Thursday, June 26, 2008

23 : Terjah Tournament Bowling Heliza 'Permerhati'



Sunway Mega Lanes, puas juga mencari - cari dan tercari - cari.Akhirnya bertemu juga.



Banyaknya piala dan hadiah kat sini.Siap penuh satu rak cermin.Layan jelah.



Kebelakangan ini, asyik dengan 'ikan' je ..apsal yek! aduh le... sapa mau jawab?



Ada sesuatu menarik berlangsung disitu.Mati - mati aku ingatkan pukul 10.00 am Rupa - rupanya 1.00pm baru mula.Hampeh..




Banyak sangat tournament bowling skrg ni.Bulan ini Heliza Bereh , bulan depan Amylea FC pulak.



Kali ke 2 bertemu dengan Kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza.Tapi ini kali pertama bertentang mata & berhadapan dalam jarak yang dekat.



Layan je gambar diatas tue.Teruk kan? Aduh..semalam (mlm sabtu) aku tidur hanya 4 jam, mata dah sepet sikit.



Cuba teka siapa? Matilah...kalau dia tahu aku pergi sana dan tak tegur dia. Tapi ada 'seseorang' perasaan kehadiran aku tetapi hanya mampu mengukirkan senyuman dari kejauhan.

Wednesday, June 25, 2008

22 : Sessi bersama Ikan - Ikan



Memelihara 'anak ikan' ..silap ikan di belakang rumah.(Jangan salah faham)



Ikan yang dipelihara diberi makan selama 20 minit,jom tengok apa akan jadi.



Mari - mari ikan , gigit makanan didepan mata.Ha3.Pertama kali memberi ikan makan dan pertama kali "digigit" rasa geli.Aduh..geli..dan tersangat geli.



Kasi Zoom dekat sikit.Aduh le.. kan best kalau ikan - ikan tu sudi urut jari jermari yang tengah sakit ini (banyak menaip)



RM 12 ,untuk 20 minit diberikan kepada ikan - ikan buat bekalan hari tua mereka dan keluarga mereka.



Disini sebenarnya ikan - ikan itu boleh ditemui.Jemputlah datang.Buat Aida, ada berani ?

Tuesday, June 24, 2008

21 : JJMM - - Jalan - Jalan Makan Makan Episod 1



Sekitar 3.00 petang selamat tiba di Central Market.Sahaja jalan - jalan.



Permandangan di dalam Central Market yang kini sudah baru,menarik dan tertarik.



Jalan - Jalan Cari Makan , membawa anda ke satu Restoren baru yang terletak di dalam Central Market.Jom kita terjah.





Sekali pandang macam rumah betul.tapi itu adalah lukisan yang ditampal di dinding.



Menu minum petang , Kopi (RM 3.50) dan Mee Rebus (RM 6.50).Jom tengok lagi sekali.



Kuahnya sedikit pekat dan terasa masin.Air di sangkakan kopi kampung rupanya adalah nescafe.(Hampeeeeeh)




Tengoklah sendiri... (khas untuk SANCHAI) apa pun yang penting mangkuknya itu "lawa'.



Alhamdulillah.. kenyang (Lunch tadi dah lewat & makannya pun sedikit)

Monday, June 23, 2008

20 : 6 Jam di Kuala Lumpur , 21 Jun 2008



Kuala Lumpur dilanda jerebu beberapa hari ini.Perasaan tak?



Masjid Jamek Kuala Lumpur.Hanya memandang dari luar sahaja.




Dari kejauhan kelihatan Masjid Jamek dari kaca mata jurufoto TAK Profesional ini.



Bangunan Sultan Abdul Samad.Nak ambil gambar Dataran Merdeka.Tapi panas sangat pada waktu itu.



Pustaka Peringatan Kuala Lumpur , lebih kurang macam Muzium untuk Kuala Lumpur.



Destinasi sebenar ialah Perpustakaan Kuala Lumpur untuk tujuan seperti di bawah

Friday, June 20, 2008

19 : JJMM - 2 Jam , Jalan - Jalan Cari Makan



Dari sini menuju ke satu destinasi yang tak pasti.Mana satu pilihan dihati.



Pizza...ada Pizza baru.Sambil jeling2 Kak Ila.Jangan buat2 lupa lak 28/6.Janji temu kita di Klang.



Ingat Kak Ila ingi "Secret Recipe" antara kita tau.Dengan pesanan "Jangan lambat".



Jom lepak kat Warong Santai.Apa cerita "Teratak Santai" skrg..erm



Tak payah nak pergi penang.Kat sini pun ada Nasi Kandar Penang.



Restoren JM Beriani pun ada sini.Pening - pening tak tahu nak makan yang mana satu.



Akhirnya aku makan kat sini."Memang dari awal pagi lagi, dah hajat nak makan sini."



Menu dinner pada jam 6.15 petang (awalnya makan) My Mom Original RM 6.50



Kami zoom dekat sikit.Khas untuk SANCHAI dan juga Sahrul Izam Ahmad



Membazir bukanlah amalan 'aku' selagi terdaya aku akan habiskan walaupun terpaksa berhenti.(Time tue sambil layan novel yg dibelum sebelum ini).

Ada juga hadiahkan novel (baru beli) untuk diri sendiri atas kejayaan menyiapkan 20% manuskrip pertama.Chaiyooook!! Chaiyooook !!! (Thanks Sifu) *smile*

Wednesday, June 18, 2008

18 : Aktiviti di Hari Ahad 15 June 2008



Jalan - jalan cari pasal di Jusco Wangsa Maju Kuala Lumpur , Malaysia



Mengadakan lawatan sambil belajar ke MPH , Book Store.Dan inilah yang di cari.



Ruangan Novel Melayu yang dituju.Akhirnya novel dari penulis ini menjadi pilihan.




Jika Benar Cinta.Jomlah layan gambar makan - makan sekarang."Makan Besar".



Destinasinya ialah Restoren Satay Kajang , Haji Samuri Taman Melati Kuala Lumpur.



Hidangan sarapan pagi & tengahari.3 cucuk satay Ayam , Daging & Perut + 2 Cucuk Satay Arnab dan Rusa (pertama kali makan)



Teristimewa untuk SANCAI yang kini berada "Jauh dimata tapi dekat di PC".



Yang dinanti sudah tiba, inilah Meehoon Goreng kegemaranku.Jemput 'tengok' je yek!



Makan sehingga habis.Dua cucuk yang tinggal buat SANCHAI & SUAMINYA.Sila - sila mabik sorg satu.

Tuesday, June 17, 2008

17 : Al Kisah Key Chain , Hadiah & Hasil "Rompakan"



Lagi koleksi key chain dan hadiah Terendak dari Sahabat 23 minit , Sahrul Izam Ahmad




Key chain "luar negara" dari France,Spain, New Zealand, Singapore & Australia.



"Friends" yang kaler2 , cute lagi comel itu hadiah dari Alynn @ Sepet Kuku yang jarang2 membuat kemunculan di blog.



Hasil rompakan dari Pos Malaysia.Syukur Alhamdulillah.Walaupun no 1628 (no semasa) 1825 (no giliran shai) hanya selepas 2 jam baru no itu muncul.Berjaya budget masa dengan baik sekali.Sempat lagi lakukan aktiviti lain sebelum berjaya mendapatkan RM 150.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015