Thursday, June 05, 2008

09 : Berjaya Time Square 31 Mei 2008

Selamat tiba di Berjaya Times Square sekitar 11.00 am selepas berjalan dari Stesen LRT Hang Tuah (Lupa lak nak ambik gambar) Erk! tak tahulah nak tengok cerita apa?


Kenapa nak tengok cerita ini? Satu, nak tengok Kak Ogy.Keduanya, nak tengok "kelembutan" awie.Ketiganya sebab aku suka Raja Farah since "SALON" kemudian nak tengok keindahan KL (KLCC) dari kacamata pengarahnya.

Hari ini aku kembali makan di Marrybrown.Khas buat F.A.I.Z.Z.A.H, lepak je sini best wooo!!! (sambil jeling2, ajak lah kanda makan sini) x yah gie tempat kat tepi Bus Stand Klang "Bau!!"

Makan tengahari 31 Mei "Nasi Marrybrown" berharga RM 8.50.Inilah hari terakhir menikmati nasi."Chaiyok!! chaiyok... Yakin boleh" Kalau lah diriku kurus (sila sambung tidak lebih 15 patah perkataan) erk! apa jawapannya?

Penat berjalan , lagi penat kerana kekenyangan akibat makan nasi yang terlampau.Merehatkan di satu sudut yang paling jauh dan tiada orang.Akhirnya bertemu juga.Kasut? Erm... mengingatkan kenangan hampir setahun lalu di Penang.(Dah setahun kot!) Suka & Duka yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup.Apa ada pada kasut?


Setelah mencari dan menjejak.Ternyata tiada MPH Book Store , apa lagi POPULAR Book Store di sini.Hanya bertemu dengan BORDERS Book Store.Erk? Melepakkan diri disitu.1st time pulak tue.Tengok ramai "ulat buku" melepak dan membaca.Dengan selamba aku juga berbuat demikian.Hari masih awal.Sekitar 2.40 pm sehingga 4.00 pm , lebih satu jam akhirnya buku yang sebenarnya utk kanak - kanak 9 - 15 tahun aku pilih.Tajuknya "Kalkulator Myra" Erk! keluaran KarnaDya.Hentam jelah.Buku senipis 100 muka surat berjaya aku habiskan (Semangat nak menulis membuat melakukan apa sahaja) Ayat poyo kejap.Rasa macam nak baring - baring je kat situ.Sebab dah biasa membaca sambil berbaring.

Sesuatu telah berlaku di Berjaya Times Square.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015