Monday, July 28, 2008

43 : Rumahku Duniaku



Jom ramai - ramai , datang ke rumahku.Pertunjuk arah dari Ampang Park melalui Jalan Ampang menuju ke Ampang Point.



Berhampiran dengan susur masuk ke Ukay Perdana.Jom tengok lagi.



Sila ambil arah kanan bawah jalan raya itu.Menuju terus ke arah kanan tanpa perlu belik - belok.




Pintu gerbang bertulis "Selamat Datang ke Ukay Perdana" tolonglah kasi 'potong' sikit itu ranting - ranting (macam lah org MPAJ baca blog ni) Hahaha...



Melalui pendakian bukit , menuju ke arah destinasinya.Hampir 2km (anggaran) sebelum bertemu simpang di sebelah kiri lalu meneruskan pendakian.



Ada simpang kiri dan kanan.Ambik sebelah kiri.



Inilah tempat makan paling dekat dengan rumah aku.



Semakin dekat ngan rumah aku.Inilah block A yang paling hampir dengan jalan raya.



Pintu masuk ke kediaman yang aku duduki sejak lebih 4 tahun lalu.Rumah ku sendiri.



Jangan salah tangga.Nak ke umah aku kena naik tangga bernombor 3.Di blok A.



Yang ada astro tue leh bilik 'biru' aku.Itulah dunia hidupku.Ce waaah.



Selamat datang ke rumaH S.H.A.I.Z.H.A.R dari ramai juga rakan - rakan blogger penah singgah disini.

Sunday, July 27, 2008

42 : Masak Nasi Lemak S.H.A.I.Z.H.A.R



Bahan - bahan yang diperlukan ialah Beras, daun pandan , santan dan juga telur.



Ini ialah sambal ikan bilis shaizhar yang telah siap dimasak semalam, sekitar 11.15pm. (Tension tengah - tengah nak potong ubi dan mengorengnya, baru perasaan gas dah habis.Jadi sambal itu...



Dimasak didalam rice cooker termasuk juga telur rebus.Ha3.Tak dapat nak makan telur goreng.Erm..




Sarapan pagi & makan tengahari ini adalah Nasi lemak with telur rebus & sambal ikan bilis.Hasil karya dan air tangan diriku sendiri.

Saturday, July 26, 2008

41 : Kisah Semalam Dan Hari Ini



Semalam ada perjumpaan staff ke 5 bagi tahun 2008.Tema Flora & Fauna.Mula - mula ambik gambar lepas tue terus terlupa.Erk!Ada persembahan pembukaan tarian 'Gadis dan bunga'.Kemudian persembahan fauna.. Ada ular sawa, ular albino (kaler kuning) dan beberapa haiwan lain.Erk!

Malamnya lupa pula bawa kamera ke Majlis Makan - Makan & Gosip2 di Taman Sri Rampai(Rumah baru, my friend) Adalah dalam berbelas orang juga yang joint.



Membawa diri dari Ukay Perdana (UK) ke SA bukan (LA) tapi Shah Alam.



Sampai dalam 9.45am, Tunggu precious kat depan KFC selama 1 minit.. tapi x jumpa (berangan jap) Hajat hari ini nak cari Ilham.Erk! ada jual beli tak kat mana - mana ?



Wah! hari kedua dah bermula.Akan ada pelancaran hari ini...Tak kowser nak tunggu 12.30pm untuk jumpa MB baru negeri Selangor.Apa kes?



Pandangan dari tingkat atas.Tak berapa ramai lagi manusia.Adakah sebab masih awal pagi? Tapi ada juga beberapa rombongan budak sekolah yang tak berapa ramai jumlahnya.



Jalan - jalan cari pasal.Erk! silap... Jalan - jalan situ , sana dan sini.Terjumpa ini.Patutlah Kasawari dah kunci blognya,dah buka syarikat rupanya. (sambil jeling - jeling).. Menjeling - menjeling ku bertantang, mata kita sama memadang....



Cari dan terus mencari.Masih belum di temui.Akhirnya bertemu disini.



Masa untuk membeli - belah.Budget RM 100.. 'Sudah gajilah katakan'.



Memiliki 2 dari 3 buku yang telah keluar pada bulan June 2008.



Potongan harga antara 15 % sehingga 20 % ditawarkan.



Promosi novel terbaru penulis Meen Zulaikha bertajuk Warna Hati.



Promosi pula novel terbaru Dhiya Zafira 'Rindu Belum Terhenti'.



Ini 2 dari 4 yang aku beli,Harga keseluruhan RM 48.00 selepas diskaun.Kalau diikutkan harganya sekitar RM 60.00

Tuesday, July 22, 2008

40 : Aku Yang Kesakitan



Ini adalah gula - gula yang baru aku ambil dari seorang yang aku tak kenali.



Kami bertemu di sebuah tempat bernama rumah sakit milik Idzham di pinggir Kuala Lumpur.



Inilah penawar untuk menghilangkan kesakitan yang dihadapi.Tak nampak pulak tulisan namaku disitu.



Gula - gula yang diterima, ada perisa warna kuning (ijau x de ke?) lepas tue anti kepada body, untuk penawar tekak serta ubat untuk demam kura - kura.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Aku yang kesakitan

Monday, July 21, 2008

39 : Amylea FC Bowling Tournament 200708



Msjbox menyertai Amylea FC Tournament yang diadakan di Berjaya Time Square bermula jam 10.30 pagi.



Dari kiri Zubir,Junaidix,Shaizhar dan Shaira (Wakil Msjbox RAPAT )



Bermula dengan Junaidi , Shaizhar , Shaira dan Zubir



Paper beg mengandungi 4 botol air mineral dan sarapan pagi.



Karipap dan apam bersama kelapa(pilihan apam mcm tak sesuai je).



Keputusan game pertama.Yahooo!!! diriku mendapat 99 jatuhan.Permulaan yang baik.



Keputusan game kedua.Yi haaaa!! aku semakin menurun dan berjaya menjatuhkan 89 pin.



Keputusan game ketigad.Tiiiiidaaak !!! aku semakin teruk dan hanya menjatuhkan hanya 87 pin



Keputusan rasmi dari wakil Msjbox RAPAT.Jumlah keseluruhan 1349



Bergambar kenangan di Ampang Superbowl,Berjaya Time Square.



Bersama Ettiey adik ipar kepada Zubir yang merupakan adik bongsu Elliey



Shaizhar dan Shaira.Seperti adik beradik... walaupun ...hahahahahaha.



Makanan tengahari ini ialah nasi ayam.Okielah ada 'rasa' dan mengeyangkan perut.



Hadiah yang ditawarkan.Tiada piala dan medal.Hanya untuk kategori terbaik sahaja.



Kelihataan hamper yang banyak memenuhi meja yang disediakan.




Akhirnya Msjbox RAPAT berjaya mendapat no 37 daripada 44 kumpulan.



Aku & hamper yang dibahagi dua kerana lagi dua sudah pulang.Hahahahaha... (semua org dapat hamper yang kelihatan sama)



Kenangan bergambar bersama Amylea.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015