Saturday, October 04, 2008

80 : Hari Raya Aidil Fitri - Bahagian 2


Hari raya bersama dengan anak buah memang menyeronokkan.Suasana rumah 'pusaka' sunyi sepi kembali riuh rendah dengan gelak ketawa, tangisan serta suara - suara mereka yang sentiasa dirindui.

Sebelum raya, rumah di kemas , di sapu , buang sawang , lap tingkap , tukar langsir dan sarung bantal dan lain - lain lagi.

Semasa raya, buat persiapan membuat untuk isi kuih raya (yg x seberapa).Pagi raya dan bihun sup utara (kaler kuning) menjadi hidangan utama kepada tetamu (lupa ambik gambar.Meja dan kerusi (dipinjam di surau berhampiran umah) bagaikan satu majlis kenduri perkahwinan.Hampir 100 orang yang serbu rumah selepas solat sunat aidilfitri.

Mangkuk, sudu dan garpu pakai buang menjadi pilihan.Sapalah yang nak membasuh kalau pakai mangkuk dan gelas kaca ? Aku juga.

Selepas 11.00 pagi selepas kemas - kemas , baru tinggalkan umah dan pergi beraya.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015