaf sekiranya ada mengecilkan hati sesiapa , membuatkan orang tidak senang dengan tingkah laku serta kata - kata saya , layan yang terkurang atau tidak boleh terima dengan sikap saya selama mana diri saya menjadi penganjur acara di komuniti ini .

Buat pemilik msjbox.com , "Terima Kasih untuk segalanya.Minta halal dan lebih kurang.Terima Kasih atas peluang yang diberikan serta selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang di ceburi".

Tentunya buat sahabat yang saya sangat hormati dan ingati. "Sodep .. kerana kau aku mengenali msjbox.com.Halalkan segala ilmu yang kau ajar.Terima Kasih menjadi kawan yang memberi kata - kata semangat di kala aku sangat memerlukannya" (Memang sukar untuk menerima "kehilangan".. Kita sama - sama akan terus "kerinduan") AL- Fatihah untuk arwak mak kita.

Untuk semuanya.Terima Kasih yang tak terhingga.Terlalu banyak nama yang hendak ditaipkan disini.Cukuplah sekiranya saya mengabadikan nama - nama ini sebagai tanda penghargaan saya yang tak terhingga (Sanchai,Shayz,Carneyz,Kak Retna , Kak Meera , Aida , Faizzah,Chik,Yatt,Umie, Kasawari, Sis Lin, Kak Norz , Fysal , Along Aiman, Kak CT , CM) Terlalu banyak nama lagi... (Maaf tak dapat menaipkan satu persatu) Terima Kasih menjadi sahabat blog serta sahabat di alam nyata.Saat - saat bersama akan kekal untuk selamanya.

Insya-Allah, selagi hanyat dikandung badan dan dengan izin-Nya kita pasti akan berjumpa dan blog ini akan terus bernyawa.

2 comments:

SiS-lin said...

to you too shai...thankx 4 everuthing...ada jodoh kita jumpa lagi...

Kak Meera said...

salam shai,

dapat khabar berita dari 'seseorang' katanya shai dah letak jawatan sbg event mgr msjbox.

nampaknya kali ni shai dah nekad ya. apa2 pun semoga shai sukses selalu.

dikhabarkan juga oleh 'seseorang' itu yg nama akak ada shai sebut dlm entri ni. Terima kasih byk2 sebab ingat kat akak, walaupun sumbangan akak 'nan ado'...

may Allah bless u always...

wassalam

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015